Minggu lalu off.. yang agak panjang..

Assalammualaikum wbt,

Hari minggu lepas, off day sangatlah panjang. Panjang ke? Huhuhu... adalah beberapa hari... 3 hari iaitu mulai Sabtu, Ahad dan Isnin. Errmm apakah aktiviti saya sepanjang 3 hari tersebut. Apa yang menariknya!! Pastinya ada sesuatu yang berlaku dalam hidup sayakan.

Hari Sabtu

Bangun awal dari biasa, tidak lah terlalu awal seperti hari-hari bekerja juga. Hari ini merupakan kali pertamanya Dayah joint ACCA program. Which is preparation for P3 exam. The talk was very good. It a lots of information which is do and dont should I do in the exam paper. Which is before I've wasting my time to calcute all the ratio's for the 5 years, which is not a correct way. What should you do, just take the end and the beginning. The rest forget it. I will ensure that will happen in my paper this coming exam. I got lots of other tips also. The most things, please remember the models. Why should I used the model, explain based on the situation given, which i'm done it before just lack of knowledge on the model and not brief the issue in deep. Now, what I should do is to make sure indeep understanding on the model.
I've about another 6 weeks to study, still got time. But I just scared that, I'll have a lots of other things. What is that... work la... haiyaa. forget it laa kan... hahahaha...
Hari Ahad
Haaaa.. apa yang berlaku iyer... saya telah kembali mengikuti treatment itu. Apa yang berlaku, di akhir treatment saya menimbang diri saya, dimana berat saya telah berkurang sebanyak 2.5kg sejak dari 2 minggu awal bulan puasa. Alhamdulillah. Tapi saya telah menambahkan perbenjaan saya. Dimana kena terus menjalani treatment di sana. Di tambah dengan tambahan treatment baru.. ermmm bila difikir balik. Mereka itu baik dan kata-kata mereka itu benar. Saya dengan tidak perlu kata tidak, meneruskannya. Sebab memang niat saya kuat. Selepas itu, saya pergi ke Majlis Pertunang sahabat saya iaitu Amai dan Amin. Tengok aja gambar dekat bawah itu. Sahabat saya Amai, yang mengenakan sepersalinan pink. Cantikkan.
Majlis Pertunangan Amai & Amin
Selepas majlis tersebut, dayah, Murni dan kawannya murni telah melarikan diri ke rumah terbuka lin pula. Lin ni kawan masa sekolah menengah. Masih teringat dulu masa from 2 sekelas dengan Lin dan nak di jadikan cerita, Cik Lin sangatlah suka menyanyi. Hari2 dia nak nyanyi lagu hati kama. Tak per suara dia memang best. Sedap mendengarnya. Alhamdulillah memang rezeki dia sekarang dia bekerja dalam bidang penyiaran cuma bukan sebagai penyanyi. Baguslah jugak, Harus ada batas dalam bersuara inikan. Terimbau masa lalu di sekolah pernah jugalah saya menyumbangkan suara yang serba sumbang ini. Mujur sampai ke tahap itu sahaja.
Hari Isnin
Isnin pula adalah perayaan Deepavali. Happy Deepavali!! Saya sampaikan ucapan tersebut kepada sahabat india yang saya kenali. Malam harinya, kawasan rumah saya meriah dengan percikan bunga api dan bunyi riuh orang bermain mercun. Berdentum dentam jugaklah bunyinya. Alahai tahan ajalah telinga. Tapi cukup mengambarkan betapa meriah dan sungguh bercahaya peristiwa malam Deepavali. Paginya saya telah menyibukkan diri pergi katering sebabnya nak tgk pengantin lelaki yang sangat cerewet. Kenapa ek cerewet. Sebab adik saya cerita yang semalam masa dia orang setting table and all the decoration for VIP table, guest and also buffet table, Si pengantin lelaki ini boleh hentak2 kaki sambil kata. "Saya tak nak color ini" isshhh geli dengarnya. Macam patah aja. Berlari jugalah mam mencari ikut kemahuan si pengantin lelaki itu. Ini semua gara-gara staff yang pandai menabur janji tapi tidak sampaikan pada yang lain. Mujurlah dapat majikan baik kalau tidak, "YOU ARE FIRED" haaa.. kan lagi haru. Tapi dia memang layak dapat termination letter jikalau terus bersikap sedemikian.
Lepas itukan, saya pergi open house my lovely friend siapa lagi kalau bukan Ili Syazwani. Kawan baik saya. Erm.. makan nasi beriani. Yum..yumm..yummm sedap taw. Lepas tu ingat nak singgah tengok aqil, tapi sayang dia nak keluar. Tak dapatlah tengok si kecil itu. Nantilah ada rezeki nak tgk aqil yang sedikit membesar.
Itulah cerita cuti saya yang agak panjang.
D_Y_H melapor...
Diri yang mengantuk!!

0 comments: