Wudhu' Zahir & Batin

Assalammualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

Apa khabar semua? Harap2nya sihat selalu sengihnampakgigi saya Alhamdulillah sihat. Hari ini Sabtu, mesti tengah dok pikiaq nak masak apa, nak beli apa, nak makan kat mana kan? sengihnampakgigi Biasanya bulan puasa begitulah, dalam kepala pikiaq "Buka puasa nak makan apa ek?" senyumkenyit Saya kalau hari2 cuti sempatlah fikir nak makan apa. Bila hari kerja, saya rasa nak cepat balik aje hahahahaha. Kejap lagi saya nak masuk ofis kejap. Rasanya sampai petang agaknya. Nak minta tolong angah siapkan kerja sikit dan selebihnya saya buat. Adik2 sibuk nak ikut sama ke ofis. Best jugak. Kakak Lai Fun tunggu saya nanti, yahoooo ada geng. Dia seorang Manager yang sangat sporting dan suka membantu. Paling best saya suka karektor dia. Kalau dia nak marah dia marah aje, kalau dia nak gelak dia akan gelak aje, sebab ty karektor dia fun. Eh, dah tukar ke tajuk lain pula saya ni.

Back to the subject, saya nak berkongsi email dari seorang sahabat. Saya membacanya terasa menarik. Marilah kita sama-sama tertarik ya kenyit

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk
solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk
dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya,
demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam
dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?"

Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwudhu' zahir dan batin."

Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?"

Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota
wudhu' dengan air".

Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-
* Bertaubat
* Menyesali dosa yang telah dilakukan
* Tidak tergila-gilakan dunia
* Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya')
* Tinggalkan sifat berbangga
* Tinggalkan sifat khianat dan menipu
* Meninggalkan sifat dengki.

Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua
anggotaku dan menghadap kiblat.

Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan:
1.aku sedang berhadapan dengan Allah,
2.Syurga di sebelah kananku,
3.Neraka di sebelah kiriku,
4.Malaikat Maut berada di belakangku, dan
5.aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal mustaqim'
dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku,
kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik."

"Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham maknanya kemudian aku
rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh
pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat
selama 30 tahun."

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya
yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

Kadang-kadang kita terlepas melihat perkara-perkara kecil dan kadang-kadang benda yang besar itu kita melihatnya secara kecil. Jadi sama-samalah kita perbaiki diri jadi yang lebih baik dari hari ke hari ya senyumkenyitsengihnampakgigi

D_Y_H
Salam Ramadhan

0 comments: