Sekolah

Assalammualaikum wbt,

Baru lepas membaca coretan Che Det tentang "SEKOLAH", adalah relevannya penulisan tentang sekolah. Berpunca dari aduan ibubapa yang risau tentang anak yang tidak kenal "Sejarah". Aduhai kadang-kadang terlalu memikirkan kesenangan sehingga betapa indah dan berharganya kepayahan itu. Perlukah kita asyik di beri kemudahan sahaja. Semuanya nak mudah. Yes, memang tak ada orang yang mahu susah. Tapi dalam sesetengah perkara kita perlu elemen kepayahan barulah kualiti itu ada.

Bagi saya jika tidak ada kepayahan menuntut ilmu itu, tidak ada trillnya menuntut ilmu. Lagi susah untuk kita dapatkannya lebih kita menghargainya. Tidak kiralah ia adalah Ilmu mahupun berkaitan dengan kehidupan kita seharian.

Manja sangatkah adik-adik kita sekarang? Sampai begitu banyak rungutan ayah2.. ibu2 ttg silibus.. susahnya nak dpt sijil sekolah.. haiihh. Rasanya masa saya ambik SPM, utk dapatkan sijil itu bukanlah terlalu sukar sampai nak terkeluar bijik mata nak belaja. Hanya ada subjek-subjek tertentu yang susah. Macam saya dulu, kategori susah saya adalah Add Math, Math, Prinsip Acct. Yang lain adalah subjek membaca yang memerlukan kerajinan yang tinggi utk membaca, menhafal dan mengingati. Tiga subjek lain itu, adalah wajib buat soalan sampai muntah =D

SPM dah lama saya tinggalkan. Bila di buat perbandingan, sebenarnya tidaklah payah mana. Cuma bila M tu ada. Semuanya lah susah. Bila di matrik subjeknya dan silibus lebih menguji minda. Bila masuk uni lagilah. Tp ada juga subjek yang mudah dan bg sesetengah org *mcm saya mungkin* tumpuan dlm kelas itu penting. Bila nak exam tak baca buku un boleh lulus. Tapi masa itu, bukan lulus yang di cari tapi score. Kalau CGPA tak bagus, pernah saya terfikir siapalah nak ambik aku kerja.

Semuanya back to yourself. Kalau betul-betul berkehendak nak belajar, semua boleh. Nothing impossible in this world. Cuma orang yang malas kata susah. Jadi dayah bila kata susah itu maknanya kurang usaha, YES! Oleh itu, mari kurangkan sikap M lebihkan sikap R.

Buat adik-adikku tercinta, belajar rajin. Ilmu itu yang akan menjadikan kita manusia di dunia ini dan juga jalan untuk kita di akhirat nanti. Adik2:-
1-Angah - Part time ke full time sama sahaja cuma bezanya commitment
2-Aten - Study bukan stado + scan buku yer =D
3-Tiah - Belajar utk kemudahan hari esok..
4-Ali - Thn dpn PMR, ngaji baik2 hafaz bukan berboxing je =D
5- Aina - Thn dpn PMR, pulun baik nanti leh jadi Datin berilmu =D
6- Bina - UPSR thn ni, boleh score dak? Nak jd apa.. AF je laa kerja ko bb

7 - Alongnyer pulak - dah buat keputusan nak buat paper ape ke? Hermmm still tak tahu!!!

Hari ini tak masuk pun ofis. Sbb apa? Whole body effected. Bila mai ptg tangkap habis seluruh kepala. Still tak pi lagi klinik. Because tak suka. Teruknya la budak ini. Cure paling berkesan adalah tido (membesarkan badan adalah)

D_Y_H
Harap2 bidang ilmu di sekolah2, kolej, universiti dapat terus di relevan & berkualiti tinggi

2 comments:

fusherna said...

wah.ramainye sibling dayah..berderet advice tu..hihi..

dayah said...

Salam,

Kak Husna
Adik beradik ramai meriah suasana kekeke.. bila gaduh atau perang tunggang langang rumah .. pening mama n abah kekekeke..
advice sajo2.. bg depa igt sikit.. hehehe