Selesai Membaca II

Assalammualaikum wbt,

Banyaknya hutang, hohoho. Alhamdulillah pagi tadi habis sebuah lagi buku. Buku apa, novel la seperti biasa. Dah agak lama saya beli dan peram. Itulah saya, beli dan simpan dahulu. Lepas sekian lama baru baca. Buku tersebut bertajuk "Tuhan Lebih Tahu" karya Nora Ismail. Novel ni dah beberapa kali saya terserempak di awal keluarannya. Tapi saya buat dek aje mcm kebiasaanya. Kenapa ek? Sbb saya ini mmg akan grab buku yang penulis yg mmg asal ada novel penulisan beliau saya akan terus beli tanpa baca sinopsis. Hahahaha. Lawak betul.

Tp novel ini, bila saya belek2 sinopsis dia menarik utk di baca. Gaya penulisan dia saya tidak pernah baca. Jadi aya decide, tak apa nanti-nanti kita belilah. Sehingga pesta buku antarabangsa yang lalu. Saya membeli jua buku ini di both NB. Ada signature penulisnya sebaik membuka muka hadapan.

Penulisannya senang untuk di fahami dan saya suka. Tidak perlu berbelit-belit. Cerita ini bestlah, saya suka watak Azfarel dan juga Hazry keduanya saya suka. Rina dah tentu2 saya sangat suka. Kasar dalam kelembutan. Dua watak lelaki dlm novel ini jelas berbeza dan mmg ada individu seperti mereka. Cuma untuk mencari lelaki seperti Azfarel mungkin 1 dalam 1,000.
Siapa2 yang gemar memabaca novel. Belilah, atau dah baca hehehehe.. saya aje yang selalu ketinggalan keretapi. Buku ini saya berjaya habiskan tolak campur tambah kurang dari sehari. Kalau ikut kiran jam. Saya mula hari Rabu yang lalu, sebelah mlm hanya sejam dua. Kemudian di sambung dengan khamis malam selama empat ke lima jam. Kemudian Pagi tadi, terbangun awal sdikit dari pukul 5 lebih sehingga 7.45pagi. Lepas tu apa lagi kelam kabut siap ke ofis. Mujur semua dah sedia :D

D_Y_H
Masih banyak lagi buku utk di baca herrmm..

0 comments: