Admitted and Operated IV

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Episode empat, bosan dah ke? sengihnampakgigi maap la yer orang kata nak menulis kena ada mood? Heeee.... dak aihhh busy membuta sebenarnya. Bila di beri cuti makanya kena cuti dengan sungguh2kan.. Bosan sebenawnya!! Sangat!! Kereta dah lama tak pegang. Baru hari ni bawa bersungguh-sungguh. Nak buat tak rasa sakit Dayah sendal bantal kat perut pastu baru pakai sit bell. Kuranglah rasa sakitnya. Nak ke sana sini susah, jadi Dayah decide baik bawa sahaja. Alhamdulillah, hari ini baru rasa hidup. Korek sikit tabungan. adusadusadusgaru kepala. Tak palah, mujur ada. Unsuspected kan.

Kesian Mr. Black. Lama tak siar-siar sambil nyanyi. Esok nak g berdating .. Rindulah! Ingat nak lepak2 membaca. Last story sampai 3/11 hari ke-3 diserang sakit. So lepas balik, Dayah terus baring. Mama kata pergi private. Abah kata pergi UKM. Angah kata pergi AnNur. Last2 balik dululah, makan tengah hari pun tak lagi.

Petang tu dalam pukul 6 lebih rasanya. Dah dekat maghrib ke dah lepas. Naik kereta empat beranak, Angah drive. She wanted to go AnNur. Abah kata tak yah kita g UKM. Mama nak juga pergi private. Last-last angah kata kita pergi KPJ je la. Dayah apa-apa je. Sakitkan!

Sampai KPJ, daftar nama. About 2min lepas register terus pergi triangle. Check tekanan darah, timbang berat badan, nurse tanya tinggi berapa semua. Tanya lagi pernah admitted tak? Ada sakit apa2 tak? Lepas tu duduk sambil tunggu no. naik. Tak lama lepas tu no. naik. Jumpa doktor rambut putih. Seluruh rambut dia putih dengan misai2 sekali putih. Tengok muka tak adalah tua mana.

Seperti biasa, doktor tanyalah kenapa semualah. Dayah storylah semuanya. Then dia suruh buat X-ray. Bilik X-ray tu tak ada orang langsung. Dayah tunggu lama jugaklah. Rasanya adalah kot 20 - 30 min. So datang seorang girl indian. Ingatkan pesakit juga. Lepas tu dia, ambil kertas kat kaunter terus panggil nama. Ohhh, dia ke nak dignoss? Kena tanggal semua benda. Dia suruh mengiring kita mengiring, suruh terlentang kita terlentang. Masa nak mengiring tu memanglah payahnya. Rasa sakit. Sudahlah baring atas besi. Sejukkan. Lepas siap. Tukar balik baju. Waiting for result.

Once result masuk bilik doktor, Dayah tengok sekali X-ray. Amazing! tak lurus dah? Tapi kenapa sakit lagi. Sangat sakit. Doktor kata ini bukan sebab tulang belakang. He suspect me ada batu karang? Actually, dalam kepala dah fikir either have batu karang or buah pinggang dah tak function.

So, doctor kata saya bagi ubat. Dia bagi pain killer dengan apa ntah lagi. Suruh rehat dulu, esok ada appoitment dengan untuk buat Ultrasound? Tak rasa pelik. Almaklumlah, Dayah jarang nak kena hadap semua jenis scanning ni. Yang taw, Ultrasound tu nak tgk isi perut. Yer tak? Cuba cakap pasal fraud ke? Findings ke? Ethical in doing business ke? DebitKredit ke? Balance sheet ke? Profit & loss ke? etc.. etc.. etc.. etc.. taw la jugak.

So balik & rest. Seperti kebisaan memang tak boleh tido. Memang pelbagai cara dan kaedah tido saya buat. Segala jenis kuak ada. Tapi kali ni tak kejut mama or abah. Just kalau sakit panggil Aten tolong urutkan perut ke pinggang ke kaki ke. Aten temankan tido. Next morning pergi scanning, Mama and Aten temankan. So pergi buat ultrasound. Doctor tekan perutla kan sebab nak scan. Entah apa gel dia apply. Doktor lelaki yer. Ishhh malunya. Bilik ultrasound tu gelap gelita. Ada cahaya luar sahaja. Dia tak cakap pun. Ada nurse accompany. Lepas scanning, terus dia suruh jumpa doktor bertudung dalam bilik 1. So doktor pun kata, ada cyst about 2cm. So doctor said kena refer to gyna. Doctor bagi pilihan specialist mana saya nak. Dayah pilih Dr. Rasliza eventho she did mentioned nama doctor yang mungkin lebih expert. So, lepas buat decision, Dayah di bawa jumpa pakar. Nurse tanya boleh jalan tak. I said, I can. Tak mau susahkan orang tolak saya.

Moment masuk jumpa Dr. Rasliza she smile. Cerianya Dr ni. Dalam hati, sejuk mata memandang dan tak salah pilih doktor ni. So dia scan again. Dalam bilik dia memang ada ultrasound machine. So dia pun nampak the same thing. So dia kata 1.8cm mcm tu la measurement dia. Saya tengok juga dekat skrin, nampak penuh je perut tu. Macam berisi penuh dengan lemak2 dan makanan agaknya. Macam ada sikit je ruang lagi nak bagi dia betul2 penuh dan padat. Sebelum tu doktor siap tanya, "tak mengandungkan?"busuk dah sakit geleng je la. Lawak doktor tak dapat buat saya gelak masa tu. Doktor siap kata perut awk penuh najis ni. Mahu taknya, tak membuang dari hari saya mula rasa sakit.

So dia kata, cyst tu kecil jadi kita kena monitor. So appointment dia next month. Saya tak cakap pun ngan mama apa-apa. Just cakap doktor nak buat follow up bulan depan. Kecik jekan. Tak payah heboh sangat. Baliklah, mama siap ajak makan bihun sup yang kononnya di gembar gemburnya sangat2 dan terlampau sedap. Saya memang sakit tak de mood langsung nak turun. so duduk dalam kereta. Perut memang lapar, tapi selera makan memang mati. Dah masuk hari yang ke-3 saya tak jamah makanan. Cuma air yang di makan. Makan pun sipi2 sahaja. Balik rasalah sedap sangat ke. HAMPEH, tak sedap langsung! Dia bubuh daun limau perut. Tak berkenan langsung. Lalu dua suap je. Lepas tu, lepas fews minute muntah balik. Rugi je makan.

D_Y_H
Cyst tu apa? Memang blur masa doktor ckp. Bagi saya dia mcm ketumbuhan. Cyst tu sebenarnya "a closed sac that develops abnormally in some body structure"

0 comments: