Slider

Thursday, August 28, 2008

Hari ini.. hujan menyimbah bumi!!

Sekian pagi.. ku tahan.. setitis demi setitis air jernih menyimbah seraut wajah di pagi hari. Di kala tangan dan kaki ku sibuk bekerja memandu arah ke pejabat. Sedih yang bukan dibuat tapi sedih mengenangkan kekalahan diriku pada perasaan ku sendiri.


"Sampin biru" itu kulihat begitu tampan dan gembira!! Tapi hati sayu melihatnya.. Kalau aku di tempatkan disitu. Pasti ia merupakan hari paling istimewa selain hari kelahiran ku kedunia. Tapi Aku tidak berkesempatan. Hati terus menangis dek kerana kelapaan diri dan marah dengan diri yang tidak kenal erti sudah. Aku harus melupakan sebagai seseorang pada diri ini. Aku hanya akan mengingatinya sebagai sahabat. Bukan istimewa lagi. Walau ia hakikat yang memedihkan lubuk hatiku. Tapi aku harus redha dengan ketentuanNya.

Kini aku tutup seketika kisah kasih dan ku buka laluan untuk hatiku berehat seketika dari terus bekerja memikir siapa DIA? Biarlah ia hadir walaupun aku sudah terbongkok menghadap hari mendatang. Kalau itu takdirNya. Aku redha dengan ketentuan illahi. Aku kini ingin lebih memberi tumpuan kepada kerjayaku dan jua pelajaranKu. Aku akan lebih fokus kepada keduanya. Lately, aku sering pulang lewat dek kerana terlalu banyak kerja yang harus kusiapkan.

Letihnya badan hanya Allah sahaja yang mengetahuinya. Aku ingin rehat dan ketenangan hati buat seketika. Mungkin lewat minggu ini, aku ingin membelah lebuh raya ke tempat yang ingin ku tujui sejak dari beberapa minggu lalu. Aku ingin sendiri berjalan menoreh jalanan dengan ukiran namaku yang cantik terukir. Aku kepingin sendirian sahaja. Akan ku lakukan sebelum puasa ini. Sudah lama tidak kulakukan. Aku ingin benar menunaikan kehendak hati ini.



D_Y_H
Ingin terus gigih bekerja dan belajar!!
7.13pm, level 3, uSj
28Aug08

Bila terlalu degil!!!

Memang degil orang ini!!
Kan sendiri yang merintih sendiri...
Bahagianya dia....
Aby & Oppa... sedihnyaaa...
APa yg tinggal hanya cebisan masa lampau...

MMg orang yg degil!!!...
hanya ku lihat sampin biru... bukan sepersalinan biru....

Org Degil
2.28am, thursday

Monday, August 25, 2008

Apakah yg aku cari!!!

Bila dgr lagu ni... sekejap tidak aku dibuai kenangan lalu. Walau ia tidak perit seperti hari lalu. Tapi ia tetap menjadi suatu kenangan. Dan walau aku tidak khabarkan pada yang lain, namun dia masih segar dalam diri ku. Kejam benar hati ini. Membunuh rasa sendiri. Tapi aku jua manusia biasa yang tidak tegar menghadapinya. Hatiku menangis dalam diam. Tidak siapa yang mengetahuinya. Even dia ada selalu menemaniku dikala hidupnya aku. Sebulan selepas hari kelahiranku dia menamatkannya. Lalu aku tanam segalanya tentangnya. Tapi tanam pada dasar menanamkan. Tidak sepenuhnya kubunuh ia dalam segumpal darah yang menjadi pepejal. Iaitu sekeping hati. Ia sekarang kosong seperti selalu. Jauh dilubuk sana ia masih punya sesuatu yang bernilai yang sukar ku padam terus dari hidupku. Perdengarkan lagu ini. Ibarat menikam sekeping hati.

Apakah yang engkau cari
Tak kau temukan di hatiku
Apakah yang engkau inginkan
Tak dapat lagi ku penuhi
Begitulah akuPahamilah aku

[**]
Mungkin aku tidaklah sempurna
Tetapi hatiku memilikimu sepanjang umurku
Mungkin aku tak bisa memiliki
Dirimu seumur hidupku

Back to [*][**]

Back to [**]

Dirimu seumur hidupku 3x

Perlukah aku menjadi pelakon terhebat buat diriku sendiri. Bila ku sendiri aku jadi seorang yang sangat lain. Tidak seperti kini. Aku lemah dengan diriku sendiri. Sehingga semua mood hendak bekerja terbang begitu sahaja.

D_Y_H sgt tidak ada mood!!
12.31pm, Monday.

Monday, August 18, 2008

Again!!

The day can be clasified as heavily raining throught out. Why? The days become dark and more darkest while it reach the end. It hearted. I'm past the class again. Why? I should drop it since i'm going to concren more on the two paper that failed. It is hard to say, but as what my lecturer's told me. "It is norm when you failed while taking professional papers. Me myself already take 5times exam to past the paper". Instead he going to sitting the exam sooner. For me this is really learning stage. With i cannot simply said I can do it with no properly prepared and mentally ready for every thing. It makes myself stuck in the middle. The marks is just about 4 to past. So sad. Not many just FOUR!!!!

Indeep, it is the sadness day for me. So I decide to drop the class and will concern on the paper. Pluss today I received the invitation which change my whole life.

Very sadnesss day!!!! Crying is not the solving factor, but I need more spirit to gone thru the whole cycle again. Ciayokkkk!!!

8 is nothing!!!!!
Fullhouse_mamaabah

Hari itu bakal muncul jua

Hakikatnya memang memedihkan. Namun sebagai manusia biasa, Allah akan sentiasa mengujimu. Mungkin sebelum ini, ia hanya gangguan dan permainan syaitan. Destinasi cinta yang ku cari itu, pastinya menyusul di kemudian hari bukan dengan dirinya. Tipulah kalau aku katakan tidak terkutik langsung tembok hatiku. Malah ia telah menganggu sebentar ketenangan diri. Namun aku masih mampu menahan airmataku menitik menyimbah bumi ini. Sungguh hati ini masih kuat menghadapinya. Kerana aku telah digasakan berita ini sejak dari permulaan lagi. Pedihnya hanya Allah sahaja yang mengetahuinya. Aku bersyukur sekurangnya, aku punya sedikit perasaan yang kata orang "BUTAKAH AKU" aku menyimpannya sekian lama tanpa siapa pun mengetahui. Sekadar teman-teman rapat yang mengetahuinya. Sungguh saat warkah ini ku tulis, ada tubir yang mahu mengalir. Tapi aku harus kuat menyimpan rasa hati yang kian berdarah ini. Dua belas tahun bukan tempoh yang singkat. "PENGECUT" itu kata orang yang tidak tahu di mana aku harus letakkan rasa "MALU" yang menebal dalam diri. Sekebal-kebal manusia dia akan ada suatu perkara yang buat dia lemah. Itulah hakikat diri ini.

Ku sabar kan sekeping hati. Dari dahulu sudahku ingatkan pokok yang tidak dibajai tidak akan membesar dengan sempurnanya. Itulah perumpaan yang sesuai. Aku redha Ya Allah, kau tabahkan lah sekeping hati ini. Aku alpa dengan nikmatmu yang seketika. Ia bukan milik ku tapi milik insan yang lebih layak. Aku bukan sempurna dan banyak kekurangan diri yang tidak mampu ku tutup lompangnya. Ya Allah bantulah hambaMu ini. Aku insan yang tidak pernah kenal erti cukup. Aku tamak Ya Allah. Kealpaan diri yang mampu membunuh diri. Ya Allah sungguh di kala ini segenap ketenangan jiwa telah dirodok rasa sedih yang tidak dapat ku gambarkan. Sumber insprirasi hati sudah di rampas dari Mu. Aku harus menerimanya. Tanggal tarikh yang lebih sebulan dari tarikh kelahiran akan menjadi ingat sebati dalam diriku. Sungguh aku tidak sekuat yang ku sangka"

Tuesday, August 5, 2008

Dlm meniti hari2 mendatang!!

Lewat bulan lalu.. kiriman utusan sahabat-sahabat menyedarkan aku bahawa dia bukan milik ku..
Ia milik abadi seorang yang bernama kekasih...
Hati rundung tidak terkata...
Namun itulah ketentuan maha Esa...

Sebagai manusia redha itulah yang sebaiknya...
tapi cukup tabahkah sekeping hati..
Bisu yang bukan di buat-buat...
Tapi kecewa dan pasrah...
Namun semoga dia bahagia...

Pada seantero dunia mahu ku khabarkan kekecewaan...
Namun tiada siapa yang mahu mendengarnya...
Sebaliknya ia mungkin jadi bahan omongan...
Redha dengan ketentuan illahi adalah sebaiknya...

Kini Redha & teruskan perjuangan yang belum selesai...
Amarah kadang2 membawa parah..
Dan mengoyakkan sekeping atau mungkin dua atau juga tiga hati yang tidak bersalah...
PadaNya aku pohonkan keampunan atas keterlanjuran diri yang di rasa melampau keatas kehendak diri yang tidak mungkin jadi nyata...
Menyeksa diri sendiri adalah sesuatu yang menekan jiwa...

Ya Allah aku redha atas segalanya. ...
Kau lebih mengetahui segala yang di langit dan di bumi....

Ilham,
D_Y_H
level 5 Kiara Mont... 5th Aug 08... 1.45pm