Entry huru hara!!

Kehilangan yang tidak pernah terduga. Rindu memang wujud dalam diri ini. Kemana menghilangnya dirimu. Apakah telah pergi selamanya. Sungguh aku rindu dengan tawa, rajuk, senda gurau dan juga setiap saat yang kita pernah lalui. Rajukku sentiasa terpujuk dan sedihku sentiasa kau senangkan dengan tawamu. Banyak yang kita kongsikan. Kehilanganmu sungguh buat aku tertanya-tanya. Rajukkah dirimu. Tapi tidak mungkin kerana aku kenal sikapmu. Aku sudah berjanji akan kutunai hajat hatimu suatu hari nanti dan kau juga pernah berkata jangan sampai aku tidak sempat menunaikan permintaannya itu. Ya Allah, aku rindu padanya. Di sahabat baikku.

D_Y_H
Entry huru hara!!!
8.51pm, 4Dec08

0 comments: