Get Paid

Assalammualaikum wbt,

duitduitduitduitduitduit melampau tak mata saya skrg sengihnampakgigi penantian yang berakhir juga akhirnya. Lama betul nak tunggu ia di kreditkan. Siang tadi saya tak kerja. Dlm kepala dah kusut fikir kerja dengan my bos. Mcm mana agaknya, mesti dia marah. Tapi saya mmg tak mampu. Saya teruskan tidur saya. Hingga tengah hari baru saya ke klinik.

Klinik Lee, klinik keluarga yang selalu saya kunjungi. Dari kecil lagi mmg klinik itu kegemaran saya. Sbb Doktor Lee mmg the best la. Tapi hari ini, saya masuk ke dalam bilik konsultan dengan sangat terkujat!! Ehh aku salah masuk ke? Tgh2 doktor tu cek saya. Saya dgn sesuka hatinya bertanya, "mana Dr.Lee?" Saya perasan muka Doktor tu dah lain atau dia dah muak orang bertanya. Yerlah, selama ini saya cuma nampak Dr. Lee sahaja. Tetiba tukar jadi Dr.Chong. Saya nampak pun dari "stamp chop" dia disisi meja yang baru di keluarkan dari kotak yang masih berada di atas meja. Tapi Dr. tu sgt seriuslah. Tak best la Dr. ni, doktor tolonglah senyum sikit. Saya rasa umur dia dah lima puluh lebih dah. Tapi rambut dia maintain, tebal dan hitam. Saya pandang rambut dia dua tiga kali juga. Dalam hati, "ehhh Dr. ni pakai rambut palsu ke" wakakakakakaka gelakguling jauh saya boleh berfikirkan. Ampunlah doktor, tu la sapa suruh serius sangat. Hehehehe. Paling tak suka, dia tak cakap pun saya ni sakit apa. Eh la doktor soalkonpius saya. Benarkah aku ke klinik? Ubat dia bagi, dua jenis "PAIN KILLER". Sejenis tak apa la jugak. Ini sampai 2 jenis. Haru! Layankan aje doktor. Mesti lepas ni tak teruja nak pergi Klinik Lee dah.

Tapi saya teruja tgk akaun saya sengihnampakgigisengihnampakgigi terus ambik kalkulator. Tolak sana sini. Terus mata & minda jadi materialistik. Hahahahaha. Saya happy! Saya rasa nak peluk orang, kakakaka. Terus bayar semua bil seperti biasa. Bayar lebih2 ek. Itu lagi lawak. Memang tabiat saya dah, bila ada duit lebih saya bayarlah semuanya lebih2. Hahahahaha. Simpan pun lebih2. Cuba kalau tak ada. Saya bayar ikut nilai bil sahajalah, hehehe. Alhamdulillah, dapat juga gaji bulan ni. Penantian yang ternoktah.

D_Y_H
Sukanya

2 comments:

Kak Ungku Betty said...

Alhamdulillah.....dpt apa yang dihajati. Bila nak kasi aunty duit raya? hehehe

dayah said...

Salam Auntie,
wahaaahaaa... Auntie la kasi saya duit raya =P