Bukan Selayak mama, emak, ibu, mami atau umi

Assalammualaikum wbt,



Bukan selayak atau lebih tepat tidak layak bergelar mama, emak, ibu, mami hatta umi sekalipun atau bahasa apa sekalipun kita memanggil seorang insan yang melahirkan kita kedunia. Buktinya sikap saya yang mudah hilang sabar dan boleh di ajak bergaduh dengan budak yang cuma hanya berusia mungkin setahun lebih. Marah benar saya hingga hilang kawalan kesabaran dalam diri. Aduhh beginikah aku mampu menghadapi situasi apabila perlu bergelar ibu kelak. Arrrghh tidak sanggup aku. Memang hilang rambut budak tu aku kerjakan.


Mama memang aku sayang sangat, walaupun hakikatnya aku adalah manusia keras hati, kepala batu, degil apa lagi semualah aku. Tapi mama tetap sabar dengan sikap aku. Kadang-kadang pada aku sayang itu tidak perlu dengan percakapan atau wang ringgit atau perbuatan. Cukup kalau aku lakukannya dengan hati Ikhlas. Sudah agak lama tanganku tidak menyentuh senduk mahupun sudip ataupun senduk sekalipun. Hanya mulut mungil sibuk memerli dan mengkritik masakan adik-adik. Tidak sedar bahawa diri sendiri lagi teruk malahan tidak tahu memasak. Banyak sangat kekurangan diri ini. Apa lagi, aku juga tidak mahir dalam bab-bab membuat kuih, kek, dan seanteronya. Paling aku benci lipat baju. Memang aku failed. Tugas itu adalah tugasan mama. Membasuh baju apatah lagi. Kemas rumah amatlah jarang sekali. Aku hanyalah seorang bos yang hanya tahu mengarah. "ehh.. bangunlah kemas rumah.. kau jangan nak malas.. bangun". Itukah contoh kakak. Memang perangai aku agak lanun. Mama aja yang sabar dengan sikap anaknya ini dan aku makin hari makin tidak matang dengan arus usiaku.


Abah agaknya dah fed up dengan anak gemuknya ini. "Cuba jangan makan banyak, badan tu dah gemuk dah" itulah ayat abah berulang kali. Abah diamkan aja dan dia hanya melihat. Tapi hati kecilnya mungkin menangis melihat anak yang tidak pernah dengar kata. Cuma asyik menyusahkan hidupnya. Kerjanya hanya makan, minum, tido dan menghabiskan duitnya. Itu belum khutbah agamanya. "Apalah nak jadi dengan anak-anak ini, sembahyang cukup malas" Abah dengan ayat-ayat sinisnya kalau menegur, tapi anak ini tidak pernah tuli atau rasa pekak dengan teguran itu. Malahan sengaja diulang-ulang salahnya.


Bukankah itu sudah dikatakan tidak selayak ibu malahan tidak layak langsung untuk menjadi ibu. Maka rosaklah kalau ibu ini yang mendidikmu. Aku nekad dalam hati, selagi aku tidak mampu punya wang yang banyak aku tidak akan memikirkan soal kahwin. Biarlah aku begini selamanya. Kerana aku selalu menyusahkan mama dan abahku sendiri. Hidup aku sendiri terumbang ambing. Cukuplah aku dengan dosa-dosaku. Tidak mahu aku membawa orang lain turut berdosa denganku. Cukup aku seorang!!


D_Y_H

0 comments: