Pulang tak kembali

Assalammualaikum wbt,

Takziah buat keluar Asri Ibrahim atau lebih di kenali dengan nama Ustaz Asri (Kumpulan Rabbani) yang telah kembali ke Rahmatullah hari ini kira-kira jam 11 pagi tadi kerana sakit jantung.

Terkejut saya membaca "status" sahabat saya di YM. Untuk kepastian saya membuka Berita Harian dan saya khabarkan jua kepada my colleagues. Ia adalah benar dan bukan mimpi saya. Takziah sekali lagi.

Alunan suaranya pasti akan menjadi rinduan ramai peminatnya. Makin ramai orang2 alim yang pergi. Makin saya terasa pendeknya masa kita di bumi ini. Dunia semakin tua. Bila-bila masa sahaja dia juga akan hancur dan musnah. Semoga kita semua dalam redhaNya. Amin

D_Y_H
Al-fatihah buat Ustaz Asri dan Takziah buat keluarnya serta teman terdekat

0 comments: