Tolong2

Assalammualaikum wbt,

Lepas puas memasak di dapur dan merempit ke KL beli roti Nan. Abah minta tolong jadi drebar. Huhh sungguh saya malas. Teruknya la saya ni. Tahap kemalasan dugong. Hahahahaa. Ada meh??

Dalam dok malas2 tu saya gerak jugalah. Start kereta, bawa kereta abah. Hikhik. Baru best! Saya mmg suka bawa 4BY4. Steady and lasak, boleh redah jalan apa pun. Itu yang paling penting. Saya kan suka bawa laju2 hihihi lepas tu main redah aja jalan apa pun. Kalau bawa kereta saya mesti fikir 100 kali sebelum main redah sesuka hati. Kalau kereta yang tayar dia ni besar ni. Saya tak risau. Jalan aje!!

Tempat nak pergi tu saya tak tahu di mana jadinya saya hanya follow sahaja. Membebel jugalah saya mengekor belakang abah. Slownya lah!! Lori penuh barang sbb tu abah bawa slow. Itu pun ada sekali dkt trafic light abah turun tgk belakang. Entah apa dia jenguk ntah.

Dalam kereta yang saya bawa pulak, riuh rendah dgn ibu2 (pembantu mama) membebel dgn bahasa dia orang. Issshh tak fahamlah. Bahasa Madura! Kadang2 saya saja sakat, "Ibu ni ngumpat la tu" hahahaha nanti dia orang reply la "along ni tahu aje" hahahaha gler kejam mengaku.

Dom mmg abah dah setting awal2. Saya yang tgh mengantuk ni tolonglah turunkan barang2 dari lori. Masa nak turun lori tu ada incident lawak dlm kereta,

Ibu1: "Mcm mana nak buka tali ni along"
Ibu2:"Ibu ni tali pun tak reti buka.. mcm mana nak hantar gambar masuk tv3... hahahahahahaha"
Ibu3:"Ibu ni bikin malau aje"
Ibu1"Iya memang tak reti buka, naik kereta mahal. Kalau dalam kapal terbang di kasi tunjuk"

Saya tak tahan betul lawak tu, nasib baik nak pasang tali pinggang tu dia pandai. Nak buka terus tak reti. Sampai balik, dia masih x reti nak buka. Katering tu dekat kawasan perumahan mewah. Mama kata Dato'. Saya tak tahulah Dato' ke apa ke? Pada saya semua sama sahaja.

Sampai setting pembakar kambing. Saya tak tahu berapa ramai jemputan dia? Dia order 2 ekor kambing. So ada dua tempat bakar. 2 ekor kambing pada saya about 500 jemputan. Katering mama mmg specialist dlm BBQ. Menu lain yang di order, Nasi Arab (nasi ni saya dah bertekak dgn mama dkt rumah, sbb saya kata mama bubuh kambing tapi mama nafikan kata lembu. Saya tak percaya sbb saya nampak tulang mcm kambing. So saya cabar mama makan. Mama makan yer! Saya masih tak caya. Sbb tulang tu)

Tetamu dtg dalam jam 9mlm lepas isya'. Inilah antara menu. Ada gambar kambing tapi terlalu berasap la pulak. Tak jadi saya nak letak.

Jumlah jemputan dia bila di kira secara kasar dalam 100 orang. Tapi kambing almost habis. Lebih tuan rumah tapau. Dahsyat la pakcik tu makan. Kambing ni bahaya! Bukan boleh makan banyak2. Terutama yang ada darah tinggi dan kolestrol pun tinggi. Saya mmg tak suka. Sbb bau dia. Tapi bila bakar bau dia sedap.

Lepas dah sudah semua, kemas2 dan balik. Saya punyalah mengantuk!! Balik2 saya serbu Nasi Arab mama. Hehehehe. Kena perli dgn mama. "Ehh.. nasi kambing tu!" Hahahahaha mama memulang paku buah keras. Saya senyum malu. Pastu mama bagi upah. Banyak tu RM100. Wahhh mcm tu nak resign la. Keje hantar orang and tolong2 je. Satu katering dapat RM100. Sebulan selalunya ada banyak katering. Katakan ada 30. Wahhh lebih kaya dari bekerja. Hahahaha.

D_Y_H
Masih mengantuk laaa...

2 comments:

Kak Ungku Betty said...

Salam, Dayah your family buat catering yer? Mesti your parents pandai masak kan? Dayah mcmana ok x part masak2 nie???

dayah said...

Salam Auntie Betty,
Ha'aa mama saya buat catering. Saya? Tukang komen je auntie. Masak campak2 saya pandai la hikhikhik