Kenapa perlu ada rindu!!!!

Setiap kali lagu2 itu berkemundang @ tatkala aku sendiri pasti ada rindu yang mengamit hati. Aku BENCI!!! Sungguh aku tidak suka akan perasaan ini. Ia sungguh mengangguku. Letih untuk mengepam oksigen!! Masih ada debar setiap kali namanya ku sebut. Aku sedar aku harus melupakannya. Aku BENCI perasaan ini. Ia seolah membuatkan diriku terlalu jahat. Ya Allah bantulah aku. Aku menemui jalan buntu kadang2. Terasa diperbodoh dek perasaan sendiri. Tapi akan cuba melawannya walau ia memarahkan hati ini.

Dahulu aku sering suka dengan ayat ini:-
"Jika dia diam, diamnya sangat menyenangkan....
Jika dia senyum, senyumnya sangat membahagiakan...."

Dan sesungguhnya dia makin bahagia dalam senyumannya. Bahagia yang bukan di buat tapi di cipta dan ditakdikan untuknya, selamanya. Aduhai!! Makin sakit lagi hati ini.

Sabarlah hati!! Mungkin Adam itu jauh darimu. Aku ingin belajar dengan tenang kini. Disamping menambah ilmu mencurah tenaga dan idea dalam kerjayaku. Sambil ku simpan sedikit kewangan buat bekalan di hari muka. InsyaAllah

D_Y_H,
Parahnya sekeping hati!!
Duhai langit yang mendung!!
10.40am, 8sep8

0 comments: