Admitted and Operated III

Assalammualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

Dah masuk episode ke3 sengihnampakgigi, almaklumlah Dayah kalau bercerita panjang lebar nerdhikkkk. Pagi Isnin (2/11), Abah dah riuh-riuh nak panggilkan WAK *sinonim utk orang yang berdarah jawa ataupun indonesia* WAK ni memang selalu datang rumah. Orang keluar masuk rumah nak berubat dengan dia.

Dayah memang tak suka di sentuh orang, apatah lagi berurut merajuk bukan mengada2 atau minta puji *kata org sabah* tapi memang tidak suka. Entahlah dari mana datang sikap tu. Kalau sakit pun urut la sendiri, kalau dah melampau sakit baru cari doktor. Memang ikut hati tak mahu, tapi MamaAbah dah paksa. Dalam kepala dah macam2 monolog;

- WAK mesti kata aq ni banyak lemak.. byk kolestrol sebab tu sakit

- tak pun mesti WAK kata buah pinggang aq tak berfungsi

- yerlah sakit pinggangkan

- Tak pun mesti dia nak kata banyak minyak dalam badan aq


Haaaaa.. macam tu sekali si Dayah ni berfikir. Sakit tu buat saya nak baring sahaja. Tak pun rasa nak lipat badan. Sungguh menyakitkan. Masa itu, rasa umur dah pendek pun ada. Terfikir ini balasan Allah sebab selalu buat dosa. Macam-macam dalam dikiran waktu tu.

WAK pun mula urut. WAK ini guna kaedah ala-ala akupungtur *ehh betul ke eja ni. hentam je la* dia akan usik bahagian kaki untuk ketahui fungsi organ badan. Dia usik kaki memang tak ade rasa sakit apa pun. Bila dia mula picit dekat betis, katanya darah tak jalan. Buah pinggan sebelah kiri tak berfungsi langsung.. kaki saya dua-dua dah sejuk. Memang sejak kena serang sakit pinggan, kaki rasa sejuk.

Sebelum WAK tu datang lagi, dari saya bangun tido Dayah dah terlalu rasa sakit, Dayah menangis nangihnangihnangihnangihnangih tak kira orang dah waktu tu. Sampai Mama kata, "apa menangis ni tak malu kat orang, sabaq la sikit" Dayah dah memang tak tahan sangat2 dah waktu tu. WAK tu picit sana sini lagi tambah meraung. Apa taknya dia pergi picit isi kita. Macam kena cubit dengan orang yang sangat geram. Macam tu. Bukan dia urut. Memang Dayah marah terus waktu, semuanya keluar.

- Bukan sakit situlah.
- Nanti.. nanti.. nanti... *tarik kaki... sakit dia picit*
- Tak sakit situlah
- Bukan tu la
- orang bukan kat sakit situ laa * sambil nangis2*

Sampai adik-adik semua gelak, saya nangihnangihnangihnangihnangihnangihnangih sampai muntah. Sampai baby kena ambik baldi. Bila WAK picit, terus nak muntah. Adalah sejam dia picit2. Kaki saya yang pucat lesi tadi dah mula tak sejuk dan nampak merah balik. Lepas tu dia penat saya rasa. Sebab badan sayakan tongdrum. Mesti dia penat. Nasib la WAK. Apa pun saya rasa sedikit lega. Rasa darah dah berjalan kembali. Pagi tu kan ada appointment dengan doktor. Tapi sakitnya memang datang balik lepas tu. Terus abah suruh bawa pergi Emergency. Kad Hijau lagi. Saya memang sakit lebih dari semalam. Semalam sakit saya masih boleh jalan. Kali ini, memang nak jalan pun dah tak boleh. Kena guna wheelchair. Lama benar rasanya. In meantime, angah pergi buat appointment yang fisioterapi tu kan. Aten temankan Dayah. Terlalu sakit saya rasa, duduk pun tak kena. Bilik triangle tu tak ada langsung jururawat bertugas, tak silap ada 4 ke 5 triangle room. Bila tak ada, makanya lama lagi saya boleh see the doctor. Saya suruh Aten tanya. Dia suruh sabar. TRIANGLE pun tak ada orang apa kes? Saya tunggu dekat 45min macam tu la. Saya rasa 5-6 kali saya suruh bagi taw petugas hospital tu saya sangat sakit. Dia kata sabar. Ok. Sabar.

Last saya dah tak tahan, saya bangun dari wheelchair. Ajak Aten balik. Suruh dia call angah. Dari saya buang masa tunggu dia suruh sabar sedangkan register jumpa doktor tak buat lagi. Lebih baik saya balik dan tido. Sekurang-kurangnya tido dapat kurangkan sakit saya. Angah pun terkocoh2 datang. Then tell u what?

- Along fisioterapi tu appointment dia 2-Dec-09!

- haaaaaa hahhahhahhahhah glaa apa.. sebulan lagi?

- Angah jom kita balik, dia orang layan tak layan pun

- TRIANGLE cek pun tak gerak2, inikan pulak nak jumpa doctor mahu sejam dua lagi kat sini


So angah drove me home. Saya balik dan tido. PAIN killer semalam ada lagi. So telan tu dulu. Dengan harapan, bangun nanti ada miracle.

D_Y_H
Kecewa dengan perkhidmatan yang di beri

8 comments:

ANA FARZANA said...

Tu la pasal org suruh gi hospital swasta gigih nk gi hospital kerajaan.....dah tahu2 hospital kerajaan lembab n slow....so pilih hospital swasta....biar mahal asalkan layan cepat....huhuhu

Dayah said...

Salam Yayang,
Tu la.. at last I pergi jugak.. ^_^

fusherna said...

lailahaillallah..bape episode lagi ni dik...hihi..

Dayah said...

Salam Kak Husna.

hikk.. Dayah pun tak taw berapa episode nak di tulis.. okok saya cuba pendekkan kekekeke.. tak reti plak nak tulis pendek2.. kekekeke

fusherna said...

xpe take ur time..akak ni jenis yg x minat sgt drama bersiri..sbb xsabar nak tahu apa jd seterusnya..kalau baca buku cite tu kena abiskan hari tu jugak..jd paham2 je la..dont worry..xyah pendekkan..dayah pandai bercerita...seronok baca..hihi

Dayah said...

Salam Kak Husna...
hihihi...

Kak Ungku Betty said...

Salam...hi Dayah, wah template baru..I like it! dah nak dekat 2012 ni...dunia kita tukar jadi merah ker...hehe

Dayah said...

Salam Aunty Betty,
Hehehe.. Dayah saja tukar background.. not sure yet berapa lama.. maybe temporary or for few periods ^_^ merah tanda semangat membara ^_^