Selamat Tahun Baru Masihi 2009

Assalammualaikum wbt,

Selamat tahun baru uols. Terasa kemeriahannya semalam di jalanan. Tatkala jam berdetik 11.50mlm sya gerak meninggalkan ofis dengan kerja yang masih banyak bersaki baki untuk di siapakan.. Kepala dah sangat berat dan sangatlah mengantok. Jadi saya pulang dengan redha sahaja. Pedulikan kerja yang penting ketika itu,'aku ngantuk gile'.

On the way back, bersusun-susunlah kereta di pangkir di tepi2 jalanan terutama yang berhampiran kawasan2 flyover dan tempat ada fire work. Mmg ramai sangat dan guest what muda mudi lah yang paling ramai. Mula-mula ingat accident. Tapi bila tengok makin panjang pulak barisan kereta-kereta ini bersidai di tepi jalan makanya tahulah saya mereka nak tgk bunga api. owhhh.. terusss begitu. Saya pulak mmg tidak ada niat langsung untuk menyambutnya. Cuma terasa diri makin terpikul dek tanggungjawab dan mampukah hari2 esok aku melunaskan hutangku kepada Allah. Sepanjang jalan saya muhasabah diri, mengenang dosa-dosa yang aku lakukan. Empangan pecah di persimpangan. Doaku agar tahun 1430 bersamaan 2009 ini saya akan menambahkan lagi amal, usaha, ilmu, wang dan mengurangkan dosa dan berat badan. Itu hajat di hati yang tidak tertunai2. InsyaAllah.

Hari ini saya mahu berfoya-foya dengan adik2 dan teman2 ofis ke Sg. Chongkat. Skrg saya kena masak. Okeh la nak cau dulu nak masak.


D_Y_H
psstt.. tadi buka sini msih ada gambar itu.. soka.. tp sunyi..
7.54am, katil dua tingkat.

0 comments: