Less active more relax

Assalammualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

Alhamdulillah Dayah makin pulih sengihnampakgigi tadi baru sahaja Dr. Rosmaliza selesai tengok tempat jahitan. Sempat jugaklah Dayah merisik dengan doc, berapa panjang agaknya. Sebabnya bila Dayah raba-raba kat perut boleh terasa panjangnya. Doc kata, Dayah kena jahit 5 lapisan hah terkejut jugak .. tebalnya lah lemak saya nikan. Tempoh hari masa mula2 buat checkup kat sini timbang berat badan dah reduce sikit. Sebabnya start sakit dari hari Ahad malam sehingga findings sebenarnya di jumpai pada Khamis pagi, apa yang masuk akan keluar balik dan even saya tak makan semuanya keluar. Hilang terus selera makan. Adik-adik gelak2 peduli la situ. Memang la dia orang gelak bila tengok kakak dia yang selama ini tak pernah menangis meraung satu rumah.

Bukan setakat satu rumah, rasanya rumah sebelah boleh dengar gamaknya. Maaflah saya dah tak tahan. Saya nangis ajelah, tak pun nak tak mau rasa sakit tu saya tidur. Sekurang-kurangnya, kurang rasa sakit. Pastu bangun meraung malu malulah Dayah ni. Dah besar-besar nak merengek. Eheeehee

Saya cuma terkilan sikit dari khidmat GHosp. appointment pun makaihhh sampai jadi bulan depan. Lepas tu, I told my father than he decide pergilah PHosp. Itu pun setelah 4 kali ulang alik ke Hosp. Baru dapat taw punca utama. Lepas tahu terus doc decide nak bedah hari tu jugak. Ada fibroid berdekatan ovari saya. Masih saya ingat jenis penyakit ke pendebedahan yang nak di buat tu namanya "Laparoscopic Ovarian Cystectomy KIV Laparotomy" panjang namanya kan.

Pembedahan hanya boleh dibuat next day sebabnya operation occupied sampai ke malam. So doc jumpa Dayah pukul 6 lebih rasanya dah dekat kol 7, sepatutnya operate kol 5ptg. Doc said cannot be don't by today because banyak sangat emergency case. So she said, Hidayah rehat esok pagi2 kita operate ya. I like the doc so much. Tengok sahaja rupanya dia cakap dia terus hilang semua. Tapi malam2 memang saya susah nak tidor. Dua hari duduk terlentang ajelah atas katil tak boleh nak bangun. Nak gelak? Jawabnya meraungla lagi. Semalam adik saya sengal pergi buat lawak. Sampai menangis juga saya di buatnya. Barulah tahu seksanya. Hari ini dah hari keempat kat hospital after 3 days being operated. Dan tadi tengah hari macam tu saya cuma untuk bangun dari katil. I did it. Tapi sekejap je. Kepala terus pening even sampai sekarang. Jalan pun tadi kena pegang dinding & sangatlah mcm baby bertatih. Jalannya cuma ke tandas sahaja. Sebab tadi doc dah buka tiup, yahoooooo horeeeeyyy lepas seksa.

Rimas duduk sahaja atas katil tak leh bergerak2. Nak mandi? Lagilah macam mana? Hilang nikmat hidup sekejap. Mama jelah tolong lap-lap badan dengan tuala panas. At least rasa segar sikit. Hari ini bila di beri kebebasan oleh Puan Doc. Moment masuk je bilik air terus rasa nak mandi. Tapi teringat Doc kata tak leh lembap kat tempat jahit. Herm. So just wash bahagian yang tak akan kena langsung bahagian perut. Dapat cuci muka dengan kata yang sebenarnya. Alhamdulillah lega sangat-sangat. Nanti petang-petang sikit nak try jalan lagi sengihnampakgigi Doc kata kalau saya dah boleh berjalan maknanya saya boleh balik. YAHOOOOO.. tak sabar nak balik.

D_Y_H
Ok dah penat.. perut pun dah rasa kebas2 .. kepala pening2.. so nak tido dulu kenyit tata everyone take care

4 comments:

Kak Ungku Betty said...

Salam...eheh Dayah kenapa operation pulak nie? Aunty dah lama jugak x jengok blog Dayah...sorry. Bagitau sikit awak ni sakit apa? Risau aunty dibuatnya budak bertuah ni....
take care ok? Semoga cepat2lah sembuh..love you...muah.

Kak Ungku Betty said...

Salam...Ya Allah...Dayah,awak ada fibroid dkt ovari rupanya...aduh, sabar banyak2 sayang, mesti sakit. Banyakkan baca tasbih Nabi Yunus...Lailahailla anta subhanakainni kutumminazzolimin. Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan sesungguhnya aku menzalimi diriku...aunty amalkan bila dalam kesakitan, insyaAllah dpt bertahan ...take care dear, Allah sentiasa bersama Dayah, yer..

fusherna said...

salam dayah, sorry baru perasan dayah x sihat..dah operate ye..syukur semua selamat..akak nak google la sakit dayah tu..nanti explain pasal sakit dayah ok..simptom2 semua..blh org lain berjaga2 juga..take care & get well soon :)

dayah said...

Salam,

Aunty,
Tq aunty fir the tasbih. InsyaAllah saya akan amalkan.

Kak Husna,
InsyaAllah, saya akan kongsikan. Tapi kena ambik masa sikit. Duduk lama2 buat perut saya kebas2. SO lepas ok sikit nanti saya update panjang lebar yer kak. InsyaAllah