Lagi..lagi accident

Hari ini hari raya ke-7. Ikut statistik dah banyak dah kes kemalangan jalan raya. Ops Sikap tapi pengguna jalan raya tetap juga begitu. Tak pernah nak berhati-hati dijalan raya. Tak pun, ada pulak yang berhati-hati pun kena jugak. Macam mana tu. Itu di luar jangkaan. Kalau sudah takdir, malangkan tidak berbau. Jadi untuk tidak bau ia, berhati-hatilah dijalan raya.

Kesian sebenarnya dengar berita kemalangan ini, hari ini sahaja dengar berita kemalangan dekat bukit merah. Uisshhh.. kemalangan maut lagi itu. Innalillah, takziah buat keluarga mangsa. Sudah tersurat di loh mahfuz, matinya sebegitu. Jadi kepada pengguna jalan raya berhati-hati di jalan raya.

Dayah ni, cakap je sendiri pun kadang-kadang kalau dah on the road tu memang speed aja. Hahahaha.. melampau giler dayah ni sebenarnya. Tapi insyaAllah, tak lah speedy betul. Tak mcm my best friend, dia lagilah kalau boleh nak bawa 300km/hours.. siott je kan.. tapi dia mmg berangan aja. Moga hari ini, Allah memberi rahmat buatnya dan segala yang dilakukan akan di berkati.

D_Y_H
nak balik dulu la!!
6.01pm, 7 October 2007

0 comments: