Lari 128!

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

I just arrivedsengihnampakgigi
4 hari 3mlm dok kat Penthouse.. hehehehe nak beli hanya boleh rindu
Setelah habis idea fikir nak buat apa lagi .. nak test apa lagi.. nak dokumen apa lagi...
nak tanya apa lagi... nak inspect apa lagi... nak vouch apa lagi... dan lagi... dan lagi...
Maka hari ini we say bye2....

Yeahhhh.. peace
Selesai field work

So travel back, my colleague dah estimate 3 hours sampai. Ok, saya ok je la kan.
Huhuhu yeah I like speeding! siul cool kan..
Kena saman pun cool kan.. hahaha silap siapa suruh bawa laju2 menari

So we rush back...
Siap semua gerak from Danga Bay around 4.40pm
My colleague kan speed, Dayah habaq kat jambatan jaga2. Mesti ada punya, nak kristmaskan..
sampaikan satu bridge tu.. Dayah dari jauh mmg dah nampak hitam2. But unsure apa benda. I don't look at the meter yet. Because seem like he drive slow. Hakikatnya tidak. Dayah notice dia drive 140-160 .. normal for speed.. sya pun buat mcm tu heeee peace

Lepas jambatan tu..

"Dammm! I tak nampak dia" kesal bawa laju tapi ditekan juga minyak.. hehehe
"Remember k, jambatan!" So all the way, dia dah serik. Asal jambatan terus slow masuk kiri. Dayah yang dok tepi ni dah gelak2. Tapi diam2 la.. heeee...

Then go lagi and lagi.. our topic about office, kereta kat depan tu mcm tu la mcm inilah..
Sampai satu tahap, traffic went slow.
Dayah yang duduk kiri dah nampak dr jauh Kereta polis berlampu lap...lap..lap..

Dalam hati, "siapa pulak dia nak tahan ni" jauh lagi kami dengan kereta pak polisi dlm jarak 100m.. so my friend slow down.. follow je kereta kiri.. then bila terlalu dekat went back ambik kanan.. lepas tu kiri balik... yerlah polis kat belakang beb dgn lampu lap..lap.. lap lagi tu..

Pastu dengar pak polis "hon"
Dayah pandang belakang. "lorr dia hon siapa kat highway ni? Ada awek cun ke? Ke ada lembu beranak tepi highway?" Impossible.. impossible fikir..

Dalam kereta polis tu ada 4 orang.. rajin depa meronda2 penuh kereta noorrrr... what ever la.. nak letak anggota kot.. kan.. kan...

Tak lama dia bagi lampu.. kereta di hadapan adalah kereta kami.
Sah! Kereta kamilah yang di "hon" & di "beri" lampu.. ala2 kenyit2 mata gitu.. hahaha.. okok Dayah ngarut... surprised

Turun sorang uncle ... yorrr.. bukan.. brother la.. muka tak berapa nak nampak.. pakai baju putih ada pakai vest kuning keselamatan jalan tu... mcm pakcik kat bawah ni..

My colleague dah prepare with his wallet .. no no... with IC n license yer.. bukan duit!
haaa.. beginilah rupa bro polis tu.. cuma x de helmet jer kat kepala..
Pegang buku saman..

"En. dah lari 128 ni! jadi macam mana" kawan saya tu angguk2 jer dulu..
"kalau En. lari 200 ke 300 ke.. sama tetap sama Rm300"
"Kalau En. lari 120 tak kena, tapi kalau 121 mesti kena.. so macam mana" kawan saya try cakap dgn pak pol tu pertimbangkan.. sebb 8 je lbih..
"Saya keluar surat sama ni.. en. kena bayar saman RM300"
"so macam mana en. nak setel sini ke" kawan saya kata "kalau setel sini?"
"boleh, saya tak saman en. RM50!"

Selepas itu, setiap jambatan dia akan slow dan tidak mahu kehilangan RM50 lagi. Dayah mahu bercakap rasa tak sesuai. Kenapa harus harus polis itu berkata "so macam mana" dari awal? Dia seolah mahu duit poket itu. Bukan niat mahu menyaman. Jika berterusan begini imej mereka makin lama makin di pandang buruk dengan kes rasuah. Cuba fikir duit anda dapat untuk belanja, kalau jadi darah daging!?? MasyaAllah. Tak kesian ke kat anak bini yang tak berdosa. Pastu siap bagi taw yer kat mana boleh bawa laju, kat mana kena slow!

Attitude & ethic macam inikah yang mahu di carry sampai bila2? Igt bila ada kempen "Saya Anti Rasuah" dah serik dah taubat dah say no no.. akan jalankan tugas dengan Amanah. Tapi haram, kempen itu tidak cukup membantu bagi mereka yang tidak amanah dalam menjalankan tugas. Tidak bertanggungjawab kepada diri, keluarga, masyarakat serta agama dan bangsa. Malangnya saya tidak nampak no batch dia. Mungkin hilang dek sebalik vest kuning.

Tapi betul ke x kena saman? Kan dah kena tembak tadi? Macam mana system tu rekod? Siapa yang boleh padam rekod? Siapa yang boleh reviewed rekod? System rekod ini perlu di perketatkan. Jika tidak sewenang2nya lebih ramai anggota polis yang akan ambil mudah. Dayah memang tidak tahu macam proses ini berlaku. Jika security pada rekod speed laju ini di lakukan, apakah perkara yang kami alami akan berlaku lagi?

All in this world is about CONTROL! Good governance akan membolehkan visi dan misi sesebuah organisasi itu mencapai objektifnya. Fikir2kan.

D_Y_H
Kesal dgn sikap mereka!

2 comments:

NORHAYATI BERAHIM said...

dayah, rasanya polis yang tahan kereta dan nak saman tu,90% mahukan ganjaran..tapi akak tidak sesekali akan bagi mereka, saman-samanlah tak kisah, bayar Rm300 bayarlah, tapi suami pula selalu kena..dia main bagi kerana malas nak cakap apa2
yang pakai kamera tu lagi terukkan..kita tak tahu apa2 pun dah datang saman,mana buktinya?.Sepatutnya speed trap cara macam itu sudah tidak digunakan..aniaya orang aje, kalau nak gambar kereta kena yang kena trap tu pun..kena bayar Rm10..apa nak jadilah malaysia ni..

Dayah said...

Salam Kak Yati,
Dayah pun rasa begitu kak, rasanya 100% kot. Dari awal dok tanya "so macam mana"

Saman je la kan..
apa nak jadi?
haa.. hat tu kena tanya polis tu, mungkin ponteng kelas etika agaknya.
Tak pun depa lupa AMANAH yg di beri?
Mungkin sapa taw...

Nampak duit terus gelap mata.. dunia.. dunia..