Bestnye kat sini

Assalammualaikum wbt,

Dayah kat 1 of client, best kat sini. Rasa macam di layan bagai bidadari, hahahaha perasan kejap. Pagi2 ada org tanya nak minum apa? Saya yg terkejut di tanya tiba2 jawabla "tak palah". Minumlah sini ada milo, nessceffe.. air suam pun ada" org yg tengah blur ni pun jawab la "tak apalah kalau saya nak saya bagi tahu ya".

Keesokkan harinya, director dia pula tanya "susi, tak tanya apa adik tu nak minum" uikkss saya yang tengah tekun bekerja mengangkat kepala. Senyum je dkt dia. Susi tu jawap, "saya dah tanya dia tak mahu minum". Director tu pulak kata, "dia takut ngan awk tu" hahahaha. Apalah director tu. "awk jgn takut saya x letak apa2" hahahahaha.. apalah dia org ni. Saya bukan takut ke apa. Cara dia org tu igt saya kat mak tok n mak ngah. Pantang saya balik dan duduk, "along dah makan".. "along nak milo" "along nak makan apa" mana la dayah ni tak comel.. hahahaha.. perasan sendiri.

Hari ni bawa bekal, so nak panaskan. Teringat incident smlm, sya pastkan bekal saya pada susi minta dia panaskan. Incident smlm tu saya nak buat milo, then susi pun ada kat situ. Saya tanya dia apa ada, dia kata semua ada. So saya pun tgk la dkt dlm kabinet dia, mmg semua ada tersusun kemas dan teratur. So dia kata "awk buatlah apa awk nak minum" so saya pun buatlah. Masa itu kebetulan, dtglah seorang exec ni. Panggil susi tu masuk bilik dia. Pastu susi keluar cepat2 dia kata "akak biar saya buat" ehhh pelik. Saya tak cakap apa bagi je la kat dia. Dalam hati, mesti dia kena marah. Kesian dia. So saya teman je la dia buat air. Pastu dia kata "dia marah, ini kerja saya jadi saya kena buat" Adoiii kesian kakak ni. Patutlah mudahnya keje mereka. Semua disediakan. Jadi bos aje. Hermm.. so kalau dtg sini saya boleh pendekkan masa berjalan ke pantry dan buat keje sahaja. Hahahaha.. lemaklah.. mcm ni ari2. Pastu bos2 dia semua kat sini. Huhh.. hq la katakan.. adoiii ada perasaan ngeri taw. Risau pun yer jugak, yerla mana taw tiba-tiba dia tanya soalan menguji minda ke apa.

Lomahla den. Tiba-tiba kang dia tanya "how you evealuate our risk" haaa kan sudah nak explain berjelar-jelar. Saya suka tanya org tp kalau tiba2 org tanya nak jawapan la la tu jugak. Naya. Kena take breath dulu pastu baru ada oksigen nak fikir ... hehehehe.

D_Y_H
lalala kat ofis org. hehehe.. tp keje.. makaii nayalah nak siapkan.

1 comments:

IntanLal said...

Salam..seronok baca citer akak. intan nyer x ada yg fantastic tp yg bikin panas adala... adei...