Sepetang berbasikal

Assalammualaikum wbt,

Hari ini hari Sabtu, aktiviti ini adalah keluar berbasikal. Wehoooo, dayah mmg adalah manusia yang paling malas yerr. Di ulang MALAS!! Kena ulang banyak kali. Biar sedaq sikit. Hahahaha.. sungguh ni. Cheq x tipu punya. Bab senaman adalah paling malas. Haaaaaaa... ambik ko.. tiba2 hari ni entah dari mana dtg semangat Hang Tuah, berkobar2 semangat nak berbasikal. Rancangan di buat sejak hari Isnin yang lalu.

Mulanya bersama rakan2 ofis. Tapi last minute, K.Waty tak boleh because kena masuk ofis. Sian dia. Apo nak buek. So all officemate x jadi pergi. Haiiyaa. Sudahlah saya tak tahu jalan nak pi. So redah aje lah. Dah lama wooo tak tang sini. Ada kot 7 tahun tak mai. Last masa ada gath Raudhah. Sebelum itu masa saya darjah enam kot. Haaa.. sepanjang hidup cuma tiga kali pernah datang sini. Di mana kah tempat itu, hehehehe.. mcm suprise pulak ek. Tak jauh pun, cuma di Shah Alam. Taman Pertanian Bukit Cahaya Shah Alam. Mesti ramai dah pergikan.

So aktiviti, petang itu adalah berbasikal. Sampai sana kol 2.45pm mcm tu la. Masuk bayar RM3 per person. Owhh ya. Kami pi lima beradik je. Mama and abah tak leh joint coz ada cat. kambing ari ni. Layan je la. So kami pergi perfoya2 hehehehe... So naik beskal kena bayar sejam RM5 sbb beskal tu beskal baru. Kalau beskal lama harganya RM3 sejam every subsequent one hour additional RM1. Ok la tukan.

Tgk la tu dayah happy.. tapi penatnya.. masyaAllah ... glerrr aaahhh

Dayah masa nak pergi tu, dah fikir. Ehhhh.. boleh ke aku naik beskal tu? Tak patah ke? Tgk punya kuno pemikiran. Pergi sana dah bayang semua, mesti orang kedai itu akan kata "eh budak ni gemuk tak leh naik" hahahaha.. gler boleh fikir mcm tu kan. hahahaha.. mmg la sengal. Padahal elok sampai sana. Pakcik yang jaga tu kata, "pilih basikal mana nak" So we pick la basikal masing2. Pastu adjust sit masing2.

Dah selesa semua, nak mulakan jalan. Ada dua arah. Kiri dan kanan. Hermm mana satu nak pilih. So kami tanya orang kedai beskal. Dia kata, sebelah kanan. Owh! Tapi kami rasa kiri mcm lagi best. So kita orang ckp kirilah! Pastu pakcik beskal kata, "kalau nak kurus jalan la sebelah sana". Pastu angah jawab "kita orang memang nak kurus" serius tak bohong dia cakap kuat2 mcm tu. Hahahahaha. Pastu pakcik tu kata, ikutlah banyak bukit2. Owhhh layan je la. Bukit ke gunung ke. Kita orang nak enjoy, hehehehe.

Inilah org jerit kuat2 tu.. my angah!

So kami gerak lebih kurang pergi dan patah balik dalam 5km la gitu. Rasa saya la. Agak2 je ni. Dari jalan hidup *ehh ada ke.. hahaha hentam je la* sampai jalan mati. Hehehe.. Dari point beskal tu sampailah ke hujung jalan dekat taman buah2han. Huhhh berpeluh gler. Dayah bukan setakat naik beskal. Tapi sempat juga tuntun beskal yer *maknanya tolak beskal*. Sbb apa taw, penat! So naik bukit tak leh. So tuntunlah sampai atas. Pastu dah tanah rata sikit naik n kayuh balik. Hehehehe.. tak pelah.. janji saya buat jugak. Hehehehe. Best taw! Yerlah dari duduk rumah ngadap TV or sleep or makan.

At least aktiviti ini leh jugak saya kenal pokok apa namanya tadi, kat tepi jalan dlm hutan tu saya baca, Meranti tembaga tak silap la. Wahh tembaga lagi tu. Nasib bukan lembaga!! Ohh takut yer, dlm hutan la katakan. Ehh shuhhh.. mulut tampaq lalu2 baru taw. Sila jgn ckp bukan dlm hutan yer. Tak elok. Adik2 dayah ni, taw je la. Tak kira tempat. Gelak sampai terkejut monyet2 dlm hutan tu. Hahahaha.. punya la kuat. Meranti pun ada jenis2 nya. Kenal alam untuk kenal asal kita kan.

Datin mmg suka posing... tgk la tu..

We end up berbeskal kol 4.15pm gitu la. Ohh ya tempat tutup kol 4.30pm. Entrance dia la. Tapi kalau kita masih ada kat dlm tu. Dia tak halau pun. Duduklah sana. So kita orang rasa rugi bayar Rm3 tak pusing habis sebb sebalah kanan dari point beskal tak pergi lagi. Lagipun kat situ ada rumah 4 musim. So we decide, naik shutter bus. Yerlah, bas mmg disediakan. So gunakan semua kemudahan yang ada, hikhikhik.

Baby yg ceria selalu.. gigih oo atlet sorang ni.. cayalah adik!!

So sebelah kanan, adalah lebih byk tempat utk pergi. Ada taman burung, sepanjang perjalanan nampak mcm2 jenis burung. Pastu ada nampak pintball place. Area sebelah sini lebih ramai orang compare sblh kiri yang kita org berbeskal. Banyak jgk gerai2 makan. Dihujung jalan jumpalah kami dengan 4 session house. Tapi sbb kami penat gler. Pastu pakcik bas tu kata, skrg musim panas. Ahhh malas la! Dah panas2 ni nak layan panas lagi. Tapi mcm dia tipu je. Kan rumah tu ada 4 musim. Entahlah dah lupa. Hehehehe. Nanti ada rezeki kami mai lagi na.

Pakcik bas shutter tu bawak punyala laju. Tak feel langsung. Cubalah bawa berhemat sikit. Nasib tak terkejut singa2, rimau2... ehh ade ke? Sepjg berbasikal nampak cik monyet bergayut2 adalah. Cik binatng yang lain cuti agaknya, tak pun keluar bershopping sbb kan hari Sabtu. Ada ke? hahahaha. Kalau ada mau terkejut semua org kat shopping complex... hahahaha.

Yg tak bestnya jalan sebelah kanan itu, adalah banyak bas lalu kawasan itu. So ada pencemaran bau!! Taw la bau asap bas mcm mana? Pastu dah la besar kedabak, bawa pulak mcm mafia masuk kampung. Laju gler. Apa gler ke driver bas ni. Oiii jalan kecik pastu ramai org jalan di bahu jalan boleh pulak ko bawa nak drift kat situ. Ishhh laaa pemandu sekalian, kalau agak2 nak test drive pun sila2 guna akal sikit. Kat mana anda memandukan. So lets be pemandu berhemah yer semua.

D_Y_H
Skt pgg sbb kerusi beskal tu tak empuk.. kekekekeke.. boleh pulak ek.. apa igt sofa! Hahahaha

0 comments: