Adakah sinar buat Palestine??

Assalammualaikum wbt,

Berapa banyak lagi darah perlu tumpah di negara itu,
Berapa banyak lagi anak-anak kehilangan ibu dan ayah,
Berapa banyak lagi wanita menjadi balu kehilangan suami,
Berapa banyak lagi mujahid tumbang di medan perang,
Berapa banyak lagi kemusnahan harta benda,
Berapa banyak lagi tanah Palestin perlu dirampah dengan rakusnya,
Berapa banyak lagi??
Berapa lama lagi??

Jawapannya tidak siapa yang tahu, saban hari mereka menjadi mangsa kekejam Zionist yang tidak punya perasaaan. Dari awal kewujudan mereka lagi mereka ini hanya tahu merampas hak orang. Perbandingan apakah yang mereka guna pakai. Roket yang di hala ke "tanah" Israek itu kononnya menaikkan rasa marah mereka tapi apakah balasan mereka. Bom di balas kembali. Apakah beza antara Roket dan bom. Apakah mereka tidak pandai berfikir. Sedangkan dunia melaung-laungkan mereka bijak pandai. Tetapi bijak dan kepandaian mereka itu ternyata terletak di hujung akal. Apa lagi yang mereka mahu?? Tanah, sudah banyak wilayah Palestin yang di jadikan "tanah" mereka. Apa lagi yang mereka mahu?? Kerana ketamakan mereka mereka menjadi manusia kejam dimata semua.

"Ya Allah, kau berikanlah kekuatan kepada sahabat-sahabat kami di Palestin untuk terus berjuang menegakkan hak mereka. Berilah mereka rasa aman akan hidup di dunia ini. Ya Allah, kau berilah balasan setimpal ke atas kaum Yahudi dan sesungguhnya kaulah maha pendengar lagi maha memakbulkan doa kami"

D_Y_H

Penderitaan itu sungguh pedih, tapi ia akan menguatkan dan mendidik jiwa menjadi sabar.

0 comments: