Jalan2 ke Empangan

Assalammualaikum wbt,

Suasana Empangan tu sangatlah cantik!! Betul tak tipu punya, cuba tengok gambar-gambar kat bawah ini. Dah lama tak lalu kat sini kebetulan nak pergi Sg. Tekala, so singgah sebentar bila tiba-tiba takjub melihat empangan yg sangat cantik pandangan mata.

Hijau dan saujana je mata memandang.. terbang semua pikiran kusut lagi menyusutkan.. :)

With my adik busuk.. baby.. slimmnyer la baby ni.. alahaiii.. kakaknye je terlebih slimmessss ;p


Bina..Yang..Ejun.. saje je tu!! Kunon jauh pemandangan.... ;P

Lepas puas hati, kita org gerak terus menuju ketempat yang ditujui. Sg. Tekala. Mendung je ni!! Tak per redah je!
Si Ejun pulak kata
"Kak long kita naik atas lagi ek"
Kak long pulak kata
"Kat bawan ni je la"
Ejun kata
"Kat atas la best"
Kak long toleh kiri dan kanan, masing2 di tangan kiri dan kanan serta bahu dan sarat dengan barang2.

Kak long kata
"ok la"
Kita org gerak dan terus gerak, naik dari satu anak tangga sampai satu anak tangga. Fuuuuhhh berpeluh!!

Kak Long kata
"Ejun jauh lagi ke, turun la berat along 3 kg ni!!" sambil senyum dan peluh menitik2. Serupa x yah mandi air terjun.

Kami jalan sampai jumpa tempat yang sesuai. Ehhh ramainya org!! Siap ada tarzan Malaysia. Riuh rendah. Tak banyak space pun tinggal so redah je lg. Buka khemah. Pasang, masa tu tiba-tibalah hujan turun dengan selebatnya-lebatnya. Panik sekejap!! Pasang jugak khemas. Makin lebat bumi di simbah hujan. Siap pasang!! Dengan separa kuyup masuk dlm khemas. Dan untuk pengetahuan khemah tu baru je beli RM20.00. WAHHH.. jakun sekejap!! Murah yer... mmg budget nak beli yg kecik muat utk 2 org. Ok!!

So yg mula masuk Kak longnyer dan bina. Duduk tak sampai seminit. Apasal khemah ni serap air... ARRRGHHHH!! Benci serupa aku duduk luar!!! Mmg la murah! Mcm baju hujan dah rupanya. Terus keluar khemas. Duduk terus dalam hujan lebat tu. Pandang keliling semua org berteduh, Ejun pun dah selamat bawah pondok. Yang tinggal kat situ cuma Yang, Bina and Along. Barang2 semua dah campak dlm khemas yg kecik dan serap air tu.

Hujan Makin lebat tak ingat2. So, buat decision dari mandi hujan elok kemas dan balik! So kemas bertiga. Ejun kat tempat lain dah. Bukak khemas. Tuang air limau yg sedap gler... sedap gler ok!! Sakit ati sbb nak ringankan beban. So masukkan apa yg patut dlm tong air. Kak Long a.k.a Dayah dah lencun gler!!! Nyesal aku naik tinggi2 ni!!! Siap kemas terus daki naik dan turun balik. Lencun kotor dgn pasirnya. No place tu tukar baju la pulak. Takkan nak naik ngan baju basah dalam kereta kan. Hari tu, pinjam kete abah. So kete tu besar, baby kita org suruh tukar dlm carry boy. Kita org yg besar pandai2 la sendiri. Nak naik carry boy mcm leceh. So sarung tuala ganti seluar dulu. Sebab nak duduk dlm kereta kena salin seluar dulu. Then terus change tudung. Lepas tu panjat kereta Tutup semua pintu baru tukar baju. Tempat tu tak ada orang dan kereta mmg "tintet" semula jd. Dalam hati geramnya!! So decide nak lepak empangan la. Makanan yang di bawa x sentuh pun. So perkhemahan kami jadi makan2 di tepi jalan dan bagi monyet makan ;P. Bestt glerr!! Walaupun geram tak dpt mandi air terjun. So ni picture after raining days. Elok kita org gerak dari hujan pun berhenti. Sakit hati lagi!!

Cantik x?? Lepas hujan nampak awan.. lawa dan tenang

Lawa sangat, dengan tunggul kayu tu!! Rasa nak duduk sana lama2 je

Ini Ejun yg telah memaksa kak long dia naik bukit ala2 hiking dah rupanya. N yang yg menyengih je kejenya .. hehehehe

Yang n Bina.. katanya nak posing bagi nampak awan kat belakang... feeling like kat Cameron highland.. Sejuk taw waktu ni.


Bina yg tengah posing tgh jalan.. adalah 5-6 kali nak ambik gambar ni.. dia asyik pandang depan belakang je.. sebab kereta makk datok laju kat sini.

So itulah cerita sepetang di Empangan Semenyih. Best taw lepak n makan kat sini. Lepas lepak, gerak jalan pulang. Then berhenti beli jambu yang di potong dan di rendam dlm ais... HEAVEN glerr.. sedap.. sampai RM10 kita org beli. Jalan pulang sambil nyanyi dalam kereta... best ... best...

D_Y_H
Bila lg nak lepak ni!
Bilik panas gler...aircond compressor rosak!!!

0 comments: