Admitted and Operated

Assalammualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

Hari ini 16-Nov-09, makanya sebulan lagi nak exam dan on hospitalization leave. 10 hari lepas saya tidak pernah duga akan masuk hospital, di bedah dan punya ketumbuhan dan menyebabkan ovari kiri saya rosak dan perlu di buang sepenuhnya. Minggu before start sakit, end of October month saya memang sangat2 sibuk. Banyak kerja yang perlu saya langsaikan. Saya sempat selesaikan dan cuma berhutang satu report yang mana AC meetingnya maybe by 24th ni. Serba salah sangat sebab my junior kena tolong habiskan report tu. Saya sempat discuss with my Manager the findings masa Friday (30/10) night.

Dayah mula rasa sakit hari Ahad (1/11). Sabtu (31/10) saya sempat masuk ofis siapkan file, siap angkut adik-adik temankan. On Monday (2/11) saya ada training on taxation, saya memang sangat2 nak pergi. Opportunity tu cuma comes once a year. So on Monday night tu saya dah memang gosok baju, start malam tu saya dah start pain. Rasa sakit tu dekat bahagian tulang belakang. Buat saya rasa nak sandar pada kerusi atau apa2 objek yang ada sokongan. I admit saya suka ignore rasa sakit. Saya akan bercakap dengan minda saya, saya tidak rasa sakit. Sebab permainan minda begitu berjaya mengurangkan rasa sakit. Pernah try?

Tapi rasa sakit tu makin lama makin sakit. Lepas gosok baju, angah minta saya hantar dia balik Ampang. Dayah memang dah janji nak hantar. Mama temankan. Saya suruh dia drive, alasan saya mengantuk. Memang bila terlalu sakit, saya akan tidur. The whole trip to Ampang tu saya hanya tido sahaja. Sampai hantar dia, saya ambil alih tempat driver. Rasa sakit belakang makin menjadi-jadi. Rasa nak marah semuanya ada. Sampai rumah, memang saya dah rasa out of energy. Saya tak naik atas *bilik saya dekat atas*. Saya terus masuk bilik Ali. Tido terus kat sana. Memang terlalu sakit. Rasa dia macam ada orang squish pinggang.

Tidur yang langsung tidak lena. Macam-macam aksi saya buat untuk kurangkan rasa sakit. Lipatkan kaki dan tido. Junamkan kepala ke tilam dan tido. Lipatkan badan dan tido. Mengiringkan badan ke kiri dan kanan dan tido. Semuanya tidak menjadi. Malahan, minda saya juga tak berupaya mengubah otot2 mahupun organ-organ saya dari berkata tidak sakit. Sakit dia terlalu. Saya bangun, lepas tu berguling-guling di ruang makan. Memang tak boleh nak jalan. Lemah semua urat-urat sendi. Masuk bilik AbahMama. Selalu dia orang kunci. Tapi bilik renggang. Saya 5-6kali saya fikir patut ke saya kejut AbahMama. Saya guling pula di sejadah. Terlalu sakit. Terus kejut Abah. Mama pun terjaga sekali. Terus siap2 pergi Hospital Serdang.

D_Y_H
Sakit itu ujian.

2 comments:

fusherna said...

dayah ni kan..buat akak suspen je nak tunggu next episode kisah dayah ni tau..so how r u feeling now? better?

Dayah said...

Salam Kak,

Hehehehe... heeeee... kalau saya tulis panjang2 kang penat lak nak membacakan.. tu yg akan jadi episode.. hiihiihiii.. sabar je yer saya akan sambung