Sepetang di dapur

Assalammualaikum wbt,

Hari ini saya masuk dapur, hikhik. Lama tak masak. Asyik makan berbayar aja tak pun orang masak. Rindu nak masak cuma malas, hahahaha. Saya admit saya malas. Kekekeke. Nak lagi kalau dah ada orang lain pegang senduk, belanga.. terus kau je la yang buat. Lepas tu sayalah tukang komplen. Hahahahaha. Sungguh kejamkan.

Pagi tadi saya dengan adik-adik pergi breakfast dekat Maulana. Padahal kalau nak makan boleh je minta orang kedai buat. Nasib abah tak ada masa kita orang keluar. Kalau tak menjawablah. Abahkan tak suka anak-anak dia membazir. Kita orang pergi enam orang, total breakfast RM26. Kalau pergi sana, adik2 saya suka Maggi goreng. Sampai 2 pinggan sorang pun boleh jadi. Tak ada la sedap mana. Mama punya manggi goreng lebih 200% sedap. Serius tak tipu!!

So on the way back home, angah and yang buat request. "Apa kata along masak?" dalam hati isshh malasnya .. keje dah la menimbun. Buat dek je lepas tu. Pastu buka laptop, konon nak sambung keje. Mmg bukak working lepas tu laptop hang!!! Arghhh geram! Keje aku banyak lagi weiiiiiii!! Hantu betul laptop ni!

Sambil tunggu dia restart, saya jerit! Hahahaha gler buruk perangai. Order la itu ini, suruh ambil ayam, serai, halia, periuk besar, rendam bihun, tahu, daun sup, daun bawang, rempah kurma, kentang, kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, bawang besar dan apa ntah lagi. hehehe..

So jadi mangsa tiah! Saya dera dia kopek kulit kentang untuk di buat bergedil. Lepas tu saya rebus dan goreng. Lebih sedap dan wangi bila bergoreng. Lepas tu start la saya kedebuk kedebak dengan periuk belanga masak soto =D

Entah mana datang angin saya pergi letak asam keping.... hahahahahahaha.. dah tabiat sebelum tutup api kena suruh mama rasa dulu. The moment sahaja sup tu masuk mulut, terus dia komplen "kenapa letak asam keping?" wahahahahaha.. mama mmg chef la. Terus dia bising2. huhhh tak boleh buat kelainan langsung.

Tapi saya puas hati dapat masak.. best woooooooo lepas gian masak.

D_Y_H
Abah ni ganggulah... nak kena jadi drebar chabukkk la pulekkkk

0 comments: