Admitted and Operated II

Assalammualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

Part II of being admitted & operated. Hari ini, Dayah dah feel better. Jalan pun dah laju. Tak macam hari-hari sebelum. Macam baby mula bertatih aje. Semalam Dayah story sampai bersiap-siap ke Hospital Serdangkan. So AbahMama yang bawa. Duduk dalam kereta rasa sakit dia kurang sikit.

Abah drive terus menuju Emergency, I got green card. Maknanya tak Emergency. Pukul 2 pagi mcam tulah. Bahagian emergency tak penuh. Ada beberapa patient, saya di layan selepas about 1 and half hours macam tu lah. Lama memang lama menanti. Ada seorang nenek menanti seperti saya juga. Dayah tengok nenek tu datang bersama anaknya. Pergi buat Xray, I guest. Lepas tu nenek penat agaknya atau pun sakit. Terbaring dia di atas kerusi panjang hospital. Kesian tengok dia. Tak lama lepas tu nombor giliran saya naik. Masuk jumpa doktor. Ada dua orang doktor bertugas waktu tu. Seorang gunakan pc seorang lagi berlaptop. PELIK x? Rasanya ada bilik consultant lagi, kenapa perlu kongsi?fikir mungkin yang berlaptop tu pelatih? Mungkin la kan.

Doktor tu start tanya few question, then dia suruh baring. Nak cek pinggang. Dia ketuk2 belakang pinggang, tanya sakit ke tidak. Ada la rasa sakit. So dia suruh buat X-ray. Dia tanya juga, pernah jatuh ke? As I remember, pernah jatuh dulu. Lama dah. Masa kecik2. Ter'terjun' papan gelongsor sengihnampakgigi takkan la sebab itukan?

Keluar dari consultant room, nak ke X-ray room. Saya ingat dekatlah. Jalan memang kura-kura habis. Setiap langkah rasa sangat-sangat berat. Berpinar dah mata waktu tu. Rasa nak muntah semua ada. Mama temankan pergi X-ray. Saya agak dalam less than 20m kot ke tempat X-ray. Agaknya la. Jauh betul. Tidak ada nurse teman hanya berpandukan papan tanda dan bertanya kepada kakak security. The moment nak sampai memang rasa azab sangat. Nampak toilet terus lari masuk. Semua isi perut di buangkan ke singki. Lepas tu jalan ke X-ray place memang dah tak larat. X-ray room tu kunci. Ketuk beberapa kali baru dibuka. Then kena register. Di panggil masuk dan di dignos. Lepas habis, dia suruh jumpa doktor tu balik. Jalan balik pun muntah lagi. Memang rasa kurang sangat dah tenaga. Tunggu lagi. Tak silap dalam 30 minute. Lepas tu baru masuk jumpa. Then doctor kata, my back bone was straight. Abnormal la macam tu. Dia suruh datang pagi nanti. Buat appointment for physiotherapy.

Doctor cucuk saya dengan ubat tahan sakit. Lepas ambil ubat tahan sakit lega sikit. Boleh tido. Tapi few hours sahaja. Doctor bagi saya 2 hari MC. Saya berdoa dalam hati supaya less than one day boleh sembuh. Memikirkan file yang belum siap Memang saya gusar sangat.

D_Y_H
Kita di beri akal untuk menilai

0 comments: