Melayang

Assalammualaikum wbt,

Layang-layang terbang melayang, begitulah dayah hari ini! Melayang-layang bagai layang di angkasa. Hilang tumpuan! Dgn server yang mc! Ntah kenapa MC pula server kami hari ini. Dah dua kali restart masih sakit. Dah dignos pun mcm KO! Lantaklah, malas nak fikir solutionnya sekarang. Kerja menimbun bagai Gunung Raya.

Sebut pasal Gunung Raya, teringat peristiwa Langkawi dilanda ribut angin. :D

Bukan ribut pun. Cuma windy sgt2! I enjoy my shopping there. Tak banyak pun habis. Bila di kira2 saya cuma habis RM590+ mcm tu la. Nasib tak menang queen of shopping =D My boss igt saya winner. Tp ada lagi champion. Dayah rambang mata tgk Vintage, mana lagi Vission, pulak tu nampak kristal, nampak la pulak corak2 bunga2 yang cantik di mata. Terus rasa nak beli satu kedai. Hahahahaha. Melampau!! Benda2 wajib beli kata sana saya sapu habis. Kekeke.. janji beli walau pun 1 piece. Rasanya mama akan lebih teruja. Masa sampai sini, mama and abah dah fly pi Indon. Next week baru jumpa. So dayah punggah cokelat je la, beedaq2 bagi adik2 bagi orang kedai, orang ofis. Lupa pulak nak snap picture. Beli yg imported, Malaysia punya leh beli kat sinikan. Lagi pun Berly's dekat dgn rumah dayah. Pernah jugak p factory dia, tp mcm mahal je dia jual. Baik beli jenama lain kat supermarket lebih murah. Ke saya yang tak tahu harga dia sebenarnya berapa? kekekekeke.

Mlm karang baru saya edit picture masukkan. Nanti saya snap picture cokelat kiut and comel yg saya beli. Mangkuk2 mama tu nanti tuan dia balik saya snap ek. Masa saya nak beli Vintage ada offer. So saya beli yg Vintage punyalah. Kalau org kata out dated saya peduli apa. Hahaha. Sbb lama dah nak belikan mama. Cuma tak berkesempatan. Beli kat sini mahal. Kita ni kenalah ukur baju di badan sendirikan. Lagipun, Abah mmg akan marah kalau dia tgk saya membeli. Haji bakhil mcm itulah, bukan duitnya sahaja di catu. Termasuk duit saya di persoalkan kemana pergi, Hihihihi. Beruntung saya dapat Abah. Tapi duit mengalir jugaklah. Pastu kenalah tahan telinga kena bebel.

Raya nanti kalau ada kesempatan, saya dgn Angah igt nak turun Langkawi. Just for buying our kitchen accessories. Tgklah nanti mcm mana. Kalau jadi, bolehlah beli cokelat buat ganti kuih raya =D Kalau balik hari rasanya tak ada apa. Tak taw lagi nak p bila. Balik kampung bila pun tak taw lagi. Kena ikut Abah la. He's the boss kan. Kena tunggu dia tutup kedai dulu, selesai meniaga kat bazaar dulu. Mama mcm biasa akan meniaga Ayam percik. Silalah datang membeli, saya gerenti terbaik. InsyaAllah akan meniaga dekat Bazaar Ramadhan Seri Serdang. Seperti tahun2 sebelum ini. Nanti ada peluang saya snap picture ayam percik terhebat mama saya tu yer. Kuah ayam sahaja, mama akan buat berkawah2. Berapa ntah? Ayam selalunya setahu saya more than 200 ekor.

Sepanjang minggu ini, Mama and Abah pi Indon. Bermakna sepanjang minggu ini, adik2 semua saya kena tgk. Harapnya semua behave je la. Tak suka la nak marah! Cepat tua jadinya! Bulan sembilan dah nak dkt baby pulak nak exam!!! Kesian juga kat dia, Kak Long dia ni sentiasa tak ada masa + x reti nak ajar. Dah la selalu buat rumah tu mcm hotel. Selalu in and out. Tahun ini sahaja ada 3 orang adik dayah nak exam. Risau? Sungguh saya risau. Exam itu masa depan! Nak pulak sekarang ramai yang terlalu pandai. Tgk sahajalah adik2 sekarang pandai menjawab! Dulu kita mesti takut!! Ada sahaja alasan jawapan yang di reka. Ptg ini saya kena balik awal serta hari2 yang berikutnya. Sehingga mama and abah balik. Lgpun hari ini kena beli barang2 rumah sikit.

D_Y_H
Swing mood to Holiday!

0 comments: