Sindrom "Jodoh Singkat"

Assalammualaikum wbt,

Sindrom tu apa? Hehehe.. mestila taw kan. Ia bagai virus yang melanda masyarakat. Ibarat hubungan express. Macam bas express :D
Bagi yang belum berumahtangga pasti berita ini akan tinggal setidak besar pasti kecil untuk di analisis oleh akal. Kenapa yer? Takut pulak nak fikir berumah tangga.
Beberapa faktor penting yang di senaraikan dalam artikel Berita Harian yang saya baca hari ini, antaranya:-
1. Usia belum matang - gagal melaksanakan tanggungjawab bertindak guna nafsu dari akal
2. Kemelut ekonomi - gagal mengurus dan merancang ekonomi
3. Ketiadaan ilmu - gagal memenuhkan diri dengan ilmu dunia dan akhirat
Fakta dari kajian yang di lakukan JAKIM (sumber Berita Harian)
"33.5% pasangan hanya mampu mempertahankan perkahwinan di antara tempoh 1 hingga 5 tahun"
"2.5% pasangan bercerai pada tahun pertama perkahwinan atau usia belum setahun"
"26.9% bagi pasangan dari 6 ke 10 tahun perkahwinan"
"Usia perceraian adalah dia antara 31 ke 40 tahun bagi lelaki dan perempuan 26 ke 35 tahun"
Selain itu jugak, di dada akhbar bagai tak surut-surut berita keruntuhan masjid ini. Baik dari golongan berpengaruh sehinggalah ke golongan kurang berpengaruh. Adakah ia di anggap trend bagi sesetengah pihak? Tidak cukup akalkah apabila mereka memikirkan ia sebagai trend dan menjadi ikutan pula? Adakah dunia semakin sempit dan manusia juga menjadi sempit akal untuk berfikir secara waras? Atau adakah perkahwinan itu cuma "license" terbang?
Berfikir secara waras dan gunalah akal yang di beri Allah untuk mendapat pentunjuknya. Bukan dalam berhubungan sahaja, malah dalam apa jua perkara yang kita lakukan. "What brain for, if we cant used it in correct way!!"
D_Y_H
Terbaca dan rasa mahu mengulas

0 comments: