Al-Fatihah

Assalammualaikum wbt,

Kejutan yang agak mengejutkan saya pagi ini. Luckily, saya membuka handphone selepas segala urusan selesai. Khabaran yang mungkin disampaikan oleh ahli keluarganya. Seorang sahabat saya telah pergi selamanya meninggalkan dunia fana ini. Sungguh saya terkejut. Perkenalan itu baru sahaja, seorang adik. Baru sahaja semalam hati saya terdetik, "budak ini diam aja, gunakan orang aja" MasyaAllah sungguh saya tak tahu dia telah pergi pada hari Khamis yang lalu. Saya hanya tahu hari ini. Ya Allah sungguh hamba ini tidak tahu. Al- Fatihah buat arwah.

Tiba2 saya teringatkan seorang lagi sahabat yang telah hampir dua bulan berdiam tanpa sebarang khabaran. Tiada sebarang maklumat untuk saya hubunginya bertanya apa khabar dia. Last kami berhubung, dia mengadu sakit yang tersanggat. Ya Allah semoga dia juga sihat sentiasa dan dalam lindunganMu.

D_Y_H
Saya rasa tidak berfungsi!!
13.27pm, 29 November 2008

0 comments: