Hari itu bakal muncul jua

Hakikatnya memang memedihkan. Namun sebagai manusia biasa, Allah akan sentiasa mengujimu. Mungkin sebelum ini, ia hanya gangguan dan permainan syaitan. Destinasi cinta yang ku cari itu, pastinya menyusul di kemudian hari bukan dengan dirinya. Tipulah kalau aku katakan tidak terkutik langsung tembok hatiku. Malah ia telah menganggu sebentar ketenangan diri. Namun aku masih mampu menahan airmataku menitik menyimbah bumi ini. Sungguh hati ini masih kuat menghadapinya. Kerana aku telah digasakan berita ini sejak dari permulaan lagi. Pedihnya hanya Allah sahaja yang mengetahuinya. Aku bersyukur sekurangnya, aku punya sedikit perasaan yang kata orang "BUTAKAH AKU" aku menyimpannya sekian lama tanpa siapa pun mengetahui. Sekadar teman-teman rapat yang mengetahuinya. Sungguh saat warkah ini ku tulis, ada tubir yang mahu mengalir. Tapi aku harus kuat menyimpan rasa hati yang kian berdarah ini. Dua belas tahun bukan tempoh yang singkat. "PENGECUT" itu kata orang yang tidak tahu di mana aku harus letakkan rasa "MALU" yang menebal dalam diri. Sekebal-kebal manusia dia akan ada suatu perkara yang buat dia lemah. Itulah hakikat diri ini.

Ku sabar kan sekeping hati. Dari dahulu sudahku ingatkan pokok yang tidak dibajai tidak akan membesar dengan sempurnanya. Itulah perumpaan yang sesuai. Aku redha Ya Allah, kau tabahkan lah sekeping hati ini. Aku alpa dengan nikmatmu yang seketika. Ia bukan milik ku tapi milik insan yang lebih layak. Aku bukan sempurna dan banyak kekurangan diri yang tidak mampu ku tutup lompangnya. Ya Allah bantulah hambaMu ini. Aku insan yang tidak pernah kenal erti cukup. Aku tamak Ya Allah. Kealpaan diri yang mampu membunuh diri. Ya Allah sungguh di kala ini segenap ketenangan jiwa telah dirodok rasa sedih yang tidak dapat ku gambarkan. Sumber insprirasi hati sudah di rampas dari Mu. Aku harus menerimanya. Tanggal tarikh yang lebih sebulan dari tarikh kelahiran akan menjadi ingat sebati dalam diriku. Sungguh aku tidak sekuat yang ku sangka"

0 comments: