Slider

Thursday, June 1, 2017

Senyumlah.

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera, 

Senyumlah diri yang terluka. Pesanan untuk diri saya sendiri. Tahun 2017 tahun yang penuh pancaroba. Terlalu penat melalui bulan demi bulan. 

Hanya DIA mengetahui kepayahan ini. Walau apa juga berlaku, senyumlah. 

InsyaAllah saya akan terus menjadi manusia positif. Doakan saya. Lelah meniti perjalanan dunia. Sering pujuk hati untuk terus bertahan. Kalau puasan dunia tak mampu di gapai, akan ku ajar diri ini mengejar manisnya akhirat nanti. Dan ia sungguh payah. Tak consistent ๐Ÿ˜“๐Ÿ˜ญ



Moga diri ini lebih kuat meniti kehidupan dunia sementara ini. 



D_Y_H
Kadang-kadang payah untuk senyum. 

Tuesday, April 18, 2017

Matrikulasi yang di rindui

Salam,

Allahu...dia yang menciptakan memori indah yang kekal dalam ingatan ini.
Tak mungkin padam walau secebis.
Rindu.

Waktu berlumba-lumba mahu buat yang sebaiknya.
Rajin sangat waktu ini. Kalau boleh nak bangun sebelum teman lain bangun dan selesai subuh seawal yang mungkin.
Pergi kelas berjalan kaki dari block C ke block akademik. Ahh rindunya.

Aktiviti sentiasa ada.
Mama kerap datang bawa bekal buat anaknya ini.
Setiap hujung mungkin... kalau tak boleh balik, mama pasti datang bawa bekal.
Kalau boleh balik pula berjemput ๐Ÿ˜๐Ÿ˜˜ jarang sekali pulang naik kenderaan awam.
Masa inilah lepas geram bawa kereta.. ahahaha.. Waktu inilah baru kenal system CGPA... baru mula nak belajar bagaimana dapatkan gred yang terbaik.

Penghujungnya, kerna dek takut tak dapat course yang di mahukan.
Relakan diri memilih UMS. ๐Ÿ˜‚
Bila result keluar.. alahaiiii boleh je dapat tapi risau sangat punya pasal... ke UMS kita baaa...

Cerita UMS nanti kita story ya.
Apa yang Dayah rindu sangat dengan matrikulasi?

1) Bangun Subuh mesti sebelum waktu.
2) Jemaah Magrib dan Isya' (x kiralah di bilik atau di Surau diri Jumaat, dan nakal sangat waktu ini Image result for face palm emoji  sebab kami akan keluar seawal yang mungkin nak jengah siapa yang azan.. kalau boleh nak duduk saf depan sekali, luar pagar surau, from there kami boleh nampaklah sapa masuk bilik azan tu.. ahahahaha.. nakalkan.. sebabnya nak tahu sangat suara siapakah yang merdu sangat tu .. paling terkesan ketua block kamilah.. hihihihi.. sampai kami tukar nama panggilannya.. ahahaha) ๐Ÿ˜…
3) Baca Yasin ramai-ramai. Sampai hafallah surah yasin tu. MasyaAllah. Gembira sangat.
4) Study akaun ramai-ramai. (haaaa.. bilik famous untuk di refer... kekekekeke... Memang subjek favorite sampai uni. Tak boleh tak dapat A ๐Ÿ˜†. Bila buat ACCA kelaut! kahkahkahkah. Janji lulus cukuplah. Aduhai. Hilanglah Dayah yang punya semangat berkobar-kobar ๐Ÿ˜ž dan kini impianku tersekat separuh jalan ๐Ÿ˜ญsedihnya. Hanya dia yang tahu, tak mengapalah, saya redha dan saya tengah usaha untuk gapainya semula)
5) Cuci tandas dan koridor (ahahaha ini pelik. Tapi benar. Depa panggil Dayah Indah Water. Tak bolehlahh tandas kotor-kotor ni. Koridor ni tempat favorite, depa melepak beratuq telefon setiap malam dan tempat tadah air sejuk or panas.. water cooler ... bilik dayah sebelah koridor.. bila semua orang dah naik.. lengang je tempat tu mulalahh kerja-kerja tabur sabun dan angkut air berbaldi-baldi untuk cuci lantai... hahahaha... ๐Ÿ˜‚
6) Outing! Yeah, dapat pi Masjid Tanah pun dah happy. Jaranglah Dayah nak p Bandar Melaka ("BM") tu sangat. Masa pendek. Kalau p BM pun kami mesti pergi Mahkota Prade. Masa ni MP ni gah sangat dah.
7) Buat bunting sama-sama... Ni memang rindu sangat. Sekawan kami buat Bunting hampir setiap bulan dengan macam-macam kata-kata motivasi. Block tulisan banyak Dayah beli dan juga color. Adha Dayah minta tolong melukis segala jenis karikatur, cantik sangat dia lukis taw. Suka sangat. Allah rindulah kat korang. Tanpa korang tak mungkin Dayah dapat laksanakan tanggungjawab naikkan bunting tu all the times, sampai PRS lebih di kenali daripada PPP (di uni kita panggil MPP). Macam-macam ayat Dayah cuba karang dan of coz sahabat PRS Dayah banyak sangat membantu. Terima Kasih sangat korang.

Kenangan sangat.
Dayah rindu sangat teman-teman yang suka datang melepak bilik Dayah lepas tu korang nak juga tidur dalam bilik Dayah.. ahahaha.. kita tidur himpit2 pun tak kisah asal kita tidur sama-sama. Rindunyaaaa.

D_Y_H
Kenangan lalu terlalu banyak mendewasakan.

Friday, April 7, 2017

7 days Incredible of Iran

Assalamualikum wbt & Salam Sejahtera,     

                 

                 

             

                 

                 

                      

Berada di Tanah Persian, hanya lintasan di Minda. 
Kenapa? 
Macam-macam omokan di berikan buat tanah ini.
Perbezaan kefahaman mereka juga mengusarkan.
Kami cukup menjaga mulut di sini. 
Bila di tanya tentang Islam. 
Kami sekadar angguk. 
Dan lebih dari itu kami senyum. 
Cara mereka mungkin berbeza dan kefahaman mereka juga berbeza. 
Sempat Dayah perhatikan cara mereka solat, ada persamaan cuma mereka bawa bersama batu. Untuk apa wallahualam.

Sepanjang perjalanan kami rasa selamat. 
Orang-orang di sini baik-baik belaka. 
Bahasa Inggeris mungkin terhad, tapi mereka tak takut mencuba.

Berbeza waktu dengan Malaysia lebih kurang 5.30 jam. 
Malaysia di bawah garis GMT+8, manakala Iran GMT+3.30. 
Guna telefon bimbit tak perlu tukar waktu di jam tangan ๐Ÿ˜Ž.

Awal jadual perjalanan kami cuma Tehran-Shiraz-Tehran. 
Di saat akhir kami rombak dan jalan sahaja ikut gerak hati. Maka jadilah,
Tehran-Shiraz-Isfahan-Abeyaneh-Khasan-Tehran, dalam tempoh 7 hari. 
2 hari kami habiskan masa dalam kapal terbang. 
Perjalanan dari KLIA 2 mengambil masa lebih kurang 8 ke 9 jam. Harga returned ticket kami ke Tehran, RM669/seorang.

Untuk membuat booking online untuk penginapan agak terhad bagi Iran. 
Kalau ada yang mahal-mahal belaka. 
Semalam RM500/night per room. 
Pengsan!! Itu untuk 2 orang. 
Hampir give up la! 

Tapi kami usaha juga. Itu yang awal itinenary cuma Tehran-Shiraz. Alhamdulillah kami ke sini bukan waktu peak. 
Untuk 5 orang tak susah untuk kami bermalam. Ada malam kami tidur dalam bas sahaja, perjalanan dari Shiraz ke Isfahan.

Di Tehran, kami mungkin masih tercari-cari destinasi. 
Ada tempat kami tak pergi ๐Ÿ˜€, too hassle.    

                        

Sampai sahaja di Shiraz segalanya berubah. 
Kami ambil daily trip package dan tuan rumah kami tak jemu menjawab setiap soalan dan ada Elham and Sajat (dia ni driver, tapi sangat2 membantu.. sesat call dia.. walaupun english dia limited dia tetap berusaha sedaya upaya menyelesaikan masalah kami. Perfect!) Dayah ada share pengalaman dayah di Shiraz di Tripod Advisor in case nak refer. Hehehe ๐Ÿ˜Š

Bagi Dayah pengalaman di Iran adalah pengalaman berharga. Seni binanya WALLAH! Lawa dan kagum. Seketaan ekonomi yang di kenakan tidak sedikit pun mematahkan mereka berusaha dalam negara. Kami jumpa ramai orang luar yang datang ke Iran. Kenapa mesti rasa takut2? InsyaAllah, Allah ada. Tidak sedikit pun kami di ganggu oleh tentera atau polis mereka. Pandai bawa diri dan jaga maruah diri dan negara, insyaAllah ke mana pun selamat.

D_Y_H
Jauh lagi perjalanan pengembaraanku, makin jauhku merantau makin buat aku gian untuk terus merantau mencari secebis kehilangan. 

Wednesday, April 5, 2017

Say ALHAMDULILLAH.


Alhamdulillah. 
My journey wasn't easy and not too difficult. 

2017 remark of big changes in my life. 
Alhamdulillah. 

No matter what, I won't give up. 
"Dongengku cipta telah musnah"  ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ but am still surviving. 




Friday, March 3, 2017

BOUNCING.

Do you know what I feel?

Image result for happy

and this is what I really wanted, 

Image result for happy

I do ๐Ÿ˜ฒ hope , 

Image result for happy

Happiness is something that you can't BUY ๐Ÿ˜Ž! and you ๐Ÿ˜, can't STOP me to choose to be HAPPY. 

Image result for happy

InsyaAllah. 
Am praying that I'll be HAPPY and start new journey soon... am tired to face this issue again and again.. I just want to be happy. No worries, no hating, no bebel2, not hopeless anymore... 

Image result for happy Image result for happy

I just want happiness....๐Ÿ™Ž
Am not sure, when all this will STOP. 

Monday, February 27, 2017

END.

Image result for gloomy day

Today a remark of last AC for PLC. Gloomy the whole day. After 7 years handling PLCs, this is the end of the journey. Alhamdulillah, the meeting went well. I pray one day I could back again maybe at a higher level.

D_Y_H
Sit on my shoes you will understand, how I feel. ๐Ÿ˜”

Monday, February 13, 2017

Terperuk

Salam,

Dunia aku makin berbeda dari dahulu.
Masih janggal tak tertanggal.
Makin terang dan nyata.
Aku janggal.

Aku punya pilihan tapi aku sendiri di bayangi hitam.
Aku punya kudrat empat kerat untuk terus di kerat-kerat.
Tapi,
Hitam terus hitam.

Masih tak nampak bayangan esok.
Yang pasti jiwa aku terbelah-belah.

D_Y_H
Moga dapat ilham baru.

Tuesday, January 17, 2017

Friday, January 13, 2017

Hujan di tengah hari.

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,




Hari ini senyum ini palsu.
InsyaAllah esok tidak lagi.

Moga-moga masih ada sinar buat ke depan.
Setiap langkah bagai berliku-liku.
Ada sahaja yang tak kena.
Ada sahaja yang menikam tanpa sedar.

Sungguh Allah tak beban umatnya luar dari arasnya.
Ini juga ujian untuk terus tampil lebih kehadapan.
InsyaAllah.

Walaupun terasa seperti di buang negeri.
Tapi aku masih di sini.
Tak mungkin akan mengalah semudah ini.
Janji yang di musnahkan sekelip mata.

Mungkin KAU punya perjalanan yang lebih baik buatku.

D_Y_H
Adakah masih sabar?

Tuesday, December 27, 2016

Adam Hakim: Time flies and you turn 1 year old!

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,





Photo taken on 7-June-2016, when Adam just 6 months... GERAM!


Manja Mak Tok and Tok Wan. When his 6 months.


Dengan Tok Nek Yam. If Tok Nek Dah larat am quite sure, Mak Tok pun nak ulik-ulik cicit sorang ni. Adam tak sempat jumpa Tok Wan Zuki.. sempat jumpa Tok Wan Akh.


Manja dan mengada sangat kalau nampak Mak Jang dia. Eiii cubit kang! Pictu taken for his first oversea trip.


Happy Chinese New Year! Ehhh... hihihi.. Baju ni Ibu beli dekat China kan? Mak Long la punya keje pakaikan sebab? Tergantung sahaja dalam almari. Dari kecil, baik di bagi pakai.


Independent baby! Brave! Mak Long doakan awak jadi lelaki paling hot! Tapi tak mau hot yang tak best OKAY! Hot in Mak Long definition is,

1) Beriman
2) Cerdas Minda
3) Penampilan Bersih
4) Intelligence
5) Hormat orang tua.

Love you sayang Mak Long. Happy 1 year old. Your journey might be tough and rough but you will definitely success Dunia and Akhirah, Amin.


Nanti Adam dah sihat, Mak Long bawa mandi kolam lagi naaaa.

Sunday, December 25, 2016

Kosong dan Koyak

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Apa habaq sahabat-sahabat maya Dayah semua?
Harap hang pa semua sehat la naaa...
Tak taw pasai apa rasa nak mencoret di sini.
Bertahun, makan bulan, makan minggu dan hari...
Bermacam-macam suka dan duka dah lalui...
Cuma kadang-kadang benda yang terlalu perit sukar nak lupa dan hadam.

Banyak cerita duka terjadi sepanjang tahun ini.
Buat pertama kali Dayah kalah dengan sabar.
Hampir mengalah tapi masih terus berdiri.
Orang sekeliling sudah mulai bising.
Macam-macam bunyi.
Macam kicau burung.
Adakalanya sedap di pundak.
Adakalanya binggit menyegat.

Terngiang-ngiang di kotak fikiran.
Bermacam-macam hinaan.
Sampai satu hari jari jemari.
Tak sabarlah meluah rasa.

Macam-macam label tercipta tanpa di rancang.
Di palit dengan yang buruk-buruk sahaja.
Yang terdengar semua buruk-buruk.
Tak ada langsung yang manis-manis.
Semuanya rosak binasa tak sikit pun tampak baik.

Sungguh penat tapi tiada jalan keluar.
Berapa lama lagi?
Berapa lama lagi?
Berapa lama lagi?

Image result for Tired

Kadang aku rasa kau sedang gelak gembira dalam diam,
Ahhhhhhhh! Persetankan semua itu!
Aku perlu cari bahagiaku sendiri. Walau sendiri.

Ini bukan puisi.... jauh menyempang.. ini cuma luahan rasa.
Cukup-cukup rasa di hina-hina, di pijak-pijak dan harus berapa lama lagi?

Monday, December 5, 2016

Ovarian Cyst: Cyst 5cm ke 8cm, bagaimana mengecilkan?

Salam,

Dayah terima komen lagi dari pembaca blog. Alhamdulillah dan terima kasih atas kunjungan.


Anonymous said...
Salam...arini sy check doc...doc sahkan cyst sy sdh 8 cm mmbesar,sblom ni 5 cm...sy sedih sbb km dh kawen 5 thn,brusaha utk dptkn baby tp pnykit cyst ni plk hadir...ak redha dgn ktentuanNya...namun stlh bc blog n komen2 d ats.tmeksh ats pkongsian..sy nekad arini juga sy akn amalkan nasi sawi n peria tu...akar peria tu drebus kn?pstu dminum stp hari ye...iAllah doakan cyst sy mngecut n mngecil dan rzki utk sy mnimang chayamata...amin...sama2 la kt slg mndoakan..amin


Saya doakan awak cepat sembuh.
Saya faham perasaan mendengar tentang cyst yang wujud dan ia tanpa segan membesar dengan jayanya. Ia bukan sesuatu yang mudah. Banyak implikasinya.

Risau dan macam perasan bercampur sama.
Mudah-mudahan dengan amalan pemakanan yang seimbang moga membantu mengecilkan cyst. 
Selain itu jangan lupa terus buat follow up dengan doktor. 

Kadang-kadang perasaan risau tetap ada dalam diri. 
Bila fikir semula, I only have one precious.. kahwin pun tidak lagi.. (bila entah?!.. malas fikir pun ya. Sebab? Tak berkesempatan nak fikir dalam-dalam.. sipi2 ja dia mai.. ahahahahaha) ... lepas dapat berita cyst growing (cerita tahun lepas punya story.. masa tu 5cm.. and doktor kata kita operate ya.. takut twisted and because you kena jaga your precious one... rasa nak menyembah ke bumi..waktu tu lemah segala urat sendi... kelu tak terkata. Tapi saya nekad tak mahu di bedah lagi.. sehingaa saya sendiri skip follow up selama 6 bulan... dan penghujungnya sakit yang kerap kali menyerang .. buat saya menyerah diri dan doktor nasihatkan better saya buat pembedahan buang cyst yang ada. Dan saya akur)  pembedahan berjaya di lakukan. 1/2 day masuk office, 1/2 day kali kena tahan wad .. malamnya terus operate.. jam 10pm (dari 7 lebih) baru selesai. Keluarlah cyst yang menyakitkan itu. Dan setakat minggu lalu (check di klinik biasa) belum ada tanda-tanda pelik dalam rahim atau kawasan sekitar. Alhamdulillah. Tapi tetap kadang-kadang kita bermain dengan perasaan. Siapa sahaja berharap tak punya masalah ini. Termasuk Dayah, tapi Allah ada rancanganNya yang baik buat setiap umat manusia. 

Mudah-mudahan yang terbaik buat semua. 

D_Y_H
Lately banyak dugaan yang mematahkan semangat Dayah untuk terus ke hadapan. Tapi bila Dayah renung semula usaha selama ini, Dayah kena kuatkan diri dan lawan. I can do it!!

Friday, October 21, 2016

SHARING OVARIAN CYST: UBAT MENGECILKAN CYST

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Dayah terima komen baru dalam entri ini,

nur aiman said...
Salam,
Sy ada cyst 8cm lbh. .
Kalau boley sy xmau operate. .
Ada x ubat pe2 yg boleh mengecilkan cyst . .cyst sy jenis kosong hanya air sahaja. .

SHARE OVARIAN CYST - JAWAPAN UNTUK MENGECILKAN CYST

Tu diaaaaa... besaq. 
Dayah copy and paste sahaja mudah. hehehehe
Secara rumusannya, apa yang Kak Ma buat:
1) 3 bulan pertama - cuma makan nasi putih, sayur sawi dan sayur peria. 
2) Tiada makanan pedas
3) Tiada makanan berminyak
4) Minum air akar peria (boleh beli kedai ubat cina)
5) Selectif untuk makan ikan. 
6) Elak ayam dan daging. 

Cubalah. Kita ikhtiar. Siapa tahu hasilnya macam mana. Menjaga pemakanan sangat penting. 

Sat lagi di entry lain Dayah share macam mana nak masak sawi dan peria yang sihat.... ehehehehe... 
Masih terbayang-bayang taste Sup Sawi Maktok yang mengancam tu... sedapnya tak terperi. 

D_Y_H
Moga entry ini dapat membantu ramai lagi. InsyaAllah. 

PELANGI PAGI DAN HARI YANG MENDEBARKAN.

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Semalam selama sejam, Dayah rasa hidup dalam fairy tale. Setiap moment membelah awan biru terasa sungguh indah. Terasa di awangan dan sangat menarik. Pernah tak rasa macam tu.



Lebih kurang begitulah saya nampak. Tapi ia lebih cantik. Tona pelanginya lebih jelas dan terlalu cantik untuk di gambarkan. Pelangi ada auranya tersendiri. Sampai boleh buat Dayah berubah mood jadi ceria dan tenang. Sungguh rasa terlalu bertuah bertemu pelangi pagi kelmarin. Allah maha besar. Selepas itu saya berdoa dalam hati, moga di permudahkan urusan kami Sg, Petani. 

Sebelum kami melangkah ke meeting room, memang saat paling mendebarkan. Menanti hampir lebih 2 jam. Kami di panggil mengadap Board. Perasaan macam-macam ada. Sebab sesi sebelum itu, CFO bagi signal kena teruk. Haishhh, boss sampai bisik... 

"Tak syokkk kan every time also like this" 

Dayah rasa? Cuak. Doa berterusan di hati. 
Sungguh ini bukan kali pertama menghadap Board dan AC. 
Sudah beratus kali. 
Sudah pelbagai jenis level... dari tak perpangkat sampai ke Tengku pun ada. 
Corporate life yang sangat warna warni. 

You will rasa rama-rama terbang dalam perut bila memikir pengalaman mereka yang lebih 20 tahun mengurus syarikat yang besar sampai listed di papan utama dan awak cuma seorang IA yang baru ada pengalaman setahun jagung. MasyaAllah. Bukan merendah diri atau tidak yakin. Tapi perasaannya lain. 

Paperwork kali ini memang Dayah involved 100% preparation. Am on field. Rindu nak ke field tuhan sahaja yang tahu. Banyak pengalaman ku kutip sepanjang buat Field. 

KM mula buat presentation dengan tenang. Sesekali Board member yang kami gerun mencelah. Setiap kali itu juga Dayah akan beri sepenuh tumpuan. Supaya semua request dia, akan kami penuhi untuk next reporting. 

Dayah harap bertemu lagi pelangi seterusnya..... am so glad to see you Rainbow. 

D_Y_H
Rasa macam hari-hari nak naik flight pagi dan bertemu dengan pelangi. 

Monday, September 26, 2016

POSITIVE

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,


Am trying my best to be positive every day.
Am trying to improve.

What has happen is history, I can't fixed it.
But I can improve it.

What has gone is gone.
No matter what I do, I still can't get it to normal.

***********************************************************************

Photo taken in Pahalgam - June 2016 

Am glad to see them smiling.
They may be poor in this world but we never know what's Allah have prepared for them in Jannah.

D_Y_H
Satu demi satu kejadian terjadi mendewasakan diri ini.
Sungguh masa kita makin singkat.
Tiap detik hilang maka hilanglah satu saat kita di dunia untuk perbaiki diri dan kembali kepadaNya dengan sesungguhnya.

Thursday, September 15, 2016

TERPERUK WAKTU

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,


Hampir sedekad. Silih berganti peristiwa. Masih terasa sendiri berjuang. Di perjalanan teman lari tinggalkan aku sendiri ke depan dan ke depan. Tak pernah sepenat dan seperih ini. 

Mungkin memang aku harus sendiri ke depan. Terlalu payah dan penat berjuang sendiri. 

PERJALANAN INI MASIH JAUH. 

Dugaan ini tak mematahkan semangatku ke tepian. Aku redha walau tidak punya siapa mengiri dan seiring bersama. 

LELAH. 

Friday, September 9, 2016

ACCA: P7 - ADVANCE AUDIT AND ASSURANCE - HOW TO PASS? (Q&A Vol 1)

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Dayah received a comment on previous entry,

Blogger Renu said...
Hi..

Thanks for the info n help students to make decisions. Besides,do u recommend to attend entire class or revision will do..I just sat for my P7 n think not able to make it.. do u think attending his revision sufficient?
September 8, 2016 at 5:23 PM
 Delete

The answer is, 
As for me if you're well versed about audit and assurance, attending his revision is sufficient but if not, please attend the entire class and also the revision. 

Because during the revision, he will just do the question and provide you answer. 
If you're busy, I don't so you will go through again the question because by then the time is limited.

I wish you all the best Renu and same wish to all ACCA's candidates. When you have courage, nothing is impossible. InsyaAllah you can do it! TRUST YOURSELF and HELP YOURSELF TO PASS the exam. 

D_Y_H
Kenapalah dengan entry ni ada line-line bagai.... pening sekejap..