Apa kamu rasa?

Assalammualaikum wbt,

Sudah hampir beberapa bulan saya biarkan aja, kisah kalut ini terpendam. Tidak mahu mengusutkan jiwa. Hikhik

Apakah kisah itu? Ia berkaitan kawan. Entahlah saya rasa mereka kurang senang dengan saya. Ia saya dapat rasakan. Walau mereka tidak berkata di bibir. Tapi watak mereka menzahirkan. Saya memang lambat untuk mengetahui sehingga kotak fikiran saya mendesak bertanya.

"Ehh, buta ke tak nampak?" tidak ada apa2 kejadian membutakan pun berlaku. Sekadar watak yang menzahirkan apa yang mereka ingin sampaikan. Seperti ada tembok, buat mereka jauh. Tapi bila mereka tidak ada pilihan. Mereka akan kembali. Iya saya tidak ada kepentingan. Tidak langsung mengharap kepentingan.

Bila saya terbaca ini, "jgn igt dah kat atas, xkan jth! Kalau jth mcm nangka busuk, xde siapa hirau dah!" Saya mula fikir, sayakah? Melampau meletak persoalan itu. Sedangkan perlukah dia berkata itu? Sblm ini, saya berckp seperti biasa dgn mereka. Tapi ada satu insiden, bila "duduk sebelah2 pun nak tukar2 hp" hermmm apalah makna itu? Kerana bukan nya saya tidak sedar. Mereka adakala berbisik dan senyum2. Ok, pada saya normal kerana mereka ada kerja bersama. Tp selepas mendengar itu. Saya rasa pelik. Tapi saya positif, bukan semua perkara kita boleh hebahkan pada seluruh alam.

Tapi hari ini, saya rasa saya perlu luahkan. Saya rasa tidak selesa berada di situasi ini. Ibaratnya saya terlalu teruk. Sepertinya ada gap yang sangat luas terbentang ibarat lautan. Sejak itu, saya malu untuk bercerita itu ini lagi. Saya bercerita pada diri sendiri sahaja. Tidak pun saya bercerita sahaja di blog ini.

Terapi paling baik bila berada situasi sebegini adalah:-
1. Saya luahkan pada kertas.
2. Maniskan muka.
3. Jangan syak wasangka.
4. Cuba sedaya upaya tidak -ve kan +ve kan charge itu
5. Bila orang mula berkata itu bermakna itu kelemahan anda. Iya, saya kena berubah kepada yang lebih baik.
6. Dengar lagu2 yang menenangkan hati
7. *jgn tiru gaya ini* Bawa kereta laju-laju... hahahahahahaha...
8. *jgn tiru gaya ini* Makan banyak2... hahahahahahaha
9.
*jgn tiru gaya ini* Gelak kuat2... hahahahahaha.. pastu siap guling2.. *pssst buat kat rumah je.. sambil tgk citer lawak.. x pun geletek diri sendiri.. ehh ade mehh...ommm*
10. Kalau terlalu sgt saya ngadu kat Dia sambil nangis sambil bawa kete, yes its work!

D_Y_H
Lega sikit dah tulis.

0 comments: