Hari ini.. hujan menyimbah bumi!!

Sekian pagi.. ku tahan.. setitis demi setitis air jernih menyimbah seraut wajah di pagi hari. Di kala tangan dan kaki ku sibuk bekerja memandu arah ke pejabat. Sedih yang bukan dibuat tapi sedih mengenangkan kekalahan diriku pada perasaan ku sendiri.


"Sampin biru" itu kulihat begitu tampan dan gembira!! Tapi hati sayu melihatnya.. Kalau aku di tempatkan disitu. Pasti ia merupakan hari paling istimewa selain hari kelahiran ku kedunia. Tapi Aku tidak berkesempatan. Hati terus menangis dek kerana kelapaan diri dan marah dengan diri yang tidak kenal erti sudah. Aku harus melupakan sebagai seseorang pada diri ini. Aku hanya akan mengingatinya sebagai sahabat. Bukan istimewa lagi. Walau ia hakikat yang memedihkan lubuk hatiku. Tapi aku harus redha dengan ketentuanNya.

Kini aku tutup seketika kisah kasih dan ku buka laluan untuk hatiku berehat seketika dari terus bekerja memikir siapa DIA? Biarlah ia hadir walaupun aku sudah terbongkok menghadap hari mendatang. Kalau itu takdirNya. Aku redha dengan ketentuan illahi. Aku kini ingin lebih memberi tumpuan kepada kerjayaku dan jua pelajaranKu. Aku akan lebih fokus kepada keduanya. Lately, aku sering pulang lewat dek kerana terlalu banyak kerja yang harus kusiapkan.

Letihnya badan hanya Allah sahaja yang mengetahuinya. Aku ingin rehat dan ketenangan hati buat seketika. Mungkin lewat minggu ini, aku ingin membelah lebuh raya ke tempat yang ingin ku tujui sejak dari beberapa minggu lalu. Aku ingin sendiri berjalan menoreh jalanan dengan ukiran namaku yang cantik terukir. Aku kepingin sendirian sahaja. Akan ku lakukan sebelum puasa ini. Sudah lama tidak kulakukan. Aku ingin benar menunaikan kehendak hati ini.



D_Y_H
Ingin terus gigih bekerja dan belajar!!
7.13pm, level 3, uSj
28Aug08

0 comments: