Day out 4 - KB

Assalammualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

Apa khabar semua, harap2 semuanya sihat2 sentiasa. Saya? Alhamdulillah, cukup makan pakai sengihnampakgigi Sepanjang kat sini. Banyak jenis makanan saya jumpa sampai pening gile nak buat pilihan hehehe. Masa si Rantau Panjang, mcm2 jenis makanan pelik saya jumpa. Mungkin pelik di mata saya la senyumkenyit dlm kepelikan tgk makanan. Saya cuma berkenan pada "PULUT AYAM". Nak tahu kenapa? Sbbnya Beras pulut dia sangat cantik di pandang mata hihihihi. Ayam dia pulak goreng berempah. Pulut itu di sertakan dengan bawang goreng, air cili dan ayam goreng. Nampak sedap tapi bila makan hampa xpasti biasa sahaja. Saya beli sebab beria-ria staff dkt sana kata sedap taw!! Jadi dgn terujanya saya pun membeli. Ok tak apa, sekurang-kurangnya saya dah merasa. Saya rasa lepas ini boleh buat sendiri. Kekurangan makanan tu saya rasa pulut dia kurang lemak. Pulut kalau kurang lemak mmg tak sedap.

Start hari ini sampai last day nanti, saya dan officemate saya tak perlu travel lagi.. yea yea yea. Kami cuma perlu travel berjalan kaki sahaja penatpweeehh mesti berpeluhkan. Tak apa tak apa. Senaman di pagi dan petang hari. Berbuka puasa dkt sini, kita orang kena buka tingkap hotel tu. Sebabnya tak dengar langsung bunyi azannya. Duduk dkt tingkap tu pun sayup-sayup sahaja bunyinya. Jauh Masjid dari lokasi kami tu. Selalunya kami hanya berbuka dahulu dengan apa yang ada. Lepas tu baru keluar mencari makanan yang lebih berat. Kalau air mineral .. air mineral sahajalah sajian kami. Apa sahajalah yang ada bagi kami berbuka. Bila berkeadaan begini, saya teringat bagaiman Rasulullah dulu hanya berbuka dengan 3 biji kurma atau kadang sebiji sahaja. Rasa insaf. Kita sekarang ini, selagi tak penuh meja dan nak meletop perut terus hidang dan makan sahajakan. Hermm kita harus contohi Rasulullah dan sahabat. Susahkan? Tak di nafikan. Tapi kita boleh praktikkan. Bersederhana dalam berbuka puasa. InsyaAllah kita mencuba perlahan-lahan.

Inilah, menu buka puasa saya semalam. Semalam selepas habis exit meeting dengan Management, saya dan officemate terus ke other location. Tempat ini, kami buat kerja secara laju2. Sebab cuma ada sejam sahaja. Berlari-larilah photocopy mana yang patut, interviewed perkara2 penting. Ronda-ronda buat observation. Alihnya saya rimas, nak cepat2 balik dan mandi. Mujurlah menunggu driver yang mengambil kami tu tak berapa lama. Saya risau kalau jalan jammed. Sbb sebelu itu, dari Rantau Pajang ke Pengkalan Chepa tu jalan terlalu jammed. Mujur jalan ok.

Kami gerak cari makanan berat pukul 8malam. Legang! sengihnampakgigi yerlah orang dah bukakan. Jadi saya pilih Medan Selera Jalan Bu... ntah tak ingat namanya.. hahahahaha. Tak apa nanti saya bagi taw ek nama dia. Banyak juga foreigner yang saya jumpa. Try makanan itu ini. Mula2 saya jumpa dua orang lelaki yang sedang kusyuk melihat pakcik kedai membakar ayam panggang. Lepas tu saya terus ke gerai Murtabak. Lepas order sambil memerhati makcik menibar roti murtabak. Datang seorang ladies, di pandang-pandang menjengah ke dalam periuk2 berisi inti murtabak. Lepas itu terus order 2pieces senyumkenyit dalam hati saya, "mahu juga dia makan" Pakcik gerai murtabak tu teror juga cakap, "2 pieces chicken".... "5 minutes" saya bangga juga jadi sebahagian Malaysia. Sekurang-kurangnya pakcik itu tahu sedikit. Orang puteh itu, memerhati seperti saya tadi. Makcik tu tibar roti dan bancuh inti murtabak. Mungkin pengalaman pertamanya.

Selang beberapa minit, dalam beberapa orang kawan2 ladies ni. Si lelaki ni, menyuakan ayam panggang ke mulut ladies ni. Dia cakap, "its beautiful" saya terus berpaling. Apa yang cantiknya?? Tgk dia tgh makan Ayam Panggang! Aikkk cantik sangat ke ayam tu. Kakakakakaka, sungguh saya nak tergelak kala itu. Saya tinggalkan pasangan itu lepas membayar. Ika menanti saya di gerai makan. Saya order "TOM YAM AYAM" sedap ke? Boleh tahan. Manisnya tetap ada tapi pedasnya mmg pedas.

Tgh dok layan tom yam tu, muncul pasangan tadi. Saya berfikir, ehh tak kenyang ke dia orang ni. Dari satu gerai ke satu gerai dia jelajah. Dia orang masuk dan berdiri betul2 dpn kiosk makan. Ada seorang pakcik nak ambil order tapi dia tak pandai cakap mat salih. Dia cuma tunjuk kat mat salih tu tgklah menu dkt signboard tu. Nasib ada. Lepas tu terus dia panggil bini dia. Bini dialah yang melayan mat salig tu. Ambil semua order. Tak sangka dia orang makan "MEE GORENG".. paling terkejut HABIS yer! Mesti sedap makcik tu masakkan. Tak lama lepas tu, guys dlm group tu menghilang dan dia balik dengan bungkusan Murtabak. OMG! Sedap la murtabak tu sampai dua kali dia orang beli. Memang tidak di nafikan. Murtabak tu sedap. Cuma saya pernah rasa yang lebih sedap sengihnampakgigi dkt dgn rumah saya ada satu pakcik ni. Sedap Murtabak dia. Padat dan cukup rasa isinya dan kulit roti dia tak tebal.

Duduk dkt sini, hari-hari Lagu raya di mainkan. Sebabnya nak meriahkan lagi suasana raya dan menjadi polisi comp. mainkan lagu tema perayaan tertentu. Sambil2 buat kerja, layan-layan lagu rasa terasa tak lama dah nak meninggalkan bulan puasa. Sana sini dah meriah dengan hiasan raya. Terasa syawal makin hampir dan ramadhan makin ke penghujungnya. Alhamdulillah, saya terasa lebih bermakna puasa kali ini dari tahun2 sebelumnya. Syukur.

D_Y_H
Rasa nak beli baju setan nafsu ohh nafsu.. hahahahaha

0 comments: