Salam Maal Hijrah

Assalammualaikum Wbt,

Salam Hijrah 1430. Setahun lagi kita melangkah. Hari ini 1 Muharram 1430. Tahun Gregorian pula adalah 30 December 2008. Bermakna beberapa hari lagi kita bakal masuk ke tahun 2009. Hijrah tahun baru, kalender masihi pun tahun baru. Apa yang sudah gadis ini laknasakan sepanjang tahun 2008.
Banyak kisah suka dan duka terlakar dalam kanvas hidup gadis ini. Sungguh banyak. Sedikit sebanyak tekanan hidup dapat dihadapi dengan berbekal ilmu dan sedikit pengalaman. Gadis ini telah di lahirkan pada 23 Shawal 1404 bersamaan 23 Julai 1984 pada hari Isnin. Mungkin kerana itu juga hidupnya penuh dengan "KERJA". Hari kelahirannya adalah hari pertama bagi kebanyakkan negara mahupun tempat bermulanya KERJA. Like most famous work "BLUE MONDAY". KERJA apa yang gadis ini tahu memenuhi permintaan KERJAnya. Apa sahaja mahu dilakukan demi menyelesaikan misi KERJAnya. Alhamdulillah, walau gadis tidak ke menjawat jawatan yang gah tapi syukur gadis dapat meneruskan lagi langkah menambah lagi bilangan anak melayu yang bakal bergelar Akauntan, InsyaALLAH. Doa gadis agar impian ini menjadi kejayaan. Yang utama bukan kerana Melayu itu tetapi niat kerana ISLAM itu. Bertapa kurangnya Wanita Islam yang bergelar Akauntan di Malaysia. InsyALLAH itulah doa gadis. Lebih banyak ilmu yang perlu di tambah dan perlu di pelajari.
Selain itu, tahun baru mendatang ini gadis perlu beringat bahawa dia perlu meneruskan usaha 'merendahkan tahap kalori'. Ini sangat perlu kerana:-
1- Gadis masih muda
2- Gadis perlukan tubuh yang sihat untuk bekerja
3- Gadis senang mencari pakaian
4- Gadis boleh menyimpan lebih banyak wang
5- Gadis terampil lebih yakin dan terampil
Selamat Tahun Baru Hijrah dan 2009.
*Gadis adalah saya.
D_Y_H
Kerja banyak tpi otak tak berfungsi! Mcm mana
Pagi tingkat 6

0 comments: