Kurang Imam

Ya Allah, tak tergambar betapa kasihan dan bagaimana umat Islam di Bulgaria terpaksa menghadapinya. Kekurangan Imam dan terpaksa menutup Masjid di bulan Puasa. Tidak adakah yang sudi menjadi Iman?? Krisis ini amatlah kritikal. Di harapkan Umat Islam di sana dapat menghadapinya dengan tabah. Beruntung menjadi rakyat Malaysia yang tidak kurang apa pun. Pada hemat sayalah. Kerana Malaysia makmur dan cukup segalanya, cuma kadang-kadang kita tersilap perhitungan. Selalu merasa tidak cukup dengan apa yang ada. Sedar atau tidak kita sebenarnya tidak bersyukur dengan apa yang ada. Tapi bukan semua orang begitukan. Ada sesetengah yang lalai dan alpa dengan warna kehidupan dunia yang sekaligus mengaburkan mata mereka untuk melihat dengan jelas.



Berbalik kepada Bulgaria sebuah negara yang berada di Benua Eropah. Masjid yang mereka ada sebanyak 1,500 buah dan Iman yang mereka ada cuma 900 orang yang digaji. MasyaAllah kurangnya sebanyak 600 orang lagi. Kita disini paling kurang, rasa saya (maaaf yer tak tahu the actualnyer) setiap masjid sekurang2nya ada dua orang Imam, am I correct? Apa sebenarnya syarat yang membolehkan seseorang itu menjadi Imam:-


Dipetik dari http://www.al-azim.com/


  1. Imam bukanlah seorang ummi yang tidak betul bacaan al-fatihah, cacat dari segi sebutan, ketiadaan syaddah dan sebagainya, sedangkan ma’mum lebih baik daripadanya.

  2. Imam bukan dari kalangan wanita jika ma’mumnya lelaki.

  3. Imam yang hendak diikuti itu bukanlah sebagai pengikut kepada imam lain.

Dipetik dari http://www.jomlayan.com/mybb/10-syarat-jadi-imam-t-1277.html

1) Islam, tidak sah solat yang diimamkan oleh seseorang yang kafir.

2) Berakal, tidak sah solat yang diimamkan oleh seseorang yang gila. Ini kerana, solat yang dilakukan oleh orang yang disahkan gila tersebut tidak sah.

Tetapi jika gila itu bermusim maka solat ketika dia sihat sah tetapi adalah dibenci. Ini kerana dikhuatiri penyakit gilanya itu berulang ketika dia menunaikan solat.

3) Baligh, tidak sah solat yang diimamkan seseorang mumaiyiz kepada seorang yang baligh di dalam solat wajib dan sunat.

Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas dan Ibn Mas�ud, �Janganlah diimamkan solat itu oleh seorang budak sehingga dia baligh.

�Ini kerana solat itu adalah dalam keadaan sempurna sedangkan budak atau kanak-kanak itu bukan daripada ahli yang sempurna.Imam Syafie berpendapat, harus orang yang baligh menjadi makmum kepada imam yang belum Mumaiyiz.

Ini berdasarkan apa yang diriwayatkan daripada Amr bin Salamah: Aku telah mengimamkan solat di zaman Rasulullah s.a.w sedang aku adalah anak yang baru berumur tujuh tahun. (Riwayat Bukhari)

4) Lelaki yang sejati sekiranya yang menjadi makmum itu adalah lelaki.Tidak sah solat yang diimamkan oleh seorang perempuan atau khunsa bagi makmum lelaki sama ada solat fardu atau sunat.

Sekiranya yang menjadi makmum itu perempuan semata-mata maka tidak disyaratkan lelaki menjadi imam bagi jemaah tersebut.

5) Bersih daripada hadas dan kekotoran.Tidak sah menjadi imam yang berhadas atau orang yang terdapat najis pada badannya, pakaiannya sama ada dia mengetahui hal tersebut atau lupa.

6) Baik bacaannya dan mengetahui rukun-rukunnya.Seseorang imam hendaklah baik bacaannya kerana solat tidak sah melainkan dengan bacaan dan mengetahui rukun-rukun solat.

Tidak sah seseorang qari menjadi makmum kepada seseorang yang buta huruf (jumhur) dan wajib bagi qari mengulangi solatnya. Seperti mana keadaannya tidak menjadi makmum kepada seseorang yang tidak mampu rukuk, sujud atau tidak boleh duduk ataupun tidak mampu mengadap kiblat.

7) Keadaan yang bukan makmum.Tidak sah solat makmum mengikut makmum lain sebagai imam.

Mengikut seseorang yang sudah terputus dengan imamnya disebabkan masbuk:i- Al-Hanafiah: tidak harus menjadi seseorang masbuq itu sebagai ikutan kerana dia telah mengikut (makmum).

Oleh yang demikian, yang diikut tidak boleh diikuti.ii- Al-Malikiah: tidak harus menjadikan seseorang yang masbuk itu sebagai ikutan kerana dia tadi mengikut (makmum).

Namun adapun yang mudrik (tidak sempat rakaat bersama imam boleh diikuti apabila dia bangkit untuk menunaikan solatnya dan hendaklah mudrik yang tidak sempat rakaat tadi berniat menjadi imam.

Kerana ketika itu dia sedang solat berseorangan dan tidak thabit hukum makmum.iii- Al-Syafieyyah: terputus ikutan / menurut imam dengan semata-mata keluarnya imam dari solat sama ada dengan memberi salam atau dengan sebab terbatalnya wuduk.

Ini kerana terkeluarnya dari ikatan di antara imam dan makmum maka pada ketika itu dia boleh mengikuti orang lain yang ganti imam atau orang lain yang mengikutnya sebagai imam.

Kesimpulannya : al-Hanafiah dan Malikiah tidak mengharuskan mengikut seseorang yang asalnya mengikut selepas imam memberi salam, dan harus pada Al-Syafieyyah dan al-Hanabilah. Ini adalah lebih utama.

8) Syarat khas pada al-Hanafiah dan al-Hanabilah: sejahtera daripada keuzuran.


Tidak lawas ketika buang air, kerap terkentut dan batuk makruh ke atas orang yang mempunyai penyakit-penyakit ini menjadi imam.

Sekiranya seseorang yang mempunyai satu keuzuran adalah lebih utama menjadi imam daripada orang yang mempunyai dua keuzuran. Adapun pendapat al-Malikiah tidak mensyaratkan syarat ini tetapi dihukum makruh menjadi imam selagi mana tidak terbatal wuduknya.

Begitu juga pendapat bagi Al-Syafieyyah tidak mensyaratkan syarat ini dan sah menjadi imam orang yang mempunyai keuzuran ini dan tidak perlu mengulangi solat tersebut.

9) Imam mesti seorang yang fasih al-lisan.Mampu menyebut huruf-huruf di dalam al-Quran dari makhrajnya.


10) Al-Hanafiah dan Al-Syafieyyah mensyaratkan supaya solat itu diimamkan oleh orang yang bermazhab yang sama dengan makmum.

Sekiranya seseorang yang bermazhab Hanafi solat di belakang seorang imam bermazhab Syafie yang mengalir darah pada tubuhnya dan tidak berwuduk selepas itu atau solat seorang yang bermazhab Syafie di belakang seseorang bermazhab Hanafi yang menyentuh perempuan dan tidak berwuduk, maka solat makmum itu batal kerana setiap mazhab melihat kepada batalnya solat imam itu tadi.

Al-Hanafiah berpendapat solat di belakang imam yang bermazhab Syafie adalah makruh

Hermmm.. untuk membolehkan seseorang itu menjadi Iman bukan susah tapi adakah yang mahu menjadi Imam. Di bulgaria ia sudah berlaku, tidak tahu lagi dimana di atas muka bumi Allah ini perkara ini berlaku. Ia amatlah kritikal. Walaupun kita berada di negeri yang berasingan tapi kita masih umat Nabi Muhammad SAW dan atas satu lafaz syahadah. Walau dimana kita berada keperitan yang di rasai sahabat yang lain pasti jua kita dapat rasai.

*fakta nombor dipetik dari Berita Harian


D_Y_H

yg hilang mood bekerja dikala ini

11.35am, Menara penuh orang bekerja dan membelibelah

0 comments: