Emo

Assalammualaikum wbt,

Omma yang emo. Baru sat mama cal dayah. Mula2 soft je dia bercerita tentang baju yg dayah minta dia ambilkan dkt Shah Alam. Mama katalah Kakak tu tak tgk lagi, padahal dia dah janji dgn dayah hari ni 20/jul/09 siap. Haihhh hari ni dah 20 esok 21 lusa 22 dah nak jalan. Kalau tak siap jugak mcm mana? Ishhh mcm manalah janji ni! Dari 8-Jun saya hantar dan janjinya 20-Jul siap, its about 43 days! Only 2 pieces baju kurung sahaja. Tiba2 rasa hangin, kalau time cost di kira boleh rugi. Bg sesetengah peniaga time around tidak di ambil peduli yang penting kerja boleh siap. Tetapi jika di buat analisis dari tempoh order di ambil sehingga ke hari kerja siap, barulah kita sedar betapa lamanya tempoh untuk menyiapkan satu2 order itu.

Good internal control if monitor time around between service time to lead better collection and at the same time to maintain good relationship with customer. That is from my point of view la. Inilah yang kurang di titik beratkan bagi sesetengah peniaga. Hopefully, tomorrow baju tu siap. If Wed baru siap, kirim salam ajelah. Tak dapatlah saya pakai baju tu. Mcm terdesak sahaja bunyinya. Mmg pun, sbb saya kekurangan baju kurung. Baju yang ada semuanya baju kerja. Yang dah lusuh. Saya tak suka buat baju kurung banyak2 sbb satu pembaziran bila saya tak pakai. Lepas tu, masa baby jadi tukang streka baju dulu, dia dah rosakkan dalam 3-4 helai baju :D

So kurang lagi stok baju. Saya lebih selesa berseluar berkerja. Sebab tuntutan tugas yang lebih sesuai dgn pakaian sebegitu. Selain dari tak ada baju kurung sgt, baju yang saya tempah tu mmg saya tempah khas untuk majlis kawan saya ni. Saya redah sendiri JTAR dan pay sendiri :P *sbb mama yg selalu beli .. hehehehe.. punyalah x suka beli kain..hehehe* Jadi rasa terkilan jugak la. Lagi satu, mama rekomen hantar kedai kawan dia. Bukan kedai biasa. Tempah sahaja dah harganya sekali ganda harga kain. Haihhh laaa.. x siap jugak. Itulah jadi marah ni. Sabarlah dayah.. kurang rezeki marah2 taw..mana taw kakak tu betul2 tak cukup masa ke.. terlupa ke..haihhh laaaa...

Itu cerita pasal baju. Mama seperti biasalah kata Kakak tu akan siapkan jugak. Ok taw kawan mama. Malas nak ckp byk. Tak siap x pe la. Redah la cari baju2 yang ada. Kalau kurus boleh hentam baju mama ... hahhahaha.. ada hati lagi tu. Mama saya ada banyak koleksi baju2 kurung moden. Boleh kata setiap bulan ada sahaja koleksi baru yang dia ada. Hailaaaa mama.. melaram je la.. x pe.. x pe...mamakan bank negara :D kekekeke.. Anak2 tukang pakai.. mcm dayah tukang sapu tudung2 mama, hehehehe...x yah susah2 nak beli tudung. Rotate je tudung yang available. Mcm2 color ada. Mcm2 jenis pulak tu. Last saya beli tudung masa 4th year. Itu pun 2 helai dgn harga RM8 sehelai. Lepas tu x de dah. Semuanya tudung ihsan mama :D

Mama cal tadi ada misi lain juga sebenarnya. Sudahlah dayah tgh serabut drafting keje mana nak buat dulu. Mama pulak bebel2. Adoilaaa tahan je la telinga. Dia membebel pasal maid yang malas. Dia ngadulah, kata maid kat rumah tak buat keje. Katanya rumah tingkat dua x berkemas langsung. Bila mama naik tinggkat atas dia tengah sedap tidor dengan kipas kuat terpasang. Amboiii sedapnya ko tidor. Dengan baju yang masih dalam raga tak dicuci. Penat je la beli mesin basuh besar siap auto lepas tu basuh baju malas. Baik tak payah ada mesin, cuci tangan. Baru taw penat ke tidak. Keje senang pun nak kena di suruh. Sebelum maid ni masuk, rumah mmg x de maid. So semua kerje mencuci baju adalah keje mama. Kadang2 saya tolong tapi jarang2. Dulu mesin ada dua kat atas, tapi dua2 tak leh pakai. Suruh abah repair hampeh je. Tak gerak2. Lepas tu saya kesiankan mama. Belikan la dia mesin basuh yang lebih mudah. So saya beli. Tak silap mesin tu boleh cuci dlm 15++kg. Tak silap la. Lupa da berapa kilo boleh guna. Cukup berbaloi dgn qty ahli rumah kami :D Dulu nak mudahkan mama. So sebelum dia nak g keje dia leh basuh or tgh sibuk2 leh masuk je lepas sejam dia leh naik baik rumah kemas2 lak. Tapi la ni. Maid lak jadi malas. Hailaaa geramnya.

Manja sangat ke? Mama siap suruh dayah tegur dia. Kata mama, kalau along tegur dia takut sikit. Yer la. Entah2 tak makan saman. Mama malas nak tegur. Tegur.. tegur mcm tu juga, skrg ni mama kata .."Along balik nanti tegur sikit, kalau perlu marah" hermmm.. ntah2 dayah balik dia dah tidur. Yer la mama, nanti along tegur. But tak suka la nak tegur2 orang ni. Takut melampau. Esok2 lari pulak budak tu. Nanti pulak yang susah. Haiyooo.. orang gaji .. ohhh orang gaji. Cubalah buat keje dengan betul2. Bukan susah pun kemas rumah tu. Lagipun bukan ada anak kecil tukang menyepahkan.

Masa zaman2 sekolah dulu, kami pernah juga setahun dua tidak punya orang gaji. Alhamdulillah semua kerja dapat di bereskan. Benarlah kata orang bila ada orang gaji ni, kita ni makin malas :D
Tapi bila tak ada pandai2 la buat sendirikan. Kalau ada semua nak suruh orang buat :D Dayah kalau ada masa buatlah. Tapi kalau dah "M" maaf lah ya. Saya declare siang2 saya malas. Dtglah petir pun kalau "M" tu ada ishhh berat sungguh nak buat. Hahahahaha...

D_Y_H
Mata rasa nak katup

2 comments:

IntanLal said...

Salam Kak, waduhhhhhhhhhhh..intan pun pening, baju intan tempah utk p mengajar pun x siap. dah dua bln. baju raya baru nak hantar petang nie dengan hubby kat Butik 1B. Harap dorang terima lagi la...

Maid? bikin panas gak. La nie susah nak cari maid yg baguih. Kita lembut pijak kepala, kt garang kata mendera. elok jugak lah ada yg nak sekat hantar maid kenegara kita. sebab, bukan dari tempat dorng jer yg nk cari mkn, banyak lagi tau....cuma kt perlu bersabar dan tangani masalah ni dengan rasional.

dayah said...

Salam Intan,

Tu la.. pening ngan baju. Malas dah nak fikir. Siap tak siap. Kena jugak g. Baju tu belkg cerita la. Hehehe

Tu la maid skrg ini kadang2 demand yang bukan2 pening betul nak layan. Sabar je la. Nak lebih2 kena tuduh itu ini pulak. Jalan terbaik ajar dia dgn cara yang rasional. Ni sat lagi nak balik rumah, nak tgk apa pulak mama akak nak komplen pasal dia ni. Tahan telinga ajalah. Kalau akak sakit telinga nanti, habis la dia pulak akak sakitkan telinga.. hahahahaha