Admitted and Operated VI

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

CT ScanInilah rupa CT Scan *gambar adalah google* mungkin ada pernah buat scan menggunakan mesin ni? Perkara2 scan meng"scan" ini adalah pertama kali dalam hidup sejak mula rasa sakit. Selalu jumpa doktor setakat doktor suruh nganga mulut... letak steteskop pada dada. Masuk dalam, ehh lalu je. Macam masuk terowong. Terfikir jugak, ehh muat ke? Kang tersepit kat dalam terowong tu nayagatai. Tangan kena letak ke atas. Seperti biasa, nak scan2 ni kena pakai baju disediakan. Dekat gelong bulat tu ada cahaya warna biru keluar. Dalam 5 minit rasanya. Tempat saya baring tu keluar balik. Tukar baju semua. Tunggu sampai doktor kata pergi balik emergency.

Tak lama nurse datang tolak wheelchair ke consultancy room. Waiting CT scan result. Tak lama doktor panggil. Doktor kata,
 
"Hidayah ovari kiri awk bengkak, cyst mmg ada tapi lebih besar dr yg awk bagi tahu tadi. Kena warded yer, nanti kita refer awk dengan doktor awk ya"

Doktor ada tunjuk. Tapi saya blur2, masa tu jugak memang sakit sangat. Call Abah bagi taw kena admitted. Dia tanya kenapa semua. Dayah cakap further check up. Sebelum datang tu, Abah dah cakap kalau perlu masuk hospital masuk je. Masin mulut orang tua ni. Masuk juga. Masa tu tak fikir apa dah.

Nurse tanya nak bilik 5 ke 2. Dia tak tanya pun bilik 1. Agaknya dia fikir kesian budak ni, mesti tak mampu.. kekekeke. Dayah melampau ni!! Heeee.. saje je. Dayah choose 2. Lepas dia register for ward semua. Nurse tolak bawa jumpa, my doctor pula. Jumpa Dr. Rasliza. Jumpa doktor, doktor said, today kita buat operation.

Tak terkejut masa tu. Angin tak ada ribut tak ada tahu2 nak operate hari ni. Yerlah, tahu sakit. Tapi nak operation tu macam, ting! So fast! Tapi tahu tak, dayah hanya angguk. Less talk more listen. Masa tu tak fikir apa pun. Rasa sakit buat Dayah tak boleh fikir apa dah. Doktor said, cyst tu besar about 8cm mcm tu. So kena removed, dia kata nak masukan camera dalam perut.

So lepas jumpa Dr. Ras. Nurse tolak masuk bilik. Sudahlah tak makan apa pun. Lapar tok sah cakap. Dari ahad malamkan makan sikit je, lepas tu buang. Doktor pulak suruh puasa. Sebab nak operate petang. Haduss laparnya. Call mama dulu bagi taw, nak kena operate semua. Disebabkan nak operate, kena bayar deposit. Rm5k, masa dia cakap dah petang. So tak dapat la nak keluarkan. Mujur dia boleh accept Rm1K. Dalam pukul 2 ptg macam tu lah, Dr. Ras masuk. Dia tanya sakit lagi tak. Sakit memang sangat. Tapi boleh2 lagi. Layan TV. Dia cakaplah, operation apa dia nak buat semua. Pastu dia kata, saya masukkan camera lepas tu nak tengok keadaan ovari Hidayah. Kalau dah rosak. Kita buang. Masa tu saya tak boleh kejut awk, sebab awk dah tak sedar diri. Jadi doktor bagi tahu siap2 ni.

Tahu? Dayah cuma angguk. Lagi!! Ishh sengal la perempuan sorang ni. Tak faham sungguh. So doktor kata operation pukul 5ptg. So tunggu pukul 5pm...6pm.... 7pm...7.30pm... dug dag.. dug dagg... Sebenarnya before 5pm tu Nurse dah tolak. Tapi operation threat tiba2 ada emergency. So that kena waiting lagi. Sehinggalah dekat pukul 8pm, Dr. Ras masuk dengan senyuman. Alahai, memang doktor ni menyenangkan hati Dayah. Dia tanya Dayah ok ke tidak. Dayah cakap yang sakit sangat. Doktor ckp since dah malam dan dia baru sahaja habis operation. So dia kata, dayah akan operate tomorrow morning early. Fuhhh! Doktor kata, dia akan bagi pain killer. So bertahan dengan pain killer untuk malam tu. Doktor benarkan makan sampai pukul 12am. Lepas tu kena puasa. So makan. Mama kena bawa makanan. Sebab dah malam, mana ada makanan serve dah. So Mama balik, masak kot.

Then Nurse, masuk bagi injection. Mata tu sayu2 dah. Kawan2 ofis pulak datang. So layu2 pun, segar kejap. Sembang itu ini. Ngantok. Mama datang, ngantok ni. Tapi LAPAR gler! Makan dulu sebelum tak boleh makan. Makan pun tak de selera. Tapi kali ni makan lebih sikit.

Next morning, Dayah wake up early. Dari semalam lagi pakai baju operation dah. So nak mandi. Nak buang apa yang patut. Lepas ni tak tahukan boleh jalan ke tidakkan? Pukul 8 nurse datang. Tolak katil. Masa ni cuma ada angah and Sri. Mama belum sampai. Pesan dah ngan Angah. Nanti elok keluar operation room tolong pakaikan tudung yer.

8 lebih masuk dia orang tolak dekat satu checking areas. Tunggu. Tak lama, dia tolak masuk operation room. Berdebar tu tak tahu nak cakap macam mana. Rasa macam mamai2 waktu ni. Padahal belum kena bius lagi. Masuk je. Ada satu benda alah ni, dia terkup pelan2. Apa jenis asap ntah. Macam oksigen macam tu la. Taw2 bila terjaga, Aduh sakitnya. Tak leh banggung. Tekak sakit, haus. Dah bukan dalam operation room. Mamai masa ni. Tanya nurse, pukul berapa sekarang. Dia cakap 10 lebih dekat 11. Lepas tu dia suruh rehat. Lepas tu dia tolak, tukar katil. Susahnya nak gerak. Lepas tu tak sedar apa. Sedar ala2 tak tahu apa. Pukul 7pm baru sedar dengan sungguh2. Mata terbuka luas. Cakap slow sangat. Perut rasa sakit. Rasa kebas.

Cyst yang di keluarkan di tunjukkan kepada waris. Dua bekas. Satu besar. Satu kecil. Yang besar adalah ovari kiri. Yang kecil adalah cyst yang berambut. Panjang rambut yang tumbuh. Pelikkan? Ovari kiri, adik ada ambil gambar. Masa dekat hospital memang Dayah tak tengok langsung picture tu. Baru-baru ni baru berani tengok. Nak tepek sini risau nanti tak berapa sesuai. Doktor said, ovari kiri memang tak boleh nak selamat dah. Cyst tu dah buat, tiub berpintal2 dan ovari dah jatuh. So kena removed. Infected. Again, saya dengar dengan anggukan. Isshhh!! Apa nak jadi Dayah ni. Serupa orang tak punya perasaan.

Yang Mama dok risau, mcm mana nak kawin nantilah apa lah. Ishh. Dayah tak fikir apa pun. Serius masa tu angguk aje apa kata doktor. Sedikit pun tak fikir apa. Yang Dayah tahu, ovari kiri memang sepenuhnya di buang dan sebelah kanan pula cyst yang dah tumbuh di buang.
After operation, Angah, Aten, Sri, & Datin yang overnight kat sini. Second night demam. Fever asyik naik. Nurse asyik keluar masuk pantau suhu. Bagi ubat semua.


Dr. Ras suruh bangun and duduk atas kerusi. 1st day after operation tu. Sabtu, saya bangun and duduk atas kerusi. Uishh.. seksa nyer. Lepas tu baring balik atas katil. Hari ke-3, Ahad baru saya paksa diri bangun dan berjalan. Rimas duduk atas katil. Tu kat atas tu. Picture seksanya berjalan lepas operation. Pening lalat dia buatnya. Orang kata, darah baru mula nak gerak.

Adik2 yang sengal pergi buat lawak, apa lagi gelak la kan. Sampai menangis Dayah di buatnya. Sampai sekarang nak gelak tak boleh dalam kondusi baring. Kena duduk & tekap perut dengan bantal. Bawa kereta pun letak bantal dekat perut.

D_Y_H
5hari dok hospital. Sungguh membosankan. Tak sabar2 nak balik.

2 comments:

fusherna said...

err..comforter tu bawa dari rumah ke hospital kasi? lawa tu..hihi..dayah sakit2 operate pun still cun & elegant la!

Dayah said...

Salam Kak..

Comforter tu dr rumah.. aircond dia sejuk.. heeee..
hahahaha.. tang mana cun & elegantnya kak.. sungguh la selekeh waktu ni.. waktu tu rasa nak serkup seluruh tubuh badan heeee...