Raya Raya Raya _Korban

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Selamat Hari Raya semua, nak habaq mai.. surprised cheq ni sebenarnya sejak2 bercuti panjang ni. Hari berlalu rasa tak ada apa pun. Sehingga esok nak raya pun tak ada perasaan apa. Haru biru hidup cheq la ni sighbaru tat sat ni dengaq takbir raya. Aduhai sayunya hati. Baru feeling2 raya. Di tambah layan cerita kat TV3, Sandaran Kasih makk aii berjurai-jurai airmata berguguran jatuh timpa pipi. Sedih, mulalah Dayah feeling2 jadi Ana. Aduh! gelakguling Dayah sengal!! Hahahaha..

Tiba-tiba rasa dosa cheq banyak, amal cheq boleh bilang, mula dalam kepala macam-macam seksaan terbayang. Mula rasa mengigil badan. Mula tak boleh nak lelap mata. Sungguh seram apabila ingat masa kita didunia ini tidak lama.

Esok pagi, sembahyang raya di sini sahaja. Kami sekeluarga memang dah lama tak balik kampung bila Raya Haji. Pulang kampung hanya pada Raya Puasa. Tiap-tiap tahun, abah akan buat korban. Kali ni abah pilih raya-3. Raya pertama, dia dah sibuk kena sembelih lembuh dekat surau kat area rumah ni. Lepas tu sembelih untuk kawannya yang mana ntah.

Tadi siang sempatlah tolong2 sikit Abah jual daging. Memang setiap kali raya, Abah akan sembelih lembu dan jual. Jual dan potong depan rumah. Abah memang dah sedia khas tempat dia nak sembelih.

Dayah nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA KORBAN buat semua kawan-kawan dan keluarga. Dan buat mak2 dan pak sedara yang sedang mengerjakan Haji, di doakan agar kerja haji mereka berjalan lancar dan sentiasa dalam rahmatNya. Amin

D_Y_H
Mengantukglerr.. k la.. Selamat Berkorban yer ^_^

0 comments: