Zakat

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Dah petang2 ini, makin sakit kepala Dayah.
Mungkin kerana terlalu memikir macam mana nak siapkan report.
Admit, makin lama makin mencabar & I've not prepared myself dengan knowledge.
Ruginya tidak berilmu. Sekarang kena sangat2 banyak membaca & explore business.
Banyak sangat yang perlu Dayah perbaiki. Terlalu banyak lompang.

ZAKAT? Dah tunaikan kewajipan masing-masing?
Dayah belum, esok mahu ke pusat zakat.
Nak bayar online tak boleh, sebab tak ada rekod pembayaran lagi.
Makanya kena ke pusat Zakat.
Zakat adalah tuntutan rukun Islam ke-3

"Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah, supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk), dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu manjadi ketenteraman bagi mereka, dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui." - Surah At-Taubah (ayat 103)

"Dan dirikanlah kamu akan sembahyang serta keluarkanlah zakat dan taatlah kepada Rasul supaya kamu beroleh rahmat". Surah An-Nur (ayat 56)

"Dan (ingatlah wahai Muhammad), Ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan Bani Israil (dengan berfirman): Janganlah kamu menyembah melainkan ALLAH, dan berbuat baiklah kepada kedua ibu-bapa, dan kaum kerabat dan anak-anak yatim, serta orang miskin; dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat. Kemudian kamu berpaling membelakangkan (perjanjian setia kamu itu) kecuali sebahagian kecil daripada kamu dan sememangnya kamu orang yang tidak menghiraukan perjanjian setianya." Surah Al-Baqarah (ayat 83)

Surah2 di atas kredit to WEB PUSAT ZAKAT SELANGOR

Makanya kita harus melaksanakannya.
Bagi sesiapa yang tidak tahu bagi mana pengiraan zakaat.
Sila rujuk http://e-zakat.com.my very useful website ada kalkulator zakat di sana tetapi diingatkan apabila meletak jumlah jangan letak koma " , " taip jumlah sahaja. Jika dia akan keluar "anda tidak layak dikenakan zakat"

Oh ya.. sila tunaikan zakat ini sebelum 1-Jan-2010 kerana ZAKAT adalah rebet kepada cukai pendapatan. Jika bayar pada hari tersebut dan seterusnya makanya tidak lagi boleh di "rebet"kan, tak ke rugi? Fikir.. fikirkan.. peace

D_Y_H
Selamat melangsungkan tanggungjawab ^_^

2 comments:

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

peringatan yang baik dayah...salam 2010 kepada kamu tau =D hip hip horey!

Dayah said...

Salam Nuar..
^_^
Igt utk saya ni Nuar dan juga rakan2 ^_^
Maklum benar sya suka tangguh2 sedangkan sya tahu akibatnya.. hehehe
Selamat Tahun Baru 2010 buat kamu juga