Selesai membaca

Assalammualaikum wbt,

Selesai sudah saya membaca. Setelah sekian lama saya cukup liat menghabiskan buku-buku yang saya baca. Dulu tidaklah begini. Sejak pertengahan tahun yang lalu, tabiat membaca secara laju-laju semakin teruk. Sehingga menyebabkan timbunan buku-buku di bilik yang masih belum di baca. Dan masih banyak lagi yang saya hutang. Cuma saya tertarik pada sebuah buku ini, kenapa kerana ceritanya menarik dan ketika saya leka membaca novel ini. Ada satu babak dalam televisyen yang memaksa saya untuk terus membaca cerita ini. Saya suka dengan watak Masako dan Ultraman dalam cerita ini. Apabila Masako dan Ultraman berjumpa menjadikan saya ternanti-nanti untuk membacanya. Permulaan cerita mungkin tidak sedikit menarik perhatian saya. Tapi apabila dia baca dan di baca lagi. Saya temui keseronokan membaca novel ini.

Novel apakah itu, "Setiap Jumaat"dari seorang penulis yang saya cukup suka membaca penulisanya. Tidak kira novel apa jua dia tulis akan saya beli dan baca. Mungkin boleh kata saya obses penulisannya. Memang pun. Saya ada semua koleksi ceritanya. Ada juga sebuah dua ceritanya yang saya beli tapi saya tak baca lagi. Dan ada satu masa, saya menyesal kenapa saya tak membaca cerita ini dari awal. Ceritanya sungguh menarik. Tapi buku "Setiap Jumaat" ini cuma saya peram beberapa hari sahaja. Kemudian membacanya.

Saya suka watak Ku Pian yang keras dan Jasmine yang selamba. Dan membaca novel ini menjadi sumber inspirasi saya untuk belajar bersungguh-sungguh. Cepat-cepat habiskan acca lepas itu berfikir dimana pula saya mahu membuat master. Itu impian saya. Tapi saya harus harung dulu acca yang amat payah ini dan juga mengumpul pengalaman secukupnya untuk bergelar seorang CA. Sukar tapi saya pasti ia sangat berbaloi dan itu cita-cita kecil saya.

D_Y_H
bilalah dpt p Jepun.. dulu ada peluang terlepas..

0 comments: