Gelap

Assalammualaikum wbt,

Susah nak gambarkan perasaan ini, macam mana. Terasa sgt bila sahabat yang selalu angin tak tentu hala. Nak bagi pendapat pun rasa serba salah. Salah aku kerana tersalah tutur kata. Sudah ucap maaf di beri. Sekian lama di pendam rasa, rasanya untuk apa di ungkit cerita lama. Tapi bila ini yang terjadi, cerita lalu yang di peram sendiri terpaksa ku conteng di blog ini. Terima kasih blog sebab sentiasa menjadi teman setia. Pada manusia tidak dapat di luah rasa hati. Tapi di alam blog ini, aku boleh conteng apa salah perasaan hati yang terbuku. Lama dahulu aku bertemu sahabat. Kami rapat sejak zaman kampus. Ibarat belangkas. Kemana sahaja berdua. Dari jejaknya kaki sehingga meninggalkan zaman kampus kami sentiasa bersama. Hilang zaman kampus, telefon bimbit menjadi teman rapat kami. Bertelefon, bersms mahupun bermms tidak pun berymlah kami. Itulah penghubung kami. Kami akui zaman kerja membuat kami masing-masing di humban dengan kerja-kerja menimbun bagai gunung.

Tapi kami masih punya waktu untuk sekali sekala berlibur. Kadang-kadang kerana ingin bertemu, aku sengaja ingin membeli itu dan ini. Padahal tidak perlu pun. Kalau dia kata dia nak jumpa, aku akan pastikan masaku ada. Akanku jadikan waktu itu percuma buatnya. Walau aku punya rencana lain. Tapi aku mesti berjumpa dengannya. Dia sahabatku!! Dengan dia semuanya macam air. Apa sahaja cerita aku cerita. Tidak ada rahsia antara kami.

Satu masa dulu, dia tahu apa aku tidak suka. Alhamdulillah sixth sense itu benar. Alhamdulillah, itu ucapku bila khabar itu aku dengar. Bukan niat menyakitkan hatinya. Tapi kerana aku sayangkan sahabat dan dia layak dapat lebih dari itu. Jujur aku kata padanya, aku tidak suka. Tapi kalau itu pilihannya aku harus terima. Tentang itu kami tidak berkongsi rahsia. Dia pendam pada sahabat lain. Aku sedikit pun tidak kesah kerana aku tahu jika aku campur tangan aku akan menyakitkan hatinya. Lebih baik aku mengambil sikap berdiam diri dan membantu hanya bila dia memerlukan.

Dan ditakdirkan dia bertemu sahabat baru. Dia menanyakan pendapatku. Aku memberitahu sejujurnya dan ikut rasa hati. Tapi itu telah meninggalkan kesan mendalam buatnya. Ya Allah, salah lagikah aku. Telah ku kata ucap maaf. Dia memaafkan tapi berdiam diri. Sungguh ia menyesakkan diri. Terkilan sungguh, tapi apakan daya aku perlu bersikap seperti dulu. Tidak mencampuri urusan hatinya lagi. Jikalau dia bertanya tentang hati lagi aku berniat untuk memberi jawapan "GENERAL" tidak mahu lagi campur tangan. Cukup dulu dan kini. Tidak mahu seterusnya. Dia sahabatku. Sahabat yang sungguh menyenangkan diri. Sabahat yang faham bahasaku.

Aku pernah hampir rebah tapi dia ada membantuku. Ada sesuatu inginku luahkan lagi. Pernah satu ketika dahulu. Tidak pernah satu pun sms berbalas, kadang-kadang call juga tidak berangkat. Tidak apa aku diamkan diri. Bila dia benar-benar perlu, barulah aku di carinya. .....sighh......... Aku tak patut katakan ini. Tapi aku perlu luahkan. Sekian lama aku pendam. Satu ketika dulu, aku sangat perlukan sahabat untuk berjalan sekali tapi tidak ada jawapan. Aku harus gerak sendiri. Kadang-kadang kita perlu teman untuk berbicara. Tapi waktu itu aku tak punya siapa untuk bercerita. Mujur aku jumpa Sahabat chips more. Alhamdulillah seharian dia menemani dan menceriakan. Terima kasih, tapi kini dia hilang. Sememangnya dia chips more. Tidak apa, aku tidak mengenalinya dan dia tidak mengenaliku. Tapi dia seorang yang baik.

Sahabat satu cerita kawan pun satu cerita. Entahlah adakah aku terlalu menjengkelkan. Entah. Maaf aku tak biasa memenuhi keperluan semua orang. Aku cuba untuk jadi yang terbaik buat semua. Tapi aku hambanya yang tidak bisa bertukar menjadi malaikat. Maaf. Maaf. Kini yang tinggal cuma blog ini untuk aku luahkan.

Belum tentu esok lusa akan ada balasannya. Sehingga hari ini dia masih diam tidak bersuara. Aku rasa sunguh bersalah. Terlalu bersalah. Untuk berjumpa dengannya aku sendiri terlampau busy. Ada masa untuk diri mereda lelah diri sahaja. Sahabat ketahuilah, aku tidak punya niat untuk menghalang apa jua yang kau lakukan. Kataku cuma "suka dia" kerana itu jua pertanyaanmu. Lalu jawapan itu yang kuberikan. Tidak sangka jawapan beremosi yang kau berikan. Sehingga membuatkan aku sungguh serba salah. Seperti mahu sahaja aku temui sahabatnya yang aku tidak tahu mana tinggalnya itu. Dan katakan padanya jawablah tiap sms mahupun telefon.

D_Y_H
Gelap

4 comments:

fusherna said...

nak baca tp font sgt kecik..dah la akak ni 4 mata..huhu..

dayah said...

huhuhuhu
saya dah besaukan sikit..
sbb luahan hati.. hihihihi

dah boleh baca kak...

IntanLal said...

Salam kak, keciknya font, red in color lg... setelah scanning and skimming..kak bersabar je la k.

dayah said...

Thanks Intan.
Sabar adalah terbaik buat masa ini :)