Admitted and Operated V

Assalammualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

Sedar tak sedar Hari Jumaat ni sempena Raya Korban, genaplah 3 minggu Dayah being operated. Sekejap je masa berlalukan. So after balik dari beli sup yang tak sedap tu dan makan dan telan sekali ubat. Terus baring. Hanya tu yang mampu. Berat dah rasa perut ni. Keluar rumah pun malas. Tengok TV pun tak de perasaan xpasti

Sampai ke malam. Makin sakit. Nak kentut pun tak boleh. Memang tak boleh sejak dari hari Isnin rasanya. Sungguh menyeksakan sakit perut ni sampai ke pinggang dia menangkap. Nak jalan pun tak boleh. Dah cuba masuk toilet tapi tak berjaya apapun. Makan jangan cakap. Saya tak makan. If makan pun akan keluar dalam kiraan tak sampai sepuluh busuk

So bila dah tak tahan, bagi taw dekat abah. Airmata tok sah cakap, bila sakit yang sungguh perit memang tak mampu nak tahan2. Laju je ngalir. Terus abah ajak p KPJ. P emergency, kali ni pi ngan Ejun. Mama tak ada kat rumah waktu ni. Memang susah dah nak jalan waktu ni. Sampaikan naik kereta memang tak boleh nak terhentak sikit masyaAllah sakitnya. Sudahlah abah bwk Hilux waktu ni. Taw je la kereta tukan macam spring. Melompat. Pesan dah kat Abah jangan laju. Jangan terentak.

Sampai kat sana naik atas wheelchair masuk dan terus nurse suruh naik atas katil. Kali ni rupa doktor tak serupa doktor. Mula konpius jugak. Pakcik ni macam pelawat sajo. Masa ni dah dekat kol 1 pagi kot. So dia masukkan la apa ntah, terus saya boleh buang air. Dan perut rasa ringan sikit. Doktor kata sembelit. Apa2 lah doktor. So dah buang air sangat lega. Masa ni memang dah tak fikir dah malu ke apa ke? Macam orang tak sedar. So doktor suruh tunggu kat luar. Lepas tu tak lama terus farmasi panggil. Bagi ubat. Abah pulak kali ni bayar dekat cashier.

Tak pergi pun ke parking, Abah drive kat depan pintu. Masa ni menahan sakit sebenarnya. Saya kalau boleh nak dielak di masukkan ke hospital. Lepas buang air tu memang ok sikit. Tapi bila kita jalan, ya Allah sakitnya. Memang tak boleh jalan yer. Tahan sahajalah.

Balik abah bawa laju sikit dari tadi. Saya diam je. Bila terhentak, Ya Rabbi sakitnya. Tapi cakap dengan diri, jangan manja. Sakit sikit je. Sampai rumah, minum air masak. Terus masuk tido, kali ni tido kat bilik Dayah. Naik atas. Tido dengan erti kata lain tak tido nyenyak.

Pagi tu bangun, sakitnya perut!!! Jalan sambil bawa perut yer. Memang pegang perut. Tak boleh terhentak sikit. Jalan dengan penuh hati-hati. Masuk bilik Abah n Mama lagi. Bagi taw sakit, ari tu (4/11) Abah n Mama memang byk sgt keje. So Abah dah bising2, dia lari sana lari sini. Semua orang dah tak ada. So Abah kata Abah hantar je pergi hospital suruh Baby temankan. So ditemani baby, abah hantar betul2 depan emergency. Dah tak boleh nak jalan dah. Wheelchair la jadi kenderaan yang mengusung dayah ke bilik consultant. Kena baring atas katil lagi. Kali ni doktor perempuan. Saya cerita dengan dia, from a-z. So doktor decide Dayah kita buat CT scan yer. Saya anggukkan je la. Dalam kepala dah bilang agaknya berapa pulak kali ni. Tapi biarlah duit boleh di cari.

So saya di tolak ke scanning room. Waktu ni memang ramai sangat tengah Q. Doktor suruh saya sambil sample urin sekali. Dengan tak makan dan minum mana mungkin rasa nak buang air. So saya pegang je bekas sample tu. Kesian yang Nurse yang tolak saya tu. Mesti sakit tangankan.adussorry la incik nurse. So saya memang berdebar-debar jugak. Dalam kepala mesti sebenarnya, saya punya buah pinggang ni kan? Sebab doktor kata, bila buat CT Scan semua boleh nampak. kesian Baby waktu ni, dia baru bangun tido. So tak makan tak apa. Dayah pulak bukannya bawa duit byk. Dia dah bosan tu sebenarnya. Mujur dia bawa sama Handfree.

D_Y_H
Luka luar dah heal tapi dalam belum. Belum rasa pegang perut. Masih kebas. Kalau sentuh rasa pedih macam sentuh atas luka baru.

0 comments: