Korban diri..

Assalammualaikum wbt,

Beberapa minit lagi seluruh umat Islam dimuka bumi Allah ini akan menyambut Hari Raya Aidiladha atau Raya Korban.
"Selamat Hari Raya AidilAdha buat semua"
Semoga kita menghargai setiap detik masa berlalu dan merenung apa lagi saat detik kehadapan yang perlu kita lalui, sama ada ia pahit atau manis ia adalah lumrah kehidupan kita harus tabah menghadapinya.
Walaupun detiknya tidak berapa lama lagi, tapi buat saya baru saat ini saya terasa esok adalah Hari Raya (nasib rasa sebelum beberapa minit lagi). Kenapa saya berubah emosi sehingga tidak endah pada raya ini. Saya bukan tidak endah atau tidak ambil tahu tapi seluruh tenaga telah hampir putus di usahakan untuk menghabiskan semua ilmu yang bakal ku curahkan pada 10th Disember ini. Dengan satu harapan saya akan lulus. Tidakku harapkan kecemerlangan cukup cuma lulus. Itu sudah memadai. Jadi raya tahun ini, inilah pengorbanan saya. Kalau nak ikutkan banyak lagi pengorbanan terhadap diri yang telah saya laksanakan.
Dalam sibuk nak raya, ada sesuatu yang memang agak lama ia terbuku di hati. Kenapa setiap kali hari raya pertama (tak kira raya haji @ puasa) saya tidak punya kesempatan sembahyang raya. Kejadian ini berlaku sudah dua tahun. 2 tahun nikmat itu di tarik. Sedih .... dan mungkin benar saya perlu berobat!!!. Kalau tidak ia akan makin parah dan mungkin end upnya saya yang akan sengsara dengan tidak boleh punya zuriat pula.
"Setiap langkah aku berdoa agar Kehidupanku semakin hari semakin positif dan bermotif. Kejayaan yang kuharapkan bakal kutemui kelak. Jua impian membuakku bakal kutunai"
"Perjalananku masih jauh!! Masih banyak halangan pahit dan manis yang perlu kutempuhi untuk sedikit rasa Kejayaan!"
"Aku tidak mahu jadi lalang dalam hidup"
D_Y_H
2hari sebelum xm!!
12.05am, 8Dec08

0 comments: