Slider

Saturday, January 24, 2009

Promotion and Increment

Asslammualaikum wbt,

Tajuk itu sudah mengumbirakan hati dalam takut. Increment saya suka. Tapi promotion saya tak suka. Increment itu buat mata saya tukar jadi simbol duit. harharharhar... *gelak org kaya* hihihi... Alhamdulillah berbaloi dengan usaha rajin dan ada kala malas itu.. *malas kena kecikkan sebab tak la malas sgt.. kehkehkehkeh* dan senyum lebar adalah harus.. sebab ada duit lebih .. yahooo.. leh apa... byr hutang ptptipu... hihihihihi...

Kan senyum lebar... sehari sebelum hari kejadian...mcm taw je kan.. hihihihi
Berckp psal PTPTN ini. Hermmm, masih ramai yang kurang sedar tanggungjawab untuk bayar semula PINJAMAN pelajaran itu atau EDUCATION LOAN. Apa makna kalau namanya pinjaman. Kena bayarkan. Jadi tunaikan lah tanggungjawab anda membayar pinjaman itu. Walaupun anda tidak meminjam dari along *jd tak payah takut la* tapi ada lagi orang lagi memerlukannya. Bayarlah! Kalau tidak fund itu makin lama makin tak ada pula. PINJAMAN yer haruslah di ingat PINJAMAN. Tak berkat hidup berhutang ini tau.
Kenapa saya bangkitkan isu ini. Sebabnya saya terjumpa dengan tidak sengaja. Seorang rakan yang tak mahu bayar duit pinjaman. Tapi kalau shopping, masyaAllah boleh habis duit gaji. Apalah salahnya Rm50 pun jadilah untuk bayar. Kalau benar-benar tidak berkemampuan. Kalau tidak bekerja, itu saya faham. Tapi sudah bekerja. Sedarlah tanggungjawab sebagai seorang PEMIUTANG a.k.a DEBTOR. Rasanya kalau kita bijak berbelanja, insyaAllah kewangan kita akan stabil. Yang menjadi punca kenapa tidak mampu kerana tidak bijak mengurus kewangan dan juga tamak dalam erti kata lain tidak mengukur baju di badan sendiri. Harapnya ada wujud rasa tanggungjawab dalam diri kita tentang setiap apa jua tanggungjawab (tanggunggan kita).

Comelkan.. ini Agnes bagi pd saya sebaik saya menjejak kaki ke ofis.. meja kosong.. so letak ni tomey...
Hermm.. berbalik kepada promotion.. adalah mengejutkan.. tapi Alhamdulillah. Makin takut untuk even hantar satu file pun sekarang ini. Lebih teliti saya jadinya. Ever single word nak di lihat supaya tidak salah pandang. Dan paling menakutkan adalah kena mengadap again client yang sangatlah suka cari pasal. haaaiihhhhh... sbar.. sabar... and I've 5 days to complete 2 company. Gilakkksss laaa.. nasib... cuti CNY.. yang sgt panjang.. tapi cuti dari pergi pejabat yer.. hihihihi.. file tetap ada di bwa pulang untuk membaca.. haruslah.. dan misi mengulang kaji entah berjaya entah tidak.. haiiiiihhhh....
D_Y_H
I'll learn more and read more and improve my report skills.
InsyaAllah
6.00pm, tingkat 6



Wednesday, January 21, 2009

Sweet..sweet home

Assalammualaikum wbt,

Welcome home to me. Yeahhh.. akhirnya terengganu trip tamat. Weehuuu, selepas berhempas pulas selama nearly 3 weeks, alhamdulillah segalanya berakhir dengan baik. Paling best, today meeting. Exit meeting dengan empat lawan empat. Fuh... kami ini memang empat tapi yang bersuaranya hanya dua. Macam biasa dua lagi ahli gelap. Sama juga seperti mereka. hihihihi.. fair enough la kan. But I dont mind. Soo long i have done the best. Siap x tido tu, tak tahan.. siot ngantuk gler.

Mujurlah ada energy juga nak meeting. Yenadeee betul. Sebabnya Manager tak ada jadinya assistant la yang ada. Herm.. assistant still new. He just listen and noted. But the two guys who was the opeartion exec, was very talkative person. Dan tempoh yang sama setiap issue di jawab dengan percakaran dan juga paling best belum saya habis ayat dah nak menyampuk. At least yes we admit our mistake. Taraaa.. tu la.. listen fisrt then you answer. Teknik ini sama seperti belajar disekolah sila dengar dengan teliti selepas itu baru bertanya dan menjawab. Practikal yaaa...

Penat.. sangat lah penat. Ini bloging juga sebab memang nak.. hihihihi. Baru sangat samapi rumah ni. Esok keje. So sad. Tak leh cuti. Memang di benarkan. Tapi bila tiba-tiba itu mak tiri kata "if you want take leave find, but you have to make sure you can submit your work on Friday"waaaahh dengar aja kecut perut sendiri. Biarlah lunyai badan janji keje siap. Kalau hari la kan.. keje.. insyaAllah keje siap. But if not makk aii bersilat la nak siapkan semua file itu. Sungguh meletihkan. Tapi apa nak kata. You are employee, so buat keje!! Kesian saya.. hahaha.. Tapi tak per. Next week seminggu saya coti.. haaa.. apa kes.. tak fikir pun nak pergi mana. Apa lah nak buat. "dayah study la. exam nak dekat. P2 tu woooo.. sangat potong badan" owhh negeriii..

D_Y_H
ngatok dah... esok pagi nak p ofis.. ehh ari ni da...
12.39am, 21Jan09

Saturday, January 17, 2009

Terengganu dayout - 14

Assalammualaikum wbt,



Daisy.. daisy...daisy... apa simboliknya daisy pada saya. Daisy sgt mendamaikan di mata saya. I just love daisy. But i'm not saying that I hate rose or others. I do love flower. But the most I love and like is Daisy. Why? Because I just love it. Feeling like very simple and beautiful. Yes it is very simple and perfect on my eyes.

You know what I coincidently find that "DAISY means Innocence, Loyal Love, I'll Never Tell, Purity". I admit its show who am I. Its might be yes and its might NO to certain people. But for me its most likely it is me.

Pelik ke minat daisy yer.. hermmm x kot kan. Rupanya ada insan lagi yang suka. Kakak senior saya la. Dia tak suka ros. Sampaikan dia boleh request husband dia kalau nak hadiah bunga bagi daisy. Herm.. bestnya kalau dapat daisy. Nak beli bunga la balik dari keje hari Rabu ni. Itu pun kalau sempat. Hopefully dapat. Sebab saya tak boleh nak cuti. So sad. Very Sad.


Laut... pantai.. beach... bila nak pi nihh..
Nak pi cuti-cuti and rehat pun tak dapat lah. Bestkan dapat pi pantai. Damai je kan. Dari hujung bulan 11 sampai la nak masuk bulan dua ini. Tak berhenti-henti lagi kerja saya merantau-rantau dari satu negeri ke satu negeri. Penat rasanya. Nak cuti on 21 tapi tak boleh sebab kena cuti kena beku pastu nak keje on 28, 29, 30 pastu bos tak kasi keje.. haiihhh. Sekali kena paksa cuti, bencilah. 3hari tu burn AL 3 days. Tak suka...tak suka..tak suka. Dah la nak cuti 21 igt nak pi bank alih-alih tak dapat. Dah la flight malam, pastu pagi2 esoknya nak keje. Mesti sangat melesu dan meletihkan. Dah keje hari-hari ngadap findings ini sgt letih dan paling tak best kena ngadap plastik. Kesian adik-adik saya yang tak berdosa terkena tempias.

"Even we came to your company to do our work, to check and what so ever, please
beware. We might put on writing on what so ever said. We only do our
work not disturbing you. If you feel we are disturbing you, ok
find leave the company. Easy and will no longer meet people like
us. We do our part and you should do your part. If you not follows the
requirement and its you responsiblity to fulfill it. We just check to
make sure your work according to standard procedure, that its. Not
more than that. No body is perfect and no body is not always right"

Marah saya di buatnya. Mula-mula manisnya berkata-kata. Tapi rupa-rupanya manis mulut sahaja. Marah lagi sebenarnya.. marah... geram....

Motif gambar ini menunjukkan .. kadang-kadang saya perlu sendiri. hihihii.. sebab dengan bersendiri saya dapat berfikir dengan tenang tanpa ganguan. Yeahh itu yang saya perlukan kini. Tapi macam tak dapat je. Macam mana tu. Hermmm .. cuti yang panjang itu mungkin boleh dimanafaatkan. Hermm nak pergi mana yerrr?? Lets think..
D_Y_H
Ever people have their responsibility, do your part if do want be penalise. If not your boss, your creator is every where to see you.
10.03am, 18January2009

Tuesday, January 13, 2009

Terengganu - Dayout 10

Assalammualaikum wbt,

Dayout 10! Hermm lamanya dekat sini. Tapi rasanya lebih pendek dari visit yang previous year. Berbaki lagi 7 hari disini. Apa yang berlaku apabila saya jumpa dengan "rice cooker". Seperti mengulang sejarah di kampus dulu. Kreatifnya seorang pelajar akan sampai bila ia mahu lakukan. Itu jugalah yang berlaku keatas diri ini. hihihihi. Apa dia yer. Kalau namanya jumpa "rice cooker. Apa lagi, Masaklah. Yum..yum..yum..yum... agak lama sebenarnya tak masak. Sebabnya semua dah sedia atas meja tak pun sediakan aja ringgit Malaysia lepas tu bayar dan makanlah sesuka hati .. :D...

Sebelum ini, pernah dah tinggal di tempat yang sama. But then, during the date tak keluar dengan orang M. Jadinya nak masak itu rasa macam dia nak makan ke. Takkan nak makan sorang pulak. Kalau makan sorang.. kalau tak habis siapa nak habiskan dan bagai lagi lah.. Jadi saya tak pernah masak sebelum ini. Jadi untuk kali ini. Kak Lida ajak "dayah jom masak" hihihi tanduk pun naik. Yes ada orang ajak masak. Apalagi "jom makan" hihihihihi.

Bunyi macam masak macam-macam je kan. Tidaklah sama sekali. Dengan kekangan waktu yang ada. Saya cuma masak taw apa. Sardin, Maggi Goreng, Burger, Maggi Sup. Goreng telur. Senang2 je kan. Sebab tu la masak.

Ini adalah maggi goreng...yum..yum..yum...
Burger Sandwic...
Hot dog Sandwic...
Itulah antara yang saya tiba-tiba terambil gambarnya. Hihihihi.. Nanti bila balik rumah teringin nak main masak-masak la.. hihihiii. Rindu nak berkubang dekat dapur.. yea.. yea... nak cepat2 siapkan keje kat sini.
D_Y_H
Lapar tgk makanan, Nak g lunch dulu laa... lalala...

Sunday, January 11, 2009

Ketika Cinta

Assalammualaikum wbt,


Ketika Cinta lagu yang baru sahaja saya tahu Siti Nurhaliza menyanyikannya. Sedap! Dari cerita PEREMPUAN BERKABUNG SERBAN. Tidak pernah dengar pasal cerita ini apatah lagi previewnya. Tapi lagunya saya suka dengar. Rindu manusia pada penciptaNya. Sila la layan yer.. :)
Ada tiada rasa dalam jiwa
Rindu akan memanggil-Mu
Karna setiap jiwa
t'lah bersumpah

Setia hanyalah kepada-Mu
Bila cinta ada di dalam jiwa
Wangi bunga dunia
tanpa nestapa
Segala yang dirasa hanyalah Dia
Hati 'kan memuja hanya
pada-Nya

Ketika cinta memanggil
Gemetar tubuhku
Ketika cinta memanggil
Hangatnya nafasku
Ketika cinta memanggil
Menderu sang rindu
Ketika cinta memanggil

Rindu... rindu... rindu qalbu
Memanggil-manggil nama-Mu
Seperti terbang di langit-Mu
Tenggelam di lautan cinta-Mu
Bertabur qalbu yang rindu
Melebur menjadi satu

Bagai menari diiringi pelangi
Ketika cinta memanggil

D_Y_H, Bila wujud rasa rendah hati padaMu..maafkan hambaMU yang alpa ini.

Saturday, January 10, 2009

Terengganu - Dayout 7

Assalammualaikum wbt,

Hari ke-7 maknanya adalah lagi sepuluh hari lagi tugasanku di sini. Mak aii, ada rasa gentar. Sebabnya hari ini sahaja, sepanjang hari saya mengantuk. Kerje sambil menguap2. Semalam berdua buat opening yang buka pukul 6.30pagi. Lambat sikit dari hyper lain. Eermm.. sedikit pelik, kalau dah namanya pelik adakah ia findings. Hermm.. lets think the effect and the risk. Penat opening closing semalam memang tak hilang. Punyalah sakit kaki. Observation seluruh floor. Mcm banyak je floor dia. Sebenar dua tingkat je. Tapi kalau dah namanya shopping complex. Mak penat taw jalan. Kalau penat shoping tak per. hehehehe.. shopping aje dalam kepala. Huhuhu. Sudah dayah.. *kalau igt shoping memang la.. kejenya menghabiskan duit.. hihihii*
Closing semalam sampai kol 12.00pagi. Fuhhhh nasib beraircond kalau tak ketibaa.. :P. Sebab asyik round the floor la sampai kaki sakit. Lepas tu jadi penyibuk, hahahaha. Nak gelak. Nampak aja mesti automatik mulut ni nak cakap, "Can I know what is procedures ... bla..bla...bla.. and why that ... bla..bla.. but your staff is... bla..bla..bla.." nyibokkan. Hihihi. Its your work please done it properly. Kalau nak ikutkan memang ramai orang tak suka bila jumpa "Auditor". Its also what my paklong tell me. "uihh Auditor, orang paling tak soka.. habis cerita bencilah" haaa.. apakah statement itu. Itulah hakikatnya. Tak apa, demi menambah bilangan anak Melayu dan pentingnya Wanita yer dalam kerja ini Saya redah aje.. hihihihi. Peksa bulan 6 hati ada takut. Pastu lutut ketaq pasai tak study lagi. Nak ambik paper killer potong badang. Corporate Reporting ... berpeluh campur seram sejuk. FRS hampeh la.. dah lupa. Consol lagi la lama dah aku tak buat. Ciayokk dayah...
Ingat pasal belaja ni. Rindu sangat kat kawan-kawan seperjuangan. Kat bawah ini my SRC friends. Being know them for about 1 years as a team was great memory. I enjoy working with them, a lots of things and Idea generate.

Best team ..miss them.. hope they are enjoy working hour now.. and some of them becoming a husband or wife. Hope everbody was doing fined.

D_Y_H

Semalam adalah Memori, Hari ini adalah perjalanan dan Esok adalah harapan

6.07pm, 10Jan09

Thursday, January 8, 2009

Terengganu - dayout 4

Assalammualaikum wbt,

Day out 4. Wot a special event? Nothing much, in my mind was finding...finding..findings.. findingss.. woo gler jahat. Findings maknanya kesalahan atau non-compliance.. ha.. kalau dah dalam kepala hanya findings.. itu petandanya sungguh saya bersungguh nak cari mana silap lagi.. mak aihh .. apa la dayah.. enough la.. ahahahaha.. tiba-tiba rasa bertanduk2... hahaha.. geler kejam kepala aku ni.. hihihi.. *sapa yg fhm .. fhm la.. sapa x fhm.. buat-buat je la fhm*


Herm.. 1st day kat terengganu nak taw apa yang jadi.. saya telah saya lakukan dengan keadaan saya yang agak keletihan .. kami yang seramai empat orang ini terjah aje ke Pasar Payang.. hahaha.. terjah aja... memang main terjah je... di sebabkan terjah jadi membeli pun tanpa berfikir yea.. haa... jangan tak tahu dalam saya ini selalu berkira-kira dalam berbelanja tapi apabila datang tang membeli sesuatu yang sudah agak lama saya tahan membelinya akhirnya saya beli juga. Nak taw apa yang saya teringin saya nak beli bila berada di terengganu mahupun kelantan. Tahu apa.. hehehe.. apa lagi Kain Sutera batik la.. hihihi.. Yess... saya akhirnya melabur beberapa ratus ringgit dan membeli 3 pasang sutera.. yeahhh.. suka.. Rasa mcm nak je beli lagi.. haapaa?? Kan dah dtg penyakit gle shopping.. tolonglah dayah. Be countable for everything that you buy. Hermm.. ok dayah. Hihihi.. Insaff dah. Beli bila perlu yea. Hehehe.. Financial planning kan sangat penting.


Kenapa? Sebab kita harus bersedia dengan ression yang bakal menjelma tahun ini. InsyaAllah Malaysia will doing fine. Dengan kerjasama semua pihak pasti kita dapat atasi masalah kegawatan dunia ini. InsyaAllah. Oh ya.. sebelum itu demi menyahut seruan / lebih tepat saranan Mantan PM, jom kita boikot US produk. Banyak yer produk mereka di Malaysia terchenta ini. Apa lgi marilah sama-sama kita boikot. Tahan2 lah nafsu nak makan itu, nak pakai ini itu. Tukar kita punya penggunaan barang-barang org kejam itu. Back to natural ke. Maybe take sometimes to those people but we should do something dont lets them do more to people in Palestin. Ekonomi US memang sudah makin merosot, kerana apa sebab utama adalah kerana ketamakkan mereka dan kekejaman pemimpin mereka.


D_Y_H
Ya Allah berilah kekuataan kepada sahabat2ku di Palestin dalam menegak bumi Palestin dan lembutkanlah hati2 mereka yang sungguh kejam itu.
8.44pm, 8Jan9

Tuesday, January 6, 2009

Damn

Assalammualaikum wbt,

Damn missing him so much

Gler la aku ni!

Tak mampu nak kata apa.

Rindu

Rindulah awak.

Bee sayang rindu sangat

D_Y_H
Kepala terlalu sakit
10.27pm, 6Jan09

Monday, January 5, 2009

Kejam sungguh mereka!!!

Assalammualaikum wbt,

Sungguh mereka tidak punya belas kasihan atau lebih tepat mereka tidak punya akal untuk berfikir secara waras dan tidak punya perasaan untuk merasa sakit dan pedihnya. Mereka itulah Zionis. Sungguh sedih tatkala mata ini melihat bagaimana kanak-kanak itu cedera, penuh dengan lumuran darah. Apakah mereka tidak boleh berfikir?? Semua manusia di berdarah sana sini. Apakah mereka tidak punya mata.

Paling menyedihkan 60 tahun, rakyat Palestin merempat di negara sendiri. Sungguh sedih sedangkan saya disini alhamdulillah hidup aman dan makmur. Syukur saya di lahirkan di bumi Malaysia. Apa pula peranan kita disini:-

1. Bagi yang punya sumber kewangan silalah beri bantuan buat mereka. InsyaAllah di sana nanti kita akan di balas sewajarnya.
2. Bagi yang tidak berkemampuan. Gunalah senjata yang lebih bernilai iaitu DOA. Ia itulah senjata mukmin. Sedangkan setiap butir kata kita itu adalah DOA. Maka berDOA lah kita agar mereka di bebaskan dari belenggu keganasan dan peperangan.

Kalaulah anak-anak mereka atau ahli keluarga mereka yang di serang begitu tahu pulak mereka marah. Tapi mereka terlampau. Seorang yang cedera tapi mereka akan membalas kalau boleh seluruh rakyat palestin mahu di bunuh. Kejam sungguh mereka ini.

"Ya Allah semoga PALESTIN bebas dari keganasan dan mereka sentiasa di lempah rezeki yang melimpah. Kau tabahkan hati mereka di sana. Ya Allah bebaskan mereka dari belenggu ini Ya Allah. Ya Allah kau lembut kan lah hati-hati mereka yang sekeras batu itu. Ya Allah hanya padaMu umat berlindung dan memohon bantuan"

D_Y_H
Susahnya mereka disana. Kita yang yang di sini harap memberi sedikit bantuan
8.57pm, 5Jan09

Saturday, January 3, 2009

Outstation again!!

Asslammualaikum wbt,

Outstation again.. ermm.. kerja haruslah accept.. Kemana kali ini. Terenganu. Mujur satu client tapi ada banyak side. Hurrmmm... pasti letih.. dan tambahan kena pulak buat asset sighting sekali.. ermm.. tgk asset... ok la kan.. so.. nak cari shoes sat lagi.. melabur lagi.. ampehh.. ehh ade je sport shoes kan.. ermm.. tak salah nak beli lagi kan.. untuk kepuasan diri sendiri juga kan dayah.. apa lah.. suka betol kedekut.. mcm nak beli jam la.. dah 3 tahun nak beli.. tak juga beli2 asyik pergi dan lihat.. pas2 kata bulan depan la.. pastu benda yang sama berlaku. Herm.. dayah.. dayah.. betapa engkau seorang kedekut tapi bab makan tidak pernah sekali aki kedekut. Tidak yer.. tidak pernah...

Mata naik juling sebab asyik kena outstation... tak per.. sambil jalan2 yer.. . hihihi
napa saya rasa dagu saya mcm mangga.. hahahaha.. makanan lagi... haaaiihhh..
D_Y_H
Saya nak g beli kasut
12.53pm, 3jan09

Cousin2 Junior

Assalammualaikum wbt,

Cousin2 junior.. huhuhu.. dan saya pula adalah senior cousin mereka.. hehehe a.k.a Kak Long for all cousin.. paling tua la namanya.. hihihi.. tua ke.. iyer la kan.. dah tahun 2009 maknanya saya dah 25 tahun.. tua ke? hahaha.. muda lagi yer.. *tapi ajal tidak pernah kenal usia* oppss terserius sekejap. Ingatan buat diri yang selalu lupa.

Adik2 saya ini masih kecil.. yang bawah ini anak makcik.. yang sgt2 lah takut nak dekat dengan saya. mesti dalam hati dia "mak dinosour mana ni.. larikk takut" hahahaha.. imaginasi apakah aku ini. Ayuni namanya. Memang takut gler.. Kalau kakak dia letak atas saya mulalah dia bermuka sedih. Tgk ajalah pada raut wajahnya yang sedih diriba saya.. Seminggu saya di kg. Hari ke-6 baru si Ayuni ni nak ckp dengan saya.. haa.. itulah dia takut giler ngan dinosour ini.. hahaha.. merapek saya ini... layankan aja ...hehehe

Tgk bulu mata dia panjangkan.. suka saya tgk.. cabut pinjam jap leh.. hihihihi

Sedihnya muka dia.. tak pa yuni.. take ur time knowing ur cuttie kak long..
Hermm.. ini ada seorang lagi bayi cumill... namanya Damia... saya suka baby comel ini sebab dia comel la hehehehe.. mari kita saksikan aksi-aksi bdk demam ini. owh yer.. paling saya ingat adalah sepanjang saya memandu kereta.. damia duduk dipangkuan ibunya sambil jari-jarinya yang mungil itu tidak lepas mengusap-ngusap tangan gebu.. hihihi.. suka saya. Rupanya memang tabi'e dia begitu. Makjang kalau bawa kereta pun dia akan usap tangan makjang. Ishh pelik tapi benar.
Lapar iyer.. sampai makan tangan sendiri.. hehehe..

Saya baru bangun tido la kak long.... senyum tetap lebar.. hihihi
D_Y_H
Stress yang makin kurang.. syukur.. demam pun dah oke.. yeayea..esok leh otstasion dgn selesanya..
12.22pm, 3Jan09

Thursday, January 1, 2009

Selamat Tahun Baru Masihi 2009

Assalammualaikum wbt,

Selamat tahun baru uols. Terasa kemeriahannya semalam di jalanan. Tatkala jam berdetik 11.50mlm sya gerak meninggalkan ofis dengan kerja yang masih banyak bersaki baki untuk di siapakan.. Kepala dah sangat berat dan sangatlah mengantok. Jadi saya pulang dengan redha sahaja. Pedulikan kerja yang penting ketika itu,'aku ngantuk gile'.

On the way back, bersusun-susunlah kereta di pangkir di tepi2 jalanan terutama yang berhampiran kawasan2 flyover dan tempat ada fire work. Mmg ramai sangat dan guest what muda mudi lah yang paling ramai. Mula-mula ingat accident. Tapi bila tengok makin panjang pulak barisan kereta-kereta ini bersidai di tepi jalan makanya tahulah saya mereka nak tgk bunga api. owhhh.. terusss begitu. Saya pulak mmg tidak ada niat langsung untuk menyambutnya. Cuma terasa diri makin terpikul dek tanggungjawab dan mampukah hari2 esok aku melunaskan hutangku kepada Allah. Sepanjang jalan saya muhasabah diri, mengenang dosa-dosa yang aku lakukan. Empangan pecah di persimpangan. Doaku agar tahun 1430 bersamaan 2009 ini saya akan menambahkan lagi amal, usaha, ilmu, wang dan mengurangkan dosa dan berat badan. Itu hajat di hati yang tidak tertunai2. InsyaAllah.

Hari ini saya mahu berfoya-foya dengan adik2 dan teman2 ofis ke Sg. Chongkat. Skrg saya kena masak. Okeh la nak cau dulu nak masak.


D_Y_H
psstt.. tadi buka sini msih ada gambar itu.. soka.. tp sunyi..
7.54am, katil dua tingkat.