Obesiti

Assalammualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

Siapa obesiti? Dayah? Yes I am. Tun Mahathir tegur rakyat Malaysia terlebih gemuk (dlm kata lain obesiti) artikel ini saya petik dari Utusan Malaysia (saya copy & paste)

Dr. Mahathir kecewa rakyat terlebih gemuk

KUALA LUMPUR 18 Okt. – “Saya berasa amat tidak gembira dengan keadaan rakyat Malaysia,” kata Tun Dr. Mahathir Mohamad merujuk kepada rakyat negara ini yang berhadapan dengan pelbagai masalah kesihatan terutama obesiti dan sakit jantung.

Kenyataan spontan bekas Perdana Menteri itu menggambarkan rasa kecewa beliau dengan sikap rakyat Malaysia yang malas untuk menjaga kesihatan mereka.

Katanya, penambahan ketara kumpulan penduduk yang terlebih gemuk atau obesiti agak merunsingkan.

“Pada masa ini, orang yang obes amat ramai, malah semasa mereka berjalan, gear box (merujuk kepada perut) mereka turut bergerak dan dibuai dengan kuat.

“Ini tidak elok kerana jantung mereka terpaksa bekerja lebih kuat untuk menampung keadaan itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan kempen Walk-a-Mile (WAM) sempena Hari Jantung Sedunia 2009 di sini hari ini.

Dr. Mahathir turut berkongsi panduan kesihatan dengan peserta kempen itu bahawa berat badannya tidak pernah melebihi 60 kilogram sejak mula-mula menyertai politik sehingga bersara.

Beliau seboleh-bolehnya akan tetap meluangkan masa untuk melakukan senaman walaupun sibuk dengan tugas seharian.

“Senaman yang paling mudah dan ‘murah’ ialah berjalan kaki, sehingga sekarang saya amalkan kecuali jika terlalu sibuk, saya akan gunakan alat senaman treadmill. Saya juga angkat dumbell untuk Kuatkan otot lengan.

“Mungkin kini tumbukan saya tidak sekuat dahulu, maklumlah usia sudah semakin meningkat, tetapi jika semasa muda sesiapa yang terkena tumbukan saya pasti akan terasa sakitnya,” katanya sambil berseloroh.

Kempen WAM itu dianjurkan oleh Yayasan Jantung Malaysia bersama Nesvita Omega Plus dengan kerjasama akhbar Mingguan Malaysia.

Objektif program tidak berkonsepkan pertandingan itu adalah bagi mengajak orang ramai berjalan kaki sekurang-kurangnya satu kilometer sehari bagi menggalakkan masyarakat menjadikan amalan tersebut riadah rutin untuk mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular.

Kempen WAM bermula di Alor Setar, Kedah pada April lalu; Kuantan, Pahang pada Jun; Melaka pada Julai; Taiping, Perak pada Ogos dan kemuncaknya hari ini di Taman Tasik Permaisuri, Cheras di sini.

Dr. Mahathir turut menyertai kempen itu yang upacara pelepasannya disempurnakan oleh isteri beliau, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali.

Beliau turut mengulas ceramah Pengerusi Yayasan Jantung Malaysia, Datuk Dr. J. S Sambhi sebelum itu yang mengingatkan orang ramai yang sayangkan jantung supaya mengelak daripada menjadikan nasi lemak dan roti canai sebagai menu utama sarapan pagi.

“Saya dah makan nasi lemak tadi, tetapi kalau saya dengar dahulu ucapan Dr. Sambhi, pasti tidak akan makannya... diet saya adalah makan semuanya sama ada yang berlemak atau berkolesterol tinggi, tetapi dalam jumlah yang amat sedikit.

“Jangan praktik cara ini kerana saya tidak layak memberi nasihat kerana terlalu lama tidak mengamalkan profesion perubatan,” katanya disambut gelak ketawa hadirin.

Adakah anda juga tergolong dala golongan seperti saya? Anda mengambil NASI LEMAK or ROTI CANAI everyday? Inilah kegemaran rakyat Malaysia. Tak kira bangsa. 1Malaysiakan. Tapi amalan tersebut memburuk kesihatan kita semua.

Dayah sedar mmg tak harus berterusan dengan bentuk badan dan berat yang sedia ada. InsyaAllah sedang berusaha menurunkan sehingga BMI ke range 18-20 insyaAllah. Terlalu banyak nak kejar. Tapi tiada apa yang mustahilkan. Cuma nak habaq ni, cheq malas sgt nak senam. Harap parking kete kat basement yang tak berapa nak jauh tu, naik tangga sikit ke floor G pastu naik lift, touch kad ofis naik tangga lagi setingkat ke aras department saya.. tolak kerusi dan duduk. Tangan sibuk buka laptop & pasang plug, haaa itulah senaman saya selama 5hari di ofis.. itu pun kalau masuk ofis gelakguling *sengalaa dayah ni.. hahahaha* oh tambahan, balik rumah kena naik tangga lagi, nak masuk bilik kena panjat tangga. Lepas tu nak g loteng kena naik tangga lagi. Huhh berpeluh dah tukan... gelakguling *sah dayah sengal*

Oleh itu saranan saya, marilah kita beramai2 perbanyakkan naik tangga ehh silap bersenam yer, jgn lupa paling tidak 3 jam seminggu. InsyaAllah, saya nak rajinkan diri ni. Bermula dengan naik tangga yer sengihnampakgigi

D_Y_H
Seriously I'll take this serious issue. DAYAH dari hari tu dok 4kg je turun. Bila nak turun lagi dan lagi ni. Maintain je ni. Apa kess?

6 comments:

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

alahai...ramai yg berkecil hati yer dgn kesinisan che det tuh...mantan kita kan mmg camtu laras bahasa dier...hehehe =D take it as challenge =)

Kak Ungku Betty said...

Salam..Hi Dayah, wah berusaha nak kurus jugak yer? yang sebaiknya cuba turun 1kg per month. Jangan paksa diri berdiet sampai berlapar. And then kena bersenam jugak...kalau susah sangat nak kurus, aunty amalkan 'gaya hidup & pemakanan sihat'... aunty now ni berjalan aje ke ofis dan turun naik tangga beberapa kali sehari....cuma masalahnya bila umur dah lanjut ni..sengal2 lututlah pulak.. ahaks.

dayah said...

Salam,

Nuar,

^_^ sya tak kecik ati ^_^ sbliknya wajar sarannan tu. Mmg dah makin ramai yang obesiti. Malaysia kan kayo ngan makanan. Sampai lupa diri ohh kalau dapat makan. Pulun selagi boleh.. kekekekeke.. InsyaAllah saya akan usaha dan usaha..

Aunty Betty,
Itulah Aunty.. agak beberapa bulan dah la saya usaha before puasa. Alhamdulillah ada results just small in kg sajo ^_^ alhamdulillah tak paksa diri. Itulah turun naik turun naik tangga je skrg yg RAJIN. hahahaha.. insyaAllah saya tgh berusaha nak membeli sesuatu tok buat alat senaman ^_^ kagum saya Aunty g keje jalan kaki.. kalau saya makanya sampai ofis tengah hari ler... ^_^

IntanLal said...

Kak, intan akan sokong segala tindakan akak, tp jgn smpai memudharatkan diri ok...mulakan dengan senaman ringan, pastu p gym or kat rumah, buat jer sendiri senamrobik...

Kak Ungku Betty said...

Hello dear...my house is only about 5 minutes walk from my house (dalam satu taman perumahan yang sama)...ahaks. kalau dah malas nak jalan aunty suruh uncle hantar...x patut ek?

dayah said...

Salam,

Intan - Senaman ringan insyaAllah ^_^ senaman berat tu yg terasa alahaii beratnya badan aq ni.. hahahaha.. kita tgk yer nanti... 2 thn insyaAllah. pelan2kan ^_^

Aunty - 5minit tu dekat sgt2 tu Aunty. Kalau dayah pun akan buat tindakan yang sama ^_^ keep continue Aunty. Healthykan, ajak uncle sekali hehehehe..