Setiap yang bermula pasti akan berakhir!!

Mula pasti ada hujungnya. Itulah yang aku rasai ketika ini. Mula2 dahulu terasa xcitednya, dia ia makin hambar. Dia hanya jadikan diri ini persinggahan sahaja. Apabila perlu dia akan ada, jika tidak lama dia mendiam diri. Sekarang hadirnya lebih kepada dirinya. Aku sedar dia punya hak untuk meminta lebih sedangkan dia sudah memberinya. Aku hanya takut dengan bayanganku sendiri. Biarlah!!! Aku bukan takut, tapi berhati-hati dalam perhitungan.

Kini aku lebih selesa begini, mengenang masa lalu. Biarkan hati diombak resah, walaupun ia cuma singgah sekali sekala. Aku redha dengan ketentuanya. Walaupun ia tidak seindah dahulu tapi tidak mengapa cukup untuk ia tersimpan menjadi memori yang perlu kuingati dan terima kasih.

Aku mulai sedari yang mereka cuma mahu singgah bukan untuk selamanya tapi sekadar mencari hiburan kehidupan dan mewarnai hari-hari mendatang. Selepas mereka gembira, mereka pergi dan hilang tanpa khabaran. Itulah kadang-kadang kita terlebih perhitungan. Kini amalku hanya lakukan apa yang perlu tidak melebih takut menghukum diri, terseksa hati dan jiwa.

Diri yang makin disedarkan dek waktu
9.21pm Lampu Neon, mercun talu menalu...
15 September 2008

0 comments: