PESAN USTAZ

Assalammualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

Apa khabar? Harap2nya semuanya sihat sejahtera hendaknya. Hari ni Dayah nak share satu email yang berguna buat berpesan-pesan sesama kita. Kadang2 kita ingat kita sedar, tapi sebenarnya dalam sedar ada lupanya dan dalam tidur ada sedarnya.

Meh kita baca bersama-sama pesan USTAZ, moga kita semua dapat manafaatnya bersama:-

Kita ini semuanya sama
Tiada beza yang tua mahupun yang muda
Jangan menyombong atau takbur sesama manusia
Sekalipun kita berpangkat atau berilmu
Kerana disisi Allah
Kita semuanya sama
Kata ustaz
Jangan kita hina orang yang lemah
Yang kurang berada
Mahupun yang kurang paras rupa
Tiada beza yang mengerjakan sawah
Mahupun yang membina perumahan mewah
Kerana disisi Allah
Kita semuanya sama


Kata ustaz lagi
Jangan kita hina
Budak kecil yang comot lagi berhingus
Kerana dia tiada dosa
Sedangkan kita
Setiap waktu dan ketika
Memenuhi hati kita
Dengan titik-titik noda
Dalam tidur, dalam jaga

Akhirnya ustaz berpesan,
Ingatlah!
Kita manusia semuanya adalah sama
Yang membezakan kita
Hanyalah AMAL dan TAQWA
Biarlah kita kurang dimata manusia
Tetapi tinggi disisi ALLAH


Peliharalah dirimu
Agar tidak dinodai dengan suasana
Sesungguhnya dirimu
Ada harga diri
Yang tidak ternilai mahalnya

Segalanya UjiaN
ALLAH menguji KEIKHLASAN bila bersendirian...
ALLAH memberi KEDEWASAAN bila ada masalah...
ALLAH melatih KESABARAN dalam kesakitan...
ALLAH tak PERNAH ambil sesuatu yg kita sayang TANPA menggantikan dengan yg lebih baik....

SAHABAT SEJATI
apabila ingin berteman,jgnlah krn KELEBIHANNYA,krn mungkin dgn 1 KELEMAHAN, kau akan MENJAUHINYA...
andai kau ingin BERTEMAN, jgnlah krn KEBAIKANNYA, krn dgn 1 KEBURUKAN, kau akan MEMBENCINYA...
andai kau ingin berteman, jgnlah krn ILMUNYA, krn apabil dia BUNTU, kau akan MEMFITNAHNYA....
andai kau ingin berteman jgnlah krn sifat CERIANYA, krn andai dia MURAM, mungkin kau akn MENJAUHINYA...

Andai kau ingin berteman.....TERIMALAH dia seadanya kerana dia juga MANUSIA BIASA SEPERTIMU....

Moralnya: Kita semua ada kelebihan ada kekurangan… jangan sesekali kita pupuk dalam diri kita sifat suka mencari2 kekurangan, keburukan org lain, Renunglah diri sendiri…jangan mata kita hanya melihat KOYAK di kain org lain sedangkan kita lupa kain di badan kita yg mungkin TERKOYAK... Tutuplah Keaiban org lain semoga ALLAH menutup keaiban diri kita.

D_Y_H
Berpesan2lah kita agar kita saling ingat mengingati sesama insan ^_^

0 comments: